Posted by sarip dol on Jan 12, 2011 | 40 comments
Sejadah itu masih menyaksikan
iftirasyku berteleku lesu
sujudku sayu melayu
dalam esak menahan sedu
Sejadah itu masih mendengarkan
suara rasa penuh harapan
keluh doa bersulam tangisan
ucap kata minta kabulkan
Sejadah itu sedang menyaksikan
tasyahudku mulai longlai
renungku sudah tidak dilantai
mengenang salik jazam tak sampai
Sejadah itu sedang menyaksikan
kerut kening rasa tertahan
hati menangis tak siapa...
Posted by sarip dol on Dec 23, 2010 | 2 comments
Peluang Kerjaya
Orientasi Nihasmi Global Management ialah bagi membantu individu-individu yang mempunyai pengetahuan dalam Ilmu Agama Islam bagi mendapat kerjaya yang lebih terjamin. Nihasmi Global Management membuka peluang kepada sarjana-sarjana yang mempunyai kelulusan dalam Ilmu Agama Islam atau guru KAFA, J-Qaf serta individu-individu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk menjadi warga...
Posted by sarip dol on Jul 1, 2010 | 12 comments
Kisah benar ini berlaku pada hari Ahad, 10 ogos 2008
Masih belum muncul. Asar telah pun masuk walaupun ikut perjanjian pertemuan yang diatur sepatutnya selepas zohor. Pun begitu kami tetap menunggu dikantin sekolah itu. Selepas menunaikan solat asar disurau yang betul-betul bersebelahan dengan kantin sekolah, kami bertiga terus mengatur langkah menuju semula ke kantin sekolah. Kelihatan dua tiga orang...
Posted by sarip dol on Jun 21, 2010 | 14 comments
Suatu hari, saya berkunjung ke rumah seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Selama satu jam lamanya kami berbual kosong mengenang kisah lama sewaktu dibangku sekolah menengah dahulu. Beliau saya lihat tidak seperti dulu. Dahulu beliau seorang yang nakal disekolah dan sering membuat huru-hara didalam kelas namun kini kelakuan beliau tenang-tenang saja.
“Enta perasan tak Rizal?
Tiba-tiba sahaja...
Posted by sarip dol on Jun 18, 2010 | 15 comments
Ketahuilah, Allah itu zatNya esa oleh kerana itu pasti sifat dan af’alNya jua esa kerana sifat dan af’alNya itu terbit dari zatNya. Sifat itu kelakuan bagi zat dan af’al itu perbuatan bagi zat maka disini yang ditilik adalah zat Wajibul Wujud yang bernama Allah. Allah itu adalah semata-mata asma’ bagi zat Wajibul Wujud oleh kerana itu janganlah sembah Allah kerana ianya hanya sekadar nama yang...
Posted by sarip dol on Jun 8, 2010 | 49 comments
Ketahuilah, tujuan pencipta alam ini menjadikan kita adalah semata-mata untuk diriNya dikenal sebagaimana firmanNya yang bermaksud “Aku khazanah yang tersembunyi maka Aku suka dikenali oleh sebab itu Aku jadikan makhluk agar ia mengenaliKu.” Kemudian Ia jadikan Nur Muhammad selaku makhluk pertama yang dijadikanNya dan dari Nur Muhammad itu dijadikanNya alam semesta ini.
Maka wujudlah dunia ini...
Posted by sarip dol on Feb 25, 2010 | 48 comments
Suatu hari Raja Muzaffar yang masih kanak-kanak bertanya kepada bondanya tentang Allah.
“Bonda.. Dimana Allah dan bolehkah anakanda melihatNya?”
“Oh.. Allah itu di Arasy wahai anakanda dan anakanda tidak dapat melihatNya kerana Allah berada nun jauh diatas 7 petala langit. Sedangkan langit kedua pun manusia tidak nampak bagaimana hal keadaan zatnya lantas bagaimana mungkin anakanda akan dapat melihat...
Posted by sarip dol on Feb 4, 2010 | 50 comments
Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..
“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa...
Posted by admin on Jan 7, 2010 | 9 comments
Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat Islam awam khususnya masyarakat Melayu mengamalkan sesuatu ibadah, baik yang wajib ataupun ibadah yang sunat hanya semata-mata untuk mendapatkan ganjaran pahala yang banyak lagi berlipat-kali ganda sebagai syarat untuk masuk ke syurga. Inilah matlamat kebanyakkan orang-orang awam yang mengerjakan sekelian banyak ibadah bertujuan untuk mengumpul-ngumpul pahala. Bagi...
Posted by admin on Dec 30, 2009 | 10 comments
Syirik bermaksud menyamakan sesuatu setara dengan Allah swt dari segala sudut. Orang-orang yang mensyirikkan Allah swt dinamakan sebagai orang-orang Musyrik. Telah berulang-ulang kali Allah swt menjelaskan didalam Al Quran tentang bahaya syirik, bahawa syirik itu menyebabkan si pelakunya akan dicampakkan ke dalam neraka walau sebanyak mana pun amalan baik yang ia lakukan semasa hidup didunia dahulu. Tidak...
Posted by admin on Dec 22, 2009 | 14 comments
Sepuluh tahun yang lalu…
Kisah ini berlaku di Gua Cha, Kelantan semasa saya dan Team Arkeologi Muzium Negara melakukan ekskavasi disana selama lebih sebulan. Semoga Edy Jambul, Am lentik, Azim paja, Ana konda, Zaha botak, kak Nurul, Jijot, Toyat, Safri, Shafril, Faizul, Abang Zul, Pak Dek dan kawan-kawan yang lain berada dalam keadaan sihat.
Seperti biasa pada sebelah petang selepas habis melakukan...
Posted by sarip dol on Nov 2, 2009 | 9 comments
Entah mengapa pada hari itu punggung terasa berat untuk bangun dari sof kerana lazimnya setelah habis mendirikan 2 rakaat solat Jumaat saya akan terus bangun tanpa mengaminkan doa imam untuk mendirikan solat sunat awwabin sebelum terus keluar dari masjid. Saya terus mengaminkan doa imam sambil mata memerhatikan gelagat sebilangan jemaah yang bergegas untuk keluar dari masjid. Agak panjang juga doa...
Komen Terkini