Rawatan Cara Kerohanian

Rawatan Cara Kerohanian

Anda pengamal Rieki?? Anda Pengamal CVT?? Anda Pengamal Titik Inergi?? Anda Pengamal Sihir?? Anda Pengamal Pedamping ataupun Ilmu Jin?? mungkin artikel ini akan membuka pemikiran Anda…

Kebanyakkan daripada kita masih tidak mengenali kekuasan dirinya sehingga untuk menyelesaikan masalah gangguan jin dan sihir yang membelenggu kehidupan manusia rata-rata dari perawatnya memilih mengamalkan ilmu-ilmu sama ada berdampingan dengan jin, menggunakan bahan-bahan dan alat-alat tertentu serta mengamalkan bacaan ayat-ayat suci tertentu. Manusia masih belum mengenal dirinya oleh itu potensi dirinya terhijab dari pengetahuannya.

Ketahuilah, pada diri manusia itu telah Allah SWT lengkapkan dengan kekuasaan ampuh yang dengannya bangsa jin yang mengganggu kehidupan manusia dapat ditundukkan dan sihir yang dikenakan pada manusia dapat dimusnahkan.

Luangkan masa anda dalam beberapa minit untuk mengetahui rahsia ini…

Kepada manusia-manusia ahli fikir yang menjadikan akalnya sebagai pedoman mutlak untuk mengenali dirinya, kajian mereka hanya terhenti pada fizikal (jasad) berserta potensinya sahaja maka dari situ terbukalah rahsia maklumat-maklumat tentang kehebatan fizikal yang berhubungkait dengan tenaga dalam dan aura. Sebenarnya, ilmu-ilmu yang melibatkan tenaga dalam dan aura adalah ilmu-ilmu yang berada didalam ruang lingkup potensi jasad sedang yang dikatakan manusia itu bukan sekadar mempunyai jasad tetapi juga mempunyai roh.

Manusia-manusia ahli fikir yang menjadikan akalnya sebagai pedoman mutlak terus mengkaji dan cuba memahami misteri roh lalu mendefinisikan roh itu sebagai spiritual, emosi dan mental. Dari situ timbullah cabang-cabang ilmu yang disebut sebagai penarikkan energi dari olahan spiritual, hipnosis dari olahan emosi dan meditasi dari olahan mental. Kesemunya ini hanya satu sahaja matlamatnya iaitu untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.

Pada sudut gangguan jin dan sihir ke atas manusia nampaknya cara olahan fizikal, mental dan emosi lebih cenderung bersifat defensif untuk mana-mana individu yang bakal menjadi mangsa kerana fakta menunjukkan bahawa dengan  ilmu tenaga dalam, ilmu hipnosis, ilmu meditasi atau aura yang ada pada seseorang perawat itu tidak sesekali akan dapat menyelesaikan penyakit rasukan jin atau sihir yang sedang dialami pesakit ketika itu. Pernahkah anda melihat seseorang perawat dapat mengeluarkan jin dan sihir dari badan seseorang hanya dengan mengguna fizikalnya (tenaga dalam dan aura)? Hanya dengan emosinya (hipnosis)? Atau hanya dengan mentalnya (meditasi)? Pasti tiada bukan!

Justeru sebagai perawat ada sebahagian daripada mereka memilih kaedah olahan spiritual yang boleh memindahkan energi-energi tertentu dengan sokongan dari energi-energi tertentu pula yang diambil dari energi alam dengan menjadikan tubuh badan (fizikal) mereka sebagai medium tempat energi-energi itu dialirkan. Cara ini secara faktanya dilihat sebagai berkesan untuk mengeluarkan jin dan sihir yang mereka sebut sebagai energi-energi negatif yang berada didalam tubuh badan pesakit.

Sebenarnya cara olahan spiritual dari silibus ahli fikir ini berserta dengan konsep energinya pada hakikatnya masih jauh dari pembongkaran misteri  tentang upaya dan potensi roh sebab apa yang disebut sebagai energi itu sebenarnya hanya berkisar soal tenaga sedang roh itu berkisar soal nur dari Tuhan. Adakah nur dari Tuhan boleh dimanipulasi sebagaimana manusia dapat memanipulasi energi? Yang sebenarnya saintis dan ahli fikir metafizik masih bingung fasal roh. Ketahuilah, maklumat-maklumat tentang upaya dan potensi fizikal, mental, emosi dan spiritual itu berpunca dari hasil kajian dan silibus pemikir-pemikir yang ilmunya diambil luar dari landasan Al Quran dan mendefinisi sesuatu mengikut akal fikiran semata-mata. Walaupun ianya bermanfaat tetapi kajian mereka sebenarnya tidak pernah sesekali dapat menyentuh hakikat roh.

Tulisan ini bukanlah untuk merendah-rendahkan mereka tetapi tulisan ini sebagai hendak memberitahu khalayak bahawa bidang yang sedang mereka terokai itu tidak pernah pun menyentuh tentang roh berserta potensinya. Oleh kerana roh itu urusan Tuhan maka hanya Tuhan sahajalah yang tahu tentang roh dan Ia telah menjelaskan tentang roh hanya didalam Al Quran dan melalui hadis rasulNya kemudian terserah kepada akal untuk memikirkan.

Sebenarnya upaya, potensi dan hakikat roh tidak asing bagi ahli Tasawuf kerana mereka sebenarnya ahli Ulul Albab yang benar-benar memikirkan tentang segala sesuatu berpandukan petunjuk dari Al Quran dan sunnah sehingga menemukan apa yang mereka cari. Sejarah membuktikan hanya dengan kekuatan rohani yang dimiliki mereka, bangsa jin dapat ditundukkan dengan mudah dan sihir dapat dimusnahkan tanpa lelah.

Untuk itu, telah saya siapkan satu buku khusus yang mengandungi maklumat tentang kehebatan yang ada pada manusia yang selama ini mungkin tidak diketahui oleh kebanyakkan orang dan buku itu berjudul ‘KEKUASAAN MANUSIA MENGATASI JIN DAN SIHIR’. Didalamnya saya paparkan pendedahan demi pendedahan tentang hakikat kekuasaan yang ada pada manusia menurut pengajian Tasawuf. Segala maklumat yang terkandung didalam buku tersebut adalah hasil daripada pengalaman saya sepanjang 15 tahun didalam bidang perubatan  serta  pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan bersama-sama anda.

Buku ini sudah saya siapkan 90%, dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagi yang ingin mendapatnya, sentiasalah melawati laman ini. Kerana saya akan membuat pengumuman bilamana buku ini telah siap sepenuhnya kelak.

Layarilah laman ini kerana didalamnya saya akan saratkan dengan maklumat-maklumat berkisar upaya rohani yang ada pada setiap manusia guna untuk mengatasi gangguan daripada jin dan sihir yang saya kutip daripada pengalaman peribadi.

Kini kami telah merangka “Kursus Pengajian Ilmu Rawatan dan Kemantapan Rohani ” dan dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini. Didalam kursus ini kami akan menerangkan bagaimana ‘KEKUASAAN MANUSIA MENGATASI JIN DAN SIHIR’ . Jika berminat layari artikel kami yang terbaru di

Flyers-Kursus-A4

http://www.sepohonjadi.com/v1/2013/05/22/kursus-pengajian-ilmu-rawatan-dan-kemantapan-rohani/

8 Responsesto “Rawatan Cara Kerohanian”

  1. Al-Bahr says:

    Sebuah laman web yang bagus…akan selalu masuk sini InsyaAllah.

  2. kelam says:

    salam…syabas. teruskan usaha anda!

  3. KhAiRuL says:

    Salam Tuan Guru,

    macam mana perkembangan buku tuan..? Bila boleh berada di pasaran..?

  4. abgcomei says:

    Assalamwarahmatullah….ya syeikh….

    Alhamdulillah….sejuk hati saya membaca tulisan tuan….memang benar….manusia yang beriman itu ialah khalifah di muka bumi ini….menegakkan keESAan Allah dengan membawa Sunnah Nabi Muhammad SAW….semoga tuan dipermudahkan lagi dalam urusan agama dan rohani….insyaAllah saya akan mengikuti perkembangan buku tuan….bila nak dilancarkan?….

  5. pak tua says:

    Tuan,
    Bila buku ini nak dilancarkan?

  6. z says:

    salam, tn sarip dol
    buku tersebut sudah dilancarkankah, muga dengan izinNya bermanafaat utk saya berusaha merawati diri & keluarga saya,

    terima kasih,
    z

  7. ruhani says:

    di mana boleh di dapati tu T/sarip?

  8. nuuril annuar says:

    sangat berbesar hati kiranya dapat dikongsikan akan ilmu ini..sememangnya tercari2 semenjak tersedar ke diri.

Leave a Reply