Rupa Tuhan

Rupa Tuhan

Pada suatu hari saya dijemput ke rumah seorang ustazah untuk ‘tengok-tengokkan’ anaknya yang mengidap penyakit misteri. Saya ke rumah beliau selepas waktu isyak dan sempat beramah mesra dengan suami beliau yang juga seorang ustaz merangkap nazir di sebuah masjid ditempat saya. Rupa-rupanya kedua-duanya adalah lepasan Universiti al-Azhar.

Setelah menghabiskan secawan teh, saya terus ‘tengok-tengokkan’ anak ustaz itu dan saya dapati tiada apa yang ganjil pada anaknya melainkan keganjilan yang berlaku pada anaknya adalah akibat penyakit sawan. Itu saja.. dan saya nasihatkan agar ustaz itu merujuk anaknya kepada doktor pakar.

Kami terus bersembang dan mata saya terpesona dengan sealmari kitab disudut rumahnya yang dipenuhi dengan kitab-kitab agama dan yang paling menarik perhatian ialah susunan lengkap kitab Ihya Ulumuddin. Lalu terlintas difikiran saya bahawa ustaz ini tentunya seorang yang alim kerana antara kitab-kitab tela’ahannya adalah kitab Ihya Ulumuddin dan saya berhajat untuk mendapat manfaat dari ilmunya. Terus saya menukar topik perbualan yang berkisar tentang cerita-cerita jin dan hantu ke topik yang lebih bermakna iaitu topik agama. Dalam benak, saya memilih topik tentang Tuhan. Terus saya bertanya…

“Sudah tentu kita semua mengimani bahawa Allah adalah Tuhan kita, lalu saya ingin bertanya kepada ustaz, bagaimanakah rupaNya?”

Ketara sekali raut wajah ustaz itu menzahirkan rasa terkejutnya diatas pertanyaan saya itu namun beliau kembali tersenyum dan berwajah manis seperti biasa. Dengan perlahan beliau memindahkan air teh yang bertakung didalam teko dan menuangnya ke dalam cawan saya dan kemudian ke dalam cawannya. Beliau minum seteguk dan kemudian menjawab dengan senyuman yang tak pernah lekang..

“Seperti angin, kita tidak nampak rupanya namun angin itu wujudnya dapat dirasa maka begitulah Allah, Ia tidak mungkin dapat dilihat namun kewujudanNya dapat dirasa”.

“Jadi maksud ustaz, Allah itu tidak dapat dilihat namun wujudnya dapat dirasai semisal angin.. begitu?”

“Ya.. begitulah”.

“Kemudian apa pula beza antara mukmin dan munafik?”

Beliau terdiam sebentar dan sekali lagi meneguk air tehnya dan kali ini sampai habis. Kemudian beliau bertanya…

“Apa hubung-kaitnya antara soalan pertama dengan soalan kedua yang baru en. Rizal tanyakan pada saya?”

Dengan pantas dan tegas saya menjawab..

“Memang ada hubung-kaitnya ustaz kerana Allah mengajarkan pada kita barangsiapa yang mengaku bertuhankan Allah tetapi tidak tahu bagaimana rupaNya maka orang itu adalah munafik sebaliknya barangsiapa yang mengaku bertuhankan Allah dan ia tahu bagaimanakah rupaNya maka orang itu barulah mukmin yang tulen”.

Tiba-tiba ustaz itu ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan sesekali beliau menyentuh hujung hidungnya dengan bucu ibu jari tangan kirinya dan kemudian menutup ketawa kecilnya dengan senyum simpul sambil pandangan matanya ditumpahkan ke lantai. Agaknya beliau lucu mendengar jawapan saya sebentar tadi. Saya pun turut tersenyum. Kemudian beliau bangun dari duduknya dan terus melangkah ke almari kitabnya dan mengambil sebuah kitab kemudian membelek-beleknya semacam mencari sesuatu. Kemudian beliau duduk dikerusi tadi dan berkata..

“Ini adalah kitab yang terkandung didalamnya pelajaran tentang aqidah atau tentang ilmu-ilmu Tawhid bersesuai dengan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah. En. Rizal ada belajar ilmu sifat 20 tak?”

“Adalah sikit-sikit”

“Kalau begitu tentu en. Rizal tahu bagaimana mukholafatuhu lilhawadithnya Allah Ta’ala pada zatNya!”

“Tahu.. tapi saya minta ustaz sajalah yang menghuraikannya maklumlah saya mungkin banyak yang dah terlupa”.

Beliau senyum saja dan terus menghujahkan definisi mukholafatuhu lilhawadithnya zat Allah berpandukan kitab yang dipegang beliau. Setelah membelek-belek kitab itu seketika lantas beliau berkata..

“Begini, sebenarnya Tuhan itu tiada rupa yang dengannya manusia dapat melihatNya lantas dapat pula mengenali rupaNya dan ini terbukti melalui dalil Al Quran sebagaimana firman Allah “laisa kamithlihi syaiun” yang bermaksud tidak ada satu pun yang serupa denganNya [asy-Syuura:11]. Melalui dalil akal pula ulama menetapkan bahawasanya zat Allah itu bersifat mukholafatuhu lilhawadith iaitu zatNya tidak sama dengan zat makhluk dari segi rupa bentuk, sifat dan perbuatan. Jadi apabila Allah berkata yang diriNya laisa kamithlihi syaiun dan ulama membahaskannya dengan menetapkan Allah itu bersifat mukholafatuhu lilhawadith maka fahamnya adalah jika zat Allah itu tiada satu pun yang serupa denganNya bagaimana mungkin Ia dapat dikenal? Jika Ia tidak sama dengan makhluk bagaimana mungkin ia dapat dilihat? Jadi jika sudah terbukti melalui dalil naqli bahawa Allah tidak boleh dilihat maka bertanya tentang rupanya atau samada Ia boleh dilihat atau tidak adalah sesuatu yang pelik. Lagi pula en. Rizal membawakan hujah yang tidak bersandarkan kepada dalil-dalil”.

“Jadi Allah itu tiada rupa yang dengannya dapat Ia dilihat dan dikenali?”

“Ya.. perkara ini saya pasti dan yakin sekali”.

“Jadi ustaz mengingkari bahawa Allah itu ada rupa yang dengannya Ia dapat dilihat dan dikenali?”

“Tentu sekali, lagipun pendapat en. Rizal ini terang-terang menyalahi aqidah dan tiada dalil!.. en. Rizal kena tahu bahawa salah satu daripada syarat sahnya aqidah seseorang itu ialah pegangannya wajib muafakah dengan pegangan ijma’ ulama Ahlussunnah”.

Suasana senyap seketika. Nampaknya ustaz yang sedari tadi asyik tersenyum dan berwajah manis itu mulai serius malah isterinya juga asyik berkerut sahaja keningnya sedari awal mendengar perbualan kami. Memandangkan suasana tiba-tiba menjadi hangat lalu saya meminta izin dari ustaz itu untuk mengambil sebuah kitab dari almarinya dan beliau mengizinkan. Terus saya capai kitab yang bertajuk Terjemahan Hadis Shahih Muslim yang berkulit tebal berwarna hijau tua yang mengandungi tiga jilid, diterjemahkan oleh H.A. Razak dan H. Rais Lathief yang diterbitkan oleh Pustaka Al-Husna berpangkalan di Jakarta, Indonesia yakni cetakan ke tiga pada tahun 1980. Saya cari mukasurat 126 yang ada padanya hadis pada kedudukan yang ke 119 pada jilid 1 kemudian saya minta ustazah yang duduk disamping suaminya untuk membacakannya dengan jelas dan ustazah itu terus membaca hadis itu yang bermaksud..

Dari Abu Sa’id Al-Chudhry, katanya: ‘Dahulu orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kemungkinan melihat Allah pada hari kiamat. Kata baginda, “Benar, adakah kamu terhalang memandang matahari waktu tengah hari dalam keadaan cuaca jernih?” Jawab hadirin, “Tidak Tuan!” Berkata Rasulullah saw, “Pada hari kiamat kelak, tidaklah kamu akan sulit melihat Tuhan, sama saja mudahnya dengan memandang matahari dan bulan purnama.” Berkata lagi Rasulullah saw, “Nanti, pada hari kiamat akan ada pengumuman supaya tiap-tiap kaum mengikut siapa yang dipujanya diatas dunia ini, maka semua penyembah berhala dan patung akan jatuh berbondong-bondong ke dalam api neraka dan hanya yang tinggal ialah penyembah Allah dari orang-orang mukmin, orang-orang munafik dan sisa-sisa ahli kitab. Maka kaum Yahudi segera dipanggil lalu ditanya, “Apakah yang kamu sembah?” Jawab mereka itu, “Uzair anak Allah!” Dikatakan kepada mereka itu, “Bohong! Allah tidak beristeri dan tidak beranak!” Kemudian mereka itu ditanya tentang apa keinginannya. Jawab kaum Yahudi itu, “Kami haus wahai Tuhan, berilah kami minum!” akan ditunjukkan kepada mereka dan dikatakan, “Pergilah ke air itu!” Mereka lalu dibawa ke arah fatamorgana yang kelihatan seperti air tetapi sebenarnya adalah api neraka dan disanalah mereka itu jatuh berbondong-bondong.
Kemudian dipanggil pula umat Nasrani dan ditanya dengan pertanyaan yang sama dengan kaum Yahudi. Mereka menjawab, “Kami menyembah Isa anak Allah” maka mereka pun mengalami nasib yang sama dengan kaum Yahudi. Apabila yang tinggal hanya kaum penyembah Allah dari orang-orang mukmin dan munafik, datanglah Allah kepada mereka itu dengan bentuk yang belum pernah dilihat oleh mereka itu seraya berkata, “Apa lagi yang kamu tunggu?, tiap-tiap kaum telah pergi mengikut pujaannya” Jawab kaum mukmin, “Oh Tuhan! Waktu kami diatas dunia, kaum-kaum itu telah kami tinggalkan dan tidaklah kami sehaluan dengan mereka itu, walaupun mereka itu kaum kerabat kami” Berkata Allah dalam bentuk yang tidak dikenal, “Aku Tuhanmu!” Jawab kaum mukmin, “Kami berlindung kepada Allah dari tipuanmu!,  kami tidak pernah menyengutukan Allah.” Perkataan itu diulang-ulang sampai dua atau tiga kali dan ada diantara mereka itu yang hampir ragu-ragu lalu berkata kepada kawan-kawannya, “Adakah benar saudara-saudara mengenal tanda-tanda Allah?” Jawab kawan-kawannya, “Ya!” Setelah itu hilanglah kebingungan mereka itu dan pada saat itu pula diketahuilah siapa diantara mereka itu yang benar-benar mukmin dan yang benar-benar munafik. Kaum mukmin diizinkan sujud tetapi kaum munafik yang menyembah Allah hanya kerana menunjuk-nunjuk dan pura-pura saja, tidaklah dapat sujud kerana tulang punggung mereka telah menjadi satu, sehingga tiap-tiap kali akan sujud, mereka akan jatuh terduduk. Setelah kaum mukmin mengangkatkan kepalanya dari sujud tadi, kelihatanlah Allah telah kembali kepada bentuknya semula yakni bentuk yang telah dikenali oleh mereka sebelum itu seraya berkata, “Akulah Tuhanmu!” Maka jawab kaum mukmin itu, “Benar! Engkaulah tuhan kami.”…

“Fahamkah ustaz apa yang disampaikan oleh Rasulullah pada hadis sahih yang dibaca ustazah sebentar tadi?”

Saya lihat mata ustaz itu terkebil-kebil saja. Renungannya kosong seolah-olah titik perhatiannya hanya tertumpu memikirkan sesuatu yang amat berat dimindanya. Beliau kemudiannya mengambil kitab Terjemahan Hadis Shahih Muslim yang berada dipangkuan isterinya lalu membacanya untuk kali kedua. Habis sahaja membaca hadis tadi terus sahaja beliau memandang muka saya dan saya seolah-olah mengerti bahawa pandangan itu seperti menunggu penjelasan dari saya.

“Cuba ustaz perhatikan baik-baik pertanyaan kepada Rasulullah tentang adakah Allah itu dapat dilihat kelak dihari kiamat lantas Rasulullah menjawabnya dengan berkata “Pada hari kiamat kelak, tidaklah kamu akan sulit melihat Tuhan, sama saja mudahnya dengan memandang matahari dan bulan purnama”. Maka kata-kata Rasulullah ini telah membatalkan hujah akal ustaz yang memisalkan Allah dengan keadaan angin sedang Rasulullah memisalkan perkara dapat melihat Allah dengan jelasnya seperti melihat matahari dan bulan purnama. Jadi kesimpulannya Allah itu dapat dilihat dengan jelas dan terang. Adakah ustaz setuju?”

Ustaz diam sahaja tetapi isterinya tiba-tiba sahaja mencelah.

“Itu tentang melihat Allah di akhirat yakni perkara khusus yang terjadi pada hari kiamat sahaja dan bukannya Allah itu dapat dilihat seterusnya dapat dikenal didunia ini dengan jelas seperti melihat kepada matahari dan bulan purnama”.

Kali ini saya pula yang tersenyum mendengar penjelasan dari ustazah kemudian membetulkan duduk saya sambil minum beberapa teguk air teh yang telah sejuk.

“Sila ustazah perhatikan baik-baik pada ayat yang berbunyi, “Setelah kaum mukmin mengangkatkan kepalanya dari sujud tadi, kelihatanlah Allah telah kembali kepada bentuknya semula yakni bentuk yang telah dikenali oleh mereka sebelum itu seraya berkata, “Akulah Tuhanmu!” Maka jawab kaum mukmin itu, “Benar! Engkaulah tuhan kami”. Bukankah telah amat jelas ayat itu menjelaskan bahawa Allah itu datang kepada mereka didalam bentuk yang mereka telah kenali sebelum terjadinya peristiwa itu dan sudah semestinyalah pengenalan terhadap rupa Allah itu berlaku sejak didunia ini lagi. Jika bukan demikian lantas bagaimana mereka akan dapat mengenal rupa Allah sedang didunia ini mereka tidak tahu rupa Allah?”

Jelas terpapar kegelisahan pada raut wajah ustazah yang jenih dan bersih itu setelah mendengar penjelasan saya namun dapat saya perhatikan beliau benar-benar berusaha agar kegelisahannya itu dapat disembunyikan. Lantas beliau berkata..

“Tidak mungkin didunia ini Allah itu dapat dilihat rupanya dan pengenalan terhadap rupa Allah yang terjadi dihari kiamat itu adalah semata-mata hasil daripada amalan yang kita lakukan didunia ini”.

“Maksud ustazah apabila seseorang itu banyak amalan baiknya didunia ini maka secara otomatik dia dapat mengenal rupa Allah diakhirat nanti.. begitu?”

“Ya”

“Maka saya minta ustazah kemukakan dalil-dalil yang diambil daripada Al Quran dan hadis yang dapat menyokong pandangan ustazah itu”.

Suasana kembali senyap. Ustaz dan ustazah masing-masing memandang diantara satu sama lain. Gelisah.

“Baiklah, sekarang saya akan kemukakan bukti daripada hadis bahawa orang yang mukmin itu telah mengenal rupa Allah dengan yakin lagi pasti semenjak mereka didunia lagi dan bukannya mereka secara otomatik akan tahu dek kerana amalan baik yang telah dilakukannya didunia dulu. Cuba ustazah buka mukasurat 120 pada kitab yang sama dan cuba baca hadis yang ke 118 itu”.

Kemudian ustazah terus mencari hadis yang saya katakan dan terus membacanya dan hadis itu bermaksud..

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bertanya orang banyak kepada Rasulullah: “Apakah kami akan melihat zat Allah dihari kiamat kelak ya Rasulullah?” Jawab beliau: “Apakah pernah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!” Berkata pula Rasulullah: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tak ada awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak Tuan!” Maka berkata Rasulullah: “Demikianlah jelasnya kamu akan melihat Allah kelak.” Kemudian Rasulullah meneruskan perkataannya, kata beliau: “Pada hari kiamat nanti, Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia!” Mendengar itu maka semua penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan dan pemuja Thoghut mengikut Thoghut dan didalam rombongan kaum mukmin (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafik.

Kemudian Allah Ta’ala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal lalu berkata: “Aku Tuhanmu.” Maka jawab kaum mukmin: “Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati dan apabila ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya”. Setelah itu datanglah Allah dengan rupanya yang dikenal oleh orang-orang mukmin itu lalu berkata: “Aku Tuhanmu”. Maka jawab kaum mukmin: “Benar, engkaulah Tuhan kami”. Mereka itu pun segera mengikutinya”..

“Cuba lihat pada ayat yang berbunyi “Pada hari kiamat nanti, Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia!”. Maka seruan ini ditujukan kepada semua manusia yang ada disitu ketika itu termasuklah orang-orang mukmin. Bukankah Allah pada ayat itu secara terang-terang menyebut agar mengikut siapa atau apa yang disembahnya di DUNIA? Maka yang dikatakan sebagai mukmin yang tulen itu ialah mereka menyembah Tuhan yang mereka tahu rupaNya didunia ini. Kemudian…..”

Dengan pantas ustaz mencelah dan memotong percakapan saya lalu melontarkan sanggahannya.

“Mari kita perhatikan semula masalah ini pada sudut ilmu Tawhid..”

Sebenarnya saya terkejut dengan tindakan ustaz itu yang tiba-tiba memotong hujahan saya yang masih belum habis saya luahkan namun saya mengalah dan cuba meneliti apa yang mahu dikatakannya.

“..Secara tafsilinya mukholafatuhu lilhawadith itu merujuk kepada pengertian bahawa mustahil Allah itu zat, sifat dan af’alNya bersamaan dengan zat, sifat dan af’al makhluk. Mari kita kecilkan sudut pandang masalah ini pada ruang lingkup zat sahaja. Setuju tak en. Rizal?”

Saya mengangguk beberapa kali.

“Zat Allah itu bersifat qadim hakiki (ada sejak azali tanpa didahului sesuatu) sedang zat makhluk itu bersifat muhadas (baru dijadikan). Selain Allah yakni alam maka ianya terdiri daripada jauhar, jirim, jisim dan aradh. Maka segala jauhar, jirim, jisim dan aradh itu makhluk yang bersifat muhadas. Jadinya en. Rizal.. alam dunia ini adalah alam muhadas dan yang terkandung didalamnya walau apapun jenis dan rupanya adalah muhadas juga. Jika rupa Allah itu dapat dilihat didunia ini maka itu bermakna Allah ada didunia ini secara zahir dan berjisim maka ketika itu ternafilah bahawa Allah itu bersifat qadim hakiki sebaliknya Ia tergolong muhadas kerana setiap apa yang zahir didalam dunia ini adalah muhadas dan jika Allah itu bersifat muhadas maka ternafilah Ia bersifat nafsiyah, salbiyah dan ma’nawiyah kerana mustahil muhadas itu berlaziman dengan sifat nafsiyah, salbiyah dan ma’nawiyah. Adakah en. Rizal faham apa yang saya sampaikan ini?”

“Teruskan”.

“Nampaknya jika en. Rizal mengatakan Allah boleh dilihat rupanya didunia ini maka itu bererti en. Rizal telah menjisimkan Allah atau dengan kata lain en. Rizal telah mengiktiqadkan zat Allah adalah sama dengan zat makhluk. En. Rizal tahu apa implikasinya jika zat Allah disamakan dengan zat makhluk? Implikasinya ialah akan ternafi Allah itu wajib bersifat dengan 20 sifat yang dibahaskan didalam ilmu Tawhid maka dengan ini bermakna Allah itu bukan Tuhan!.. naudzubillaahi min zalik”.

Nampak bersemangat benar ustaz membahaskan isu ini pada sudut ilmu Tawhid dan jelas kelihatan sedikit senyuman dibucu bibirnya menandakan beliau puas dengan hujahnya almaklum dengan hujah itu jugalah puak-puak Jahmiyah atau Mujasimah pernah ditundukkan oleh ulama Asya’irah. Ustazah pula mulai tersenyum dan sesekali jelas nampak diraut wajahnya pameran rasa bangga terhadap hujah-hujah suaminya. Air teh panas dituangkan lagi ke dalam cawan saya oleh ustazah dengan senyuman yang masih menguntum kemudian beliau mempersilakan saya minum. Saya teguk air teh itu perlahan-lahan sampai habis. Tiba-tiba ustazah berseloroh..

“Hai en. Rizal.. selamba je minum.. masih kurang lagi ke panasnya?”

Hati terasa seperti ditekan lembing mendengar usikkan itu dan sekonyong-konyong berderau rasanya darah keluar dari jantung menyelinap urat sehingga derauannya mewujudkan gelombang yang menggetarkan bulu roma ditengkuk dan dilengan. Hebat sungguh kiasan ustazah. Mungkin pada beliau saya sudah ‘kalah perang’ apabila berhadapan dengan hujah suaminya yang berhujah dengan ilmu Tawhid. Seperti biasa saya senyum saja dan mulai menarik nafas panjang untuk meredakan sisa derauan yang masih ada dilengan. Pada saya tiada cara lain untuk menundukkan hujah ustaz melainkan berhujah melalui peraturan ilmu Tawhid dari aliran Asya’irah juga.

“Begini ya ustaz.. saya ingin bertanya kepada ustaz, adakah yang dimaksudkan muhadas itu termasuk juga alam akhirat dan isi-isinya selain alam dunia ini?”

“Tentu sekalilah en. Rizal sebab selain Allah semuanya muhadas.. termasuklah alam akhirat itu.. kenapa?”

“Adakah ustaz percaya dihari akhirat kelak kita semua akan dapat melihat Allah seperti mana yang tercatat didalam hadis yang ustaz baca tadi dan seperti didalam Al Quran daripada surah al-Qiyaamah ayat 22-23 yang bermaksud “wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu (hari qiamat) berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat?”

“Ya, saya percaya”

“Kalau macam tu, ustaz adalah orang yang tergolong dalam golongan yang sama iktiqadnya dengan golongan Mujasimah yang menjisimkan Allah. Bukankah ustaz sendiri yang mengatakan Allah mustahil zahir dalam alam muhadas dan bukankah alam akhirat itu juga adalah alam muhadas?”

Ustaz terkedu.

“Ternyata alam akhirat itu juga adalah muhadas maka dimanakah ustaz hendak meletakkan iktiqad ustaz bahawasanya Allah itu mustahil zahir pada alam muhadas sedangkan secara terang Rasulullah memberitahu dihari akhirat kelak Allah akan datang kepada orang mukmin dengan rupa yang dapat dikenali?”

Ustaz masih terkedu.

“Kalau mengikut bahas ulama, Allah itu mustahil zahir pada alam muhadas dan mustahil rupanya dapat dikenal tetapi mengikut kata Rasulullah, Allah itu zahir pada alam muhadas dan kerana itu rupanya dapat dikenal. Nah! Mana satukah yang ustaz nak pakai.. bahas ulama atau kata-kata Rasulullah?”

Ustaz dan ustazah sama-sama terkedu.

“Jika alam akhirat itu muhadas dan alam dunia juga muhadas maka apa penghalangnya yang boleh menghalang Allah zahir didunia dalam rupa yang dapat dikenal oleh orang mukmin sedang Dia akan menampakkan diriNya juga diakhirat nanti dalam bentuk rupa yang dikenal oleh orang mukmin  semasa didunia dahulu?”

Ustaz yang tadinya duduk tegak kemudiannya tersandar dikerusi.. matanya memandang ke arah kipas yang berputar ligat disiling rumahnya. Mungkin seligat itu juga fikirannya berputar untuk menilai penjelasan yang saya berikan sebentar tadi. Ustazah diam saja sambil matanya merenung lantai. Kemudian saya menambah..

“Bukankah agama Islam mengajar kepada kita agar tunduk akal pada wahyu. Nah.. telah saya kemukakan hujahan saya dengan wahyu namun kenapa masih tunduk kepada akal dan bahasan ulama?”

Kali ini mata ustaz tepat merenung tajam ke arah saya dan jelas kelihatan titik-titik peluh membintik dihidungnya. Kemudian beliau menegakkan kembali duduknya dan meneguk air teh sehingga habis. Beliau mempelawa saya menghabiskan juadah kuih yang telah lama terletak menunggu masa dimakan sahaja.

“Boleh en. Rizal kemukakan lain-lain bukti yang mengatakan Allah boleh dilihat didunia ini?”

Lembut bunyinya pertanyaan ustaz itu.

“Ya, boleh.. Sayidina Ali  r.a. pernah berkata “lam a’bud robban lam arohu” yang bermaksud “aku tidak menyembah kepada Tuhan yang tidak aku lihat”, kata-kata ini saya kutip dari kitab Sirrul Asrar karangan As-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani”.

“Itu hadis Mauquf, adakah sanadnya sahih?”

“Tentang sanadnya saya tidak tahu tetapi bagi saya sudah cukup sekiranya menilai hadis Mauquf itu sebagai sahih dengan hanya memandang kepada kredibiliti penulis kitab itu iaitu seorang ulama besar Tasawuf yang terkemuka dan lagi bermartabat sultanul awliya”.

Kemudian saya menambah..

“Ustaz.. ketahuilah! Orang mukmin tulen itu adalah siapa-siapa yang beriman dengan Allah didunia ini serta mereka mengetahui rupa Tuhan mereka didunia ini dan mereka yakini bahawa Tuhan yang mereka kenali rupaNya itu akan datang pada hari kiamat dengan rupa yang telah mereka kenali semasa didunia ini dan ustaz tak boleh sangkal perkara ini kerana telah terbukti dengan dalil. Kemudian barangsiapa yang beriman dengan Allah tetapi tidak tahu bagaimanakah rupaNya didunia ini maka orang itu adalah tergolong dalam golongan munafiq biar pun dia adalah seorang mufti atau ulama sekalipun”.

Tiba-tiba ustazah mencelah.

“Saya rasa isu yang sedang kita bincangkan ini amat berat dan tiada yang lebih memahami isu ini melainkan ulama Tasawuf. Saya rasa eloklah en. Rizal bertanyakan isu ini pada ulama Tasawuf. Kadang-kadang tidak semua pendapat kita itu benar almaklum kita bukannya ulama”.

Sekali lagi ustazah menyerang saya dengan kata-kata sinisnya. Wajahnya lembut tetapi kata-katanya runcing dan tajam. Tapi saya tak ambil hati. Nampaknya mereka tetap dengan pendirian mereka dan tak mahu berganjak darinya sehingga mengalihkan isu kepada pendapat ulama Tasawuf pula. Mungkin mereka tidak mahu mempertimbangkan hujah saya sebab saya bukan golongan ustaz yang diiktiraf pihak kerajaan seperti mereka atau mungkin sebab mereka terhijab dengan cara pakaian saya yang biasa-biasa saja yang tidak berkopiah, berjubah dan tidak mengenakan minyak wangi seperti mereka. Pada mereka mungkin urusan agama itu tidak layak dibahas oleh orang seperti saya yang mereka anggap semata-mata sebagai bomoh atau dukun yang boleh dipanggil bila-bila masa yang pasti akan berkhidmat demi menambah duit poket atau mungkin mereka menilai rendah personaliti saya berdasarkan motorsikal Kriss saya yang sudah lusuh tanpa ada brek dan angin tayar yang sentiasa kurang ditambah dengan kulit dibahagian tempat duduknya telah koyak rabak dicakar kucing yang saya tunggang tiga malam berturut-turut untuk sampai ke rumahnya biar pun saya terpaksa berbasah dalam hujan. Sebenarnya jika nak dibandingkan dengan mereka, awal-awal lagi saya sudah kalah dari semua sudut duniawi almaklumlah mereka itu lepasan al-Azhar ditambah pula mereka memiliki rumah dan kenderaan yang besar lagi cantik sementelah keluarga mereka dipandang mulia oleh masyarakat kerana ustaz berpangkat nazir. Saya pula pada mereka mungkin hanya sekadar seorang perawat upahan mereka yang bermotor lusuh.

Namun itu semua adalah mungkin sahaja dan saya lebih suka berlapang dada dan berbaik sangka saja. Saya perhatikan ustaz dan ustazah hanya diam saja dan hanya Allah sahaja yang tahu gumam hati mereka. Jam sudah menunjukkan jam 11.23 minit malam. Anak mereka yang berpenyakit sawan itu sudah pun tidur tetapi hujan masih renyai. Tiada tanda-tanda mereka hendak meneruskan perbincangan makanya saya membuat keputusan untuk balik. Balik dengan menaiki motorsikal lusuh dalam hujan renyai untuk pulang ke rumah yang serba kurang namun alhamdulilah.. alhamdulillah kerana saya telah kenal rupa Tuhan saya yang sepatutnya orang mukmin kenali didunia ini. Semoga Allah memberi petunjuk kepada ustaz dan ustazah serta menyembuhkan anak mereka. Amin.

66 Responsesto “Rupa Tuhan”

  1. sujud says:

    kenapa penilaian kita mesti pada zahirnya seseorang?
    kenapa perlu nilai pemakaian seseorang?
    bukankah penilaian ilmu itu lebih penting dari segalanya…
    mudah2an ustaz,ustazah serta ahli keluarganya tergolong dalam orang yang sebenar2 mukmin
    moge mereka diberi kesempatan mengenal rupa tuhan mereka…

  2. insanlemah says:

    assalamualaikum..saya tertarik dengan perbahasan antara sepasang suami isteri itu dengan en Rizal..dan saya ingin mengetahui..bagaimanakah rupa allah itu…selepas saya baca ni, baru saya tahu..allah itu boleh dilihat dari dunia lagi..harap tuan blog boleh jelaskan..kerana saya hanyalah insan lemah…

  3. shafiq says:

    boleh terangkn bagaimana rupa Allah seperti yg anda bahaskn..?
    sila terangkan degan jelas

  4. hambaNya says:

    as-salam..
    salam ukkhuwah pd semua umat2 islam..

    jazzakummulau khair pada siapa yng posting topik di atas..
    dimana amatlah menarik sekali dan amat bermakna untuk
    dikongsi bersama pd pengunjung web ini.

    sy merasakn rupa Allah swt dpt dilihat menerusi sifat 99 asmaul husna.
    mohon tunjuk ajar jika sy silap.

    wasalam

  5. sarip dol says:

    Salam… Apa yang dipaparkan bertujuan untuk mendedahkan perkara yang jarang sekali diketahui umum. Namun untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut, sebaiknya melalui peraturan guru dengan murid. Oleh itu, sedari carilah guru-guru mursyid tasawuff diluar sana untuk berguru dengan mereka. InsyaAllah persoalan yang membelengu sedari akan terlerai dengan sendirinya…..

  6. sebatang kara says:

    kepada insanlemah.
    kalau anda ingin melihat rupa Tuhan, pergi ke tepi kolam yg tenang pada malam purnama yg tiada ber awan,dan lihat bayang anda di dalam kolam itu kalau nampak wajah anda terus terjun ke dalam kolam itu, nanti kalau sudah sejuk keluarlah dari kolam tu dan berfikir sejenak lepastu anda akan mengertilah wajah Tuhantu. sory…. gurau je..AH..AH..AH..

    maaf bang sarip dol. saya kacau blog awak je……

  7. insanlemah says:

    suke hati jer si sebatang kara neh…sekeh bru tauw..huhuuhu

  8. Renung firman ini: (Surah Al A’Raaf ayat 172) “Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, ‘Bukankah Aku Tuhanmu?’ ‘Betul! Kami menjadi saksi!’ Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini”
    Dan fahami hadith ini (petikan dari kitab Sirrul Asrar) Sabda RasululLah: “Aku lihat Tuhanku berupa seorang pemuda yang tampan (lebih kurang gitulah)”. Dan seterusnya baca artikel saya Adam, Anda dan Tuhan. sebenarnya kita sudah mengenali dan melihat Tuhan kita sejak azali lagi.

  9. Zam says:

    Assalamualaikum, suatu pertanyaan…adakah apabila kita sudah melihat rupa tuhan maka kita sudah arif tentangnya??

  10. Otoko says:

    cuba kita keluar sedikit dara paradigma pemikiran kita.. antara punca yang memberatkan kita kepada isu ini ialah kerana kita fikir maksud ‘melihat’ itu bersandarkan kepada pancaindera mata kita sahaja.. adakah kita ada pancaindera lain yang juga boleh melihat? sudah tentu ada iaitu ‘hati’ (ada dalil al-quran mengenainya tapi saya tak ingat)…
    Saya agak musyikil dengan tujuan artikal ini (bukan isinya).. kenapa artikal ini dibiarkan ‘tergantung’ tanpa berkongsi ilmu tentang jawapannya oleh sipenulis? Kenapa perlu memberi persepsi kepada pembaca supaya berperangsangka negative kepada ustaz dan ustazah tersebut dan pada masa yang sama menunjukkan persepsi yang positive tentang diri penulis yang dilihat ‘low-profile’ tapi ‘berilmu’? Kenapa perlu membandingkan dirinya dengan si ustaz dan ustazah tersebut? Kenapa juga perlu membiarkan pembaca terpinga2 tapi ‘bersyukur’ yang dia tahu jawapannya? Jika ikhlas ingin menyampaikan/berkongsi ilmu, sampaikanlah dgn ‘akhlak’ yang mulia…

  11. Zam says:

    Rasanya lebih baik husuzzhon dgn sipenulis. dalam menuntut ilmu harus bersabar…..kalau isi baik ambil sahaja. Ingat ketika saidina Musa bertanya 3 kali, maka Saidina Khidir mengarahkan utk berpisah drpd muridnya itu.
    Betul tentang melihat itu bersasal dr kalimah ‘roa’. betul kata saudara tentang mata hati. Cerita itu pada saya meyedarkan kita walau kita belajar setinggi manapun pasti ada yg lebih mengetahui. 4 perkara yg menghalang belajar ilmu org soleh: Mustakbir,mustaghni,mustankih,mustahyi(takbur,meraca cukup,malas,segan bertanya)

  12. aqif says:

    salam…sy pndtg baru dlm website nih…terbacer sal artikel nih..sy stuju dgn Otoko…knp membiarkan pembaca tergantung2? bukankah ini suatu doser besar jika kita x menyampaikan apa yg kiter tahu dlm ilmu islam…tidakkah en sarip dol takut jika di akhirat kelak Allah menghukum en sarip sbb x memberitahu mereka2 yg x tahu ni dan meninggalkan mereka2 dlm keadaan jahil? klu kiter leh tau rupa Tuhan..adakah rupa Tuhan atau sifat2 Allah dlm asma-ul-husna? bukankah Allah tu bersalah2an dgn yg lain? klu kiter dapat tahu pasal rupa Tuhan tu, bukankah ianya suatu sifat yg baharu? sbb Allah dh berfirman Dia bersalah2an dgn yg lain…?maknanyer klu en sarip tahu rupa Allah maknanya dah salah sbb Dia bersalah2an dgn yg lain..ingatlah en.sarip…ketika nabi Musa yg nak sgt tgk wajah Allah pun x dpt nk tgk wajah Allah, pengsan 3 hari, samapai bukit yg dia naik tu pun hancur, ni kan pulak kiter manusia hina dina dpt tgk dan tahu wajah Allah mudah2..bukankah ni bersanggahan dgn kebenaran? fikir2kanlah..semak balik sirah nabi musa yg mahu lihat wajah Allah di dunia..

  13. sarip dol says:

    kepada tuan otoko dan aqif yang saya muliakan semoga sejahtera hendaknya.

    tuan-tuan berdua janganlah terlampau tinggi memandang blog saya ini seolah-olah blog ini selayak madrasah, sekolah pondok atau pun pasentren. blog ini bertujuan hanya sebagai “pencetus” rasa ingin mencari Tuhan dan Mengenal Tuhan pada sesiapa yang singgah dilaman ini. itu sahaja. sementelah kisah yang saya paparkan adalah pengalaman peribadi yang benar-benar terjadi.

    untuk itu, oleh kerana laman ini bukannya madrasah, sekolah pondok atau pasentren maka jika tuan-tuan menyangka akan dapat menemui jawapan atas persoalan yang berputar-putar didalam benak tuan-tuan berdua maka tuan-tuan telah tersilap kerana disini bukanlah tempatnya. mustahil tuan-tuan akan dapatinya disini melainkan tuan-tuan duduk didalam peraturan berguru dengan mursyid-mursyid yang arifin muhakkikin yang ada diluar sana.

    lagi satu, oleh kerana laman ini lebih cenderung kepada ilmu-ilmu tasawuf maka janganlah cuba memahami isi tulisan saya ini dengan kefahaman tuan-tuan yang lebih condong kepada ilmu usuludin atau feqah. tawhid didalam usuludin tidak sama bahasnya dengan tawhid didalam tasawuf.

    lagi satu, saya bukannya umat nabi Musa yang mana baginda tidak dapat melihat wajah Allah tetapi saya adalah umat nabi muhammad saw yang mana baginda telah bertemu dengan Allah pada malam baginda diIsra’kan. saya harap tuan-tuan berdua dapat menangkap maksud saya.

    wasalam

  14. Redzha says:

    “Awaludin makrifatullah, Awal agama itu mengenal Allah.”

    Kenal Allah supaya kita dapat menetapkan kedudukan kita.

  15. tarmezdi says:

    salam semua ikhwan yang dikasihi,izinkan ana berlembut suara mengajak agar kita letakkan prioritas pada perkara yang terpenting dan yang penting dan kurang penting..ADABnya terhadap Allah itu yang paling permata yg tak ternilai,ILMU punya cahaya yang lebih berkilau dari cahaya matahari..kerapnya kita akan binasa bersamanya dalam soal IlmuNya..ayuh terus berusaha mencarinya dengan mencari siapa diri kita dahulu…bertaubat dengan benar2 yakin dan kemudian zikir tauhid memperbesarkan DIA nescaya tanpa kira bila dan masa ..akan tetap tiba..jika dizinkanNya..HATI itu lagi penting dijagai kerana disitu segala rahsia dan rahsia diri Allah SWT lebih tahu tentang apa2an tentang niat dan hajat kita..kita ini BARU..yang diwujudkan oleh Allah SWT ..cuma mungkin iya saya berkongsi sama..fikirkan begini selalu dengan tawadhuk dan khauf..”Allah itu bersama kita dimana kita berada jua”..usah la wajahnya dicari.kesan2 dari sfat2 Asma Husna sudah cukup buat kita terpesona,jika dapat menfanakan(hilangkan)dalam istilah bahasa kemudiannya hakikat diri itu..Allah sudah berada sebelum kita dan segala2 yang diciptakanNya..”Allah itu rahsia manusia dan manusia itu adalah rahsia Allah” jika sudah RAHSIA maka usah nak mencari..DIA tetap rahsia kepada kita..Nabi Muhammad SAW mengadapNya dengan jarak 2 busur panah…ruhani Nabi SAW bukan kelas pertama..ianya binasa di depan si pencipta kecuali melalaui kehendak dan pngasihNya…Allah akan menampakkan kwujudanNya yang hakiki.

    Kenali diri kita..jaga Akhlak seperti saranan Nabi SAW insyaAllah..disana nanti jika beruntung..bila2 aje Allah akan menemui kita…cuma sekarangnya tunaikan tanggungjawab di bumi ini..biarlah kerinduan kita menjadi bantal peluk atau manis lidah mentuturi perasaan rindu kita pada Allah ‘Allah mengingati mu bila kau mengingatiNya”…”ingatlah AKU justeru AKU akan mengingatii mu lebih besar dari berada dikelompok keramaian”.

    Ingat Allah..dengan berADAB…tunaikan kerja fisibillah.

    wallahuaalam

  16. tarmezdi says:

    Salam kembali ikhwan,
    maksud saya “ruhani Nabi SAW bukan kelas pertama..”terlupa saya tambahkan..”diluar kelas pertama yakni melebihi jangkauan manusia biasa”..maaf ye..mana bisa diri ini mau melihat Allah sedangkan dirinya sering lupa dan lalai..jejarinya pun tidak kurang tiada upaya..ia juga diciptakan dengan ada kelemahan.

  17. البحث عن الحقيقة says:

    tuhan….engakaulah yang maha kuasa.,yang menetapkan segala sesuatu..,yang terindah dan terlazat dari segalanya.yang bergantung segala kepada MU….
    ampuni hamba mu yang lemah ini…

  18. Ridzwan says:

    Jawapan kpd akan bagaimana ‘Rupa Tuhan’ itu ada didalam diri kamu…
    Subhanallah… :'(

  19. eden says:

    “rupa tuhan kalau ada di dalam diri,” macamana nak tengok, kena bedah ke dulu ke.. takut sebelum sempat tengok dah gol dulu…macamana nak jawab kat nungkar nangkir nanti…

  20. Ridzwan says:

    Rupa Allah bukan dilihat dgn zahiriah, tetapi dengan Ilmu, Iman dan Taqwa.. Wallahu’alam…

  21. Ismail says:

    Salam,

    Tidur sekepala, makan semulut, bernafas sehidung, melihat semata, mendengar setelinga, hidup senyawa, etc.

    Hadith Qudsiyyah: Apabila hambaKu telah dekat kpd Aku, maka Akulah penglihatan dan pendengarannya, dan Akulah tangan dan kakinya yg melontar dan berjalan.

    Itulah rupa Allah Taala didunia dan diakhirat.

    Kaji dan terus mengaji. Ini bahagian ilmu Ulil Albab.

    Wassalam.

    P.S. Seek your own personal truth and never stake a claim on another man’s truth.

  22. zam says:

    wajah Allah itu adalah Rasulullah….dan juga sepatutnya kamu boleh melihat Allah dalam segala sesuatu….Kata Saidina Umar R.a…Ma roaitu syaian illa waroaitullaha qoblahu”….kata Saidina Uthman “Ma roaitu syaian illa waroaitullaha ‘indahu”…..

  23. z says:

    salam, tuan2
    maaf ya saya ingin bertanya,
    dikhabarkan dikalangan penuntut ilmu tasauf akan melihat Allah di akhirat sepertimana melihat Allah di dunia seperti juga telah melihat Allah ketika “alastu birabbikum”, “syahidna”

    pertanyaan saya iaitu,
    1.apakah indera untuk ‘melihat’ itu sama??? utk setiap ‘alam’ itu

    atau apakah ‘melihat’ itu dari sudut ilmu, akal, fikir saja, atau dari sudut rasa hati saja, atau benar-benar melihat dengan mata kepala ???

    jika benar-benar melihat dengan mata kepala maka apakah mata kepala itu dah ada semasa ‘alastu birabbikum’ sedangkan jasad belum zahir ke dunia lagi…

    atau melihat dari sudut indera tubuh rohani saja, bukannya indera tubuh jasmani ini, namun kat kitab2 tertulis pulak pandang dgn matahati dan matakepala

    2.apakah yang dilihat itu berupa cahaya kah ??? atau ‘kekosongan’ kah atau hanya rasa ??? keberadaan Allah; contoh rasa bahawa Allah serta kita, rasa bahawa Allah meliputi kita

    jadi yang dimaksudkan melihat Allah didunia ini apa sebenarnya… saya sedang usaha untuk cuba memahami fasa-fasa perjalanan raja muzaffar dalam ‘melihat’ Allah, jahil-tahu-kenal-lihat-bertemu

    jika ada ketentuan Allah, ingin saya bertemu tuan sarip dol, insyaAllah

    terima kasih, wassalam
    z

  24. sarip dol says:

    Saya sarankan agar sdr Z bertanyakan persoalan sdr ini sendiri kepada guru Mursyid sdr sahaja atau jika belum punya guru Mursyid maka saya sarankan sdr mula mencari dan menuntut hak sdr darinya.

    Pada saya persoalan ini baru akan difahami setelah seseorang itu faham tentang ilmu tawhid, tajalli, hakikat roh, hakikat materi, mertabat 7 dan ilmu Kenal Diri kerana untuk menjawab persoalan sdr, kesemua perkara diatas akan terlibat.

  25. z says:

    alhamdulillah, terima kasih,
    tn sarip dol kenal kah guru yang berhak menyampaikan haq ini di johor baharu
    jika kenal silalah email saya ya, bi’iznillah
    wassalam
    z

  26. sarip dol says:

    Saya yakin didaerah Johor Baharu ada guru-guru yang bertaraf mursyid namun tiada seorang pun yang saya kenali ada disana. Disana saya ada mengenali beberapa rakan yang bergelumang dengan ilmu-ilmu hakikat namun pada waktu yang sama meninggalkan syariat. Saya tidak akan memperkenalkan sdr dengan mereka-mereka ini demi kebaikkan sdr.

  27. Kurakura says:

    Semoga saudaraa z mendapat haknya..

  28. Mohd Nafiah Bin Arshad says:

    Asalamualaikum..

    Saudara Rizal bagaimana untuk berhubung terus dengan saudara..perihal sulit-sulit
    boleh kah kita bicara

    wasalam

  29. sarip dol says:

    Boleh.. hubungi saja saya melalui email atau talipon genggam.

  30. zack says:

    assalam, tuan sarip dol yang dihormati,

    tuan telah berkongsi ilmiah berkenaan Rupa Tuhan, kini sudilah kiranya tuan sarip dol menyampaikan ilmiah berkenaan asma Allah iaitu asma ke100 yang dikatakan terahsia itu, dgn memberi ‘hint’ @ clue @ petunjuk-petunjuk @ kias yang bisa membantu mencerahkan kefahaman… bi’iznillah

    terima kasih

  31. sarip dol says:

    asma yg ke 100 ada dalam dompet sdr..

  32. zack says:

    berikut adalah clue dari teka-teki berkenaan rahsia asma ke100 saya c&paste dr hajirikhusyuk.wordpress

    jika dalam dompet itu menurut hajirikhusyuk TIDAK KENA jawabannya…

    minta perkongsian pandangan tuan sarip dol,

    1. alif-nun-alif, ana = bukan
    2. alif-nun-sin-alif-nun, insan = bukan
    3. alif, satu huruf saja, a = tidak
    4. alif-sin-mim, asma =bukan
    5. alif-sin-mim-ya, ismi pada ic = tidak kena
    6. mim-ha-mim-dal = tidak
    7. al-amin, al-siddiq, al-farok, al-nurin, al-murtada, nan-mulia, nan-berbahagia,….., al-mahdi, al-KHUSYUK, al-SIRR, nyata tapi RAHSIA…
    8. alif-sin-mim-ya-xxx = hajiri belum respon!!!
    9. silah lah teka lagi…

    clue lainnya iaitu; “KESIMPULAN AKUAN PADA NAMA RAHASIA, kepada Allah kena, kepada hamba pun kena, sekali sebut saja sudah terhimpun (pada kedua-duanya) . Segala sesuatu akuan didudukkan pada nama RAHASIA Allah, (nama yang ke-100)”

    dan no 7 itu juga clue juga

    agak saya tuan ridzwan kat atas itu ada kaitan dgn hajirikhusyuk tersebut…

  33. aucur says:

    Salam tuan Sarip.
    Adakah rupa tuhan itu juga yg kita lihat waktu sakaratul maut?

  34. sarip dol says:

    tak.

  35. redzha says:

    “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, bahawa sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah”

    Ade Tuhan ke?
    Cuba baca ayat itu betul-betul…
    Dalam rukun iman pun tak ada menyebutkan percaya kepada Tuhan…

  36. Kurakura says:

    Mmmm.. Betul juga ye kata redzha tu..tidak ada ILAH melainkan ALLAH.
    Tapi bagaimana pula ye apabila ALLAH telah memberitahu kita di dalam Al quran surah Al Fatihah ayat 1(alhamdu lillahi rob bil alamin.)
    Maksudnya: puji bagi allah TUHAN sekalian alam..)

    Ini pula dari surah al baqarah ayat 147 (alhaqqu mir rob bika fala..taku.. Nanna minal mumtarin..) maksudnya: (kebenaran, dari tuhanmu maka janganlah kalian menjadi termasuk dari orang orang ragu)

    Walaupun perkataan ILAH dan ROB itu berbeza bunyinya, namun maksudnya ialah TUHAN kan?

    Nampaknya allah dah terangkan dalam al quran bahawa allah tu tuhan.macam mana ye?

  37. sarip dol says:

    Tuhan ada dan Allah lah Tuhan. Kalimah Tawhid tu adalah kalam Allah yang nak Allah fahamkan kepada kita bahawa Dialah sahaja tunggal yang berkedudukan sebagai Tuhan bagi setiap alam. Tapi kalau sdr tak percaya adanya Tuhan dialam ini dan Tuhan itu Allah.. lantak sdr lah.

  38. Kurakura says:

    Kalau saudara redzha solat, bererti subuh ada 2 kali, zohor 4 kali, asar 4 kali, maghrib 3 kali dan isyak 4 kali dan jumlahnya 17 kali dalam sehari sekurang kurangnya saudara redzha melafazkan alhamdulillahi robbil alamin..(puji bagi allah tuhan sekalian alam..)semoga saudara sememangnya membenarkan dengan hati akan apa yang saudara lafazkan itu..wallahu a’lam..

  39. hina lagi fakir says:

    maaf smuany,sblm prbncngn ini lbh hngt,kt prlu tahu dhlu,apa mksd tuhan?prktaan ini asal dr mn?

  40. sidua says:

    rupa atau wajah Allah boleh di’lihat’ nurNYA…

    tuan sarip, apakah nurMuhammad juga boleh di’lihat’,,, bagaimana ya,,,

    tq

  41. Kurakura says:

    Pada mulanya kata tuhan hanyalah ‘tersalah tulis’ dari kata tuan; dan ini terjadi karena kesalahan seorang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 di indonesia. Peristiwa itu diterangkan secara menarik oleh Alif Danya Munsyi di majalah Tiara (1984). 

    pertukaran tuan menjadi tuhan, sepenuhnya bersumber dari kepercayaan kristian atas Isa Al-Masih. Mereka biasa menyebut Isa dengan panggilan “tuan”, yang dalam bahasa Yunani adalah ‘Kyrios’, dalam bahasa Portugis ‘senor’, dalam bahasa Belanda ‘heere’, dalam bahasa Prancis ‘seigneur’, dan dalam bahasa Inggris ‘lord’.

    Sila perhatikan kutipan berikut ini:
    Sebutan Tuan bagi Isa Al-Masih berasal dari surat-surat Paulus,
    orang Turki, yang menggunakan bahasa Yunani kepada bangsa Yahudi, Rumawi, dan Yunani di daerah Hellenisme. Pada setiap akhir suratnya, Paus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: “Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai ruh kita.” Kalimat diatas, dalam bahasa Portugis, berbunyi: “A graca de mosso senhor Jesus Cristo seja com ovosso espiritu” 
    Kalimat diatas, dalam bahasa Belanda berbunyi: “De genade van onzen heere Jezus Christus zij met uw geest” 
    Kalimat diatas, dalam bahasa Prancisnya, berbunyi: “Que la grace de notre seigneur Jesus-Christ soit avec votre esprit”

    Kalimat diatas, dalam bahasa Inggris, berbunyi: “The grace of or lord Jesus Christ be whit your spirit” 
    Ketika penghayatan ini diterjemahkan ke dalam bahasa  ndonesia, mula-mula oleh bangsa Portugis bernama Browerius, pada tahun 1663, sebutan Isa Al-Masih masih Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menerjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi Tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis Tuhan. 
    Dengan demikian, jelaslah bahwa kosakata Tuhan masuk  edalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi (agama) Kristen. Pada mulanya hanyalah kerana ‘salah tulis’ orang Belanda, tapi kemudiannya dibakukan sebagai kosakata baru yang disejajarkan dengan kata ‘ilah’ dalam bahasa Arab. Karena itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (orang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah!

    Jika merujuk makna tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala Dua .

    Ini bermakna bahawa perkataan tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu ‘tu’ bermakna Kepala dan ‘han’ pula bermakna Dewa ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu.

    Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu batu, kayu dan padi.

    Kesimpulannya, perkataan tuhan itu adalah kata pinjaman yang di ambil dari bahasa sanskrit dalam agama hindu bagi ‘tujuan sembahan’ mereka tetapi tidak salah jika kita hanya menggunakan kata ‘tuhan’ sahaja tanpa meniatkan maksud asal seperti mereka. Ianya sama juga seperti kita menggunakan perkataan sembahyang yang asalnya adalah sembah ‘hyang’. kita hanya meminjam perkataan sahaja tetapi tidak meniatkan dengan maksud yang sama.

    Dan satu sumber lain lagi, kata ‘tuan’ itu sebagai maksud ‘tujuan sembahan’ bagi agama kristian yang mana terjemahannya dalam bahasa indonesia asalnya adalah ‘tuan’ kemudian tersalah tulis menjadi ‘tuhan’. Kemudian kita pinjam perkataannya sahaja iaitu ‘tuhan’ tetapi tidaklah meniatkannya sama seperti maksud dalam agama kristian itu.

    Justeru bagi kita orang melayu dan islam ini, kita pinjam perkataan ‘tuhan’ itu dengan merujuk kepada ketinggian dan ketunggalan ‘robb’ dan ‘Ilah’ itu, bagi mentafsirkan kepada perkataan melayunya sahaja tanpa meniatkan maksud asalnya.

    Sedikit buah tangan buat renungan:

    Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

    “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

    Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما الأعمال بالنية)

    Wallahu a’lam..

  42. hina lagi fakir says:

    alhmdllh.klu dh thu asal2 prktaan tuhan itu adalah tuan,snng la kita nk brmuzakarh.klu tuan(tuhan) tntu ada hmba.kereta klu xdpndu oleh tuanny mana nk brgrak sndri.jd jasad ini sdh tntu ada yg mngrakkn.siapa y mngrakkn jasad?sdh tntu rohani,rohani itu siapa?fkr2kn lh.di hari kiamat nnti smua akn mati kecuali rohani, xmatikn.tuan(tuhan)mati x?mari kita renungkn brsma…nnt tuan2 akn dpt jwpnny siapa itu tuan(tuhan).

  43. Kurakura says:

    mengenal diri..

  44. jahilnya diriku says:

    salam..boleh saudara rizal tulis 1 artikel tentang bagaimana rupa allah yg saudara rizal kenal..

  45. Sengal says:

    Biarlah kenal sendiri daripada dikenalkan… tuan tanah hanya buka jalan… yang meneroka dan berusaha membersihkan tanah tu kita…. maka dalah tidak wajar untuk kita meneroka atas usaha orang…. kiasan sahaja…. selamat beramal….

  46. hendra says:

    saya orang buta yang sedang mencari gajah… sudi kiranya tuan sarif memberi petunjuk

  47. Masterdin says:

    Selamilah apa yang dimaksudkan oleh sebatang kara tu…..Kan dia suruh terjun dan selam.

  48. sufisme says:

    Salam….Melihat Zat Allah dan melihat Allah adalah 2 perkara yg berbeza…Jgn dipeningkan org awam….Pengakuan melihat Allah (bukanya Zat Allah) hanyalah bg ahlul Kasyaf..Melihat Allah dgn makrifat akal adalah tidak sama melihat Allah dengan jalan makrifat hati insani(telahpun dibukakan hijab dan pernah merasai Fanafillah dan Baqabillah)(Qalbun)…Kalau makrifat akal, org kafir pun boleh mengaku melihat Allah Taala…Sekiranya perlakuan zahir dan batin menyalahi adab Rasullallah, adakah akan dibukakan hijab kita dengan Ruhul Qudus…Akibatnya akan menuhankan diri sendiri……

  49. hamba ALLAH says:

    subhanALLAH wabihamdihi.. terasa diri ini kerdil..
    mcm mana lah nak berguru dgn guru mursyid dlm dunia akhir zaman ney… fitnah berleluasa…

    terima kasih kpd empunya blog… memang mencetuskan diri ini utk mengenalNYA.. mendalam sungguh..

    sy mohon izin print artikel ini dan artikel2 lain saudara blog untuk dibaca pd anak2 muda kuarga saya. halalkan yer…(“,)

  50. sarip dol says:

    sdr sufisme..

    1. sdr kenalah faham antara niat untuk peningkan orang awam dengan niat untuk “mencetus” rasa ingin mencari Tuhan dan Mengenal Tuhan. sdr baca tulisan saya lantas sdr mewujudkan persepsi sdr sendiri keatas tulisan saya sedangkan tujuan asal saya menulis telah saya terangkan dibahagian atas.

    2. sdr kata “Pengakuan melihat Allah (bukanya Zat Allah) hanyalah bg ahlul Kasyaf”.

    sebenarnya ahli kashaf itu melihat terus kepada Zat Allah yakni pengakuan melihat Allah itu semakna dengan melihat Zat Allah. saya hormati ilmu yang sdr miliki namun saya tidak boleh terima dakwaan sdr yang sdr telahpun dibukakan hijab dan pernah merasai Fanafillah dan Baqabillah kalau sdr masih belum dapat melihat Zat Allah.

    wasalam.

  51. mimi says:

    salam.. sy amat terpegun dengan ape yg en rizal bahaskn di sini..byk yg kite blh brkongsi..sy brminat utk dptkn email atau pn fb en rizal..byk yg sy brminat nk tny dan brkongsi..sy akn tngu.. trima kasih

  52. sarip dol says:

    Sdr mimi, sila periksa email anda.

  53. saya suka tidur says:

    salam tuan, ajar saya tuan…bole?

  54. Sarip Dol says:

    Mahu saya ajarkan apa? Luangkanlah saja masa sdr ke PRAWIS.. saya ada disitu.

  55. pramlee says:

    setelah membaca tulisan en. sarip dol, saya mula ragu2 utk mengambil kursus rawatan islam yang beliau anjurkan.

    tambah pula ada unsur2 berselindung seolah2 mnyembunyikan sesuatu

  56. Sarip Dol says:

    Sdr pramlee,

    Sebahagian musuh terhebat manusia adalah kejahilannya sendiri. Bersifat skeptic itu baik namun menghukum sesuatu atas skeptical yang wujud tanpa mengambil kira hakikat sebenar bagi sesuatu itu adalah dalil bagi sebuah minda yang sedang menghadapi keruntuhan rasional pemikiran akal.

    Apa salahnya jika sdr bersikap berlapang dada atas tulisan saya dan jika ada kekeliruan terus berjumpa saya untuk mengetahui duduk letak perkara yang sedang meragukan sdr daripada menghukum saya hanya bersandarkan dengan hujan skeptical sdr semata- mata.

    Pun begitu, telah saya terangkan diatas (saya paste semula dibawah)

    sarip dol 2010/02/03 at 9:10 pm

    … blog ini bertujuan hanya sebagai “pencetus” rasa ingin mencari Tuhan dan Mengenal Tuhan pada sesiapa yang singgah dilaman ini. itu sahaja. sementelah kisah yang saya paparkan adalah pengalaman peribadi yang benar-benar terjadi.untuk itu, oleh kerana laman ini bukannya madrasah, sekolah pondok atau pasentren maka jika tuan-tuan menyangka akan dapat menemui jawapan atas persoalan yang berputar-putar didalam benak tuan-tuan berdua maka tuan-tuan telah tersilap kerana disini bukanlah tempatnya. mustahil tuan-tuan akan dapatinya disini melainkan tuan-tuan duduk didalam peraturan berguru dengan mursyid-mursyid yang arifin muhakkikin yang ada diluar sana.

    Jadi sebenarnya, segalanya telah saya jelaskan dan tiada apa-apa yang saya selindungkan.

    Wassalam.

  57. Biduan Buta says:

    Assalamualaikum wr wb Tuan Sarip Dol..
    Sangat bernas sekali topik yang tuan kongsikan itu….Terimakaseh….teruskan pekongsiaannya…

  58. Arirang says:

    Bila masuk hadith mauquf tu, saya sedar akan satu perkara. Hadith tu mengingatkan saya puak2 Syiah.

    Oleh kerana al-Quran x boleh diubah, ada segelintir golongan mentarget hadith. Itulah kerana wujudnya “Ulum al-Hadith”.

    Walaupun kitab itu ditulis oleh seorang ulamak yg hebat, tetapi adakah kandungannya dipelihara? Bila ditanyakan sanad, bukankah mcm2 kemungkinan yg boleh timbul atas jawapan yg diberi itu?

    Mengikut pengamatan saya, saya merasakan pasang suami isteri itu bukanlah asatiz kerana ini merupakan perkara yg paling basic bagi seseorang itu yg memegang gelaran asatiz (dlm bidang agama).

    Mungkin agenda artikel ini bertujuan utk mencabar aqidah. Sekiranya benar, saya minta kekawan seagama jgn terpedaya.

  59. Sarip Dol says:

    Assalamu’alaykum sdr Arirang

    1. Tidak semua yang mendatangkan hadith mauquf sebagai dalil adalah puak-puak Syiah. Fikiran jangan singkat.

    2. Baik, lupakan tentang hadith mauquf dan ulama hebat sebab sdr seorang yang was-was.. tumpukan sahaja kepada hadith dari Shahih Muslim yang dibawakan.

    3. Andaian sdr bahawa artikel ini bertujuan untuk mencabar akidah benar-benar salah. Sila baca betul-betul hadith dari Shahih Muslim tu dan carilah jawapannya dan lebih baik perkara ini yang sdr sibuk-sibukkan daripada membawa sangka-sangka dan was-was sdr disini 🙂

  60. Assalamualaiqum Tuan Sarip Dol
    Saya baru menjumpai perkongsian ilmu yang hebat ini.
    Bolehkah saya menjadi murid Tuan Sarip?

  61. Sarip Dol says:

    Wa’alaykumussalam sdr Hujung Sarawak

    Jika benar berhajat silalah ke PRAWIS untuk bertemu beliau

    Hubungi kami di http://www.prawis.com

  62. Terima Kasih.
    Insya Allah

  63. Mag Mdnjbskin says:

    terima kasih Sarip Dol. semoga kita semua mendapat hidayah Allah menjadi mukmin yang dapat mengenal & melihat rupa tuhan sebenar.
    Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan jalan yang Engkau redhai. aamiin

  64. Muhammad says:

    agak menguji kesabaran sy utk membaca kisah yg boleh tahan panjangnya… harus dipuji tulisan dgn bahasa yg baik. izinkan sy memberi komen atas pengalaman peribadi. moga2 ramai antara kita yg menjadi mukmin sejati yg ikhlas dan suci dlm debu dunia ibarat sehelai bulu putih pada seekor kambing hitam.

    ***

    nur atau zat tuhan tidak dpt dilihat, tetapi dpt dirasa oleh seorang mukmin… namun jelas sekali, tuhan itu berwajah. dan wajah ini dpt dilihat dgn mata zahir di dunia. akan tetapi, hal ini amat rahsia.

  65. Arjun says:

    Ya, saya bersetuju dgn saudara Muhammad.

    Terima kasih kpd Sarip Dok krn menceritakan kebenaran sebagai pencetus utk mencari apa yg patut dicari, tujuan segala tujuan.

Leave a Reply