Sunnah Babi

Sunnah Babi

 

Entah mengapa pada hari itu punggung terasa berat untuk bangun dari sof kerana lazimnya setelah habis mendirikan 2 rakaat solat Jumaat saya akan terus bangun tanpa mengaminkan doa imam untuk mendirikan solat sunat awwabin sebelum terus keluar dari masjid. Saya terus mengaminkan doa imam sambil mata memerhatikan gelagat sebilangan jemaah yang bergegas untuk keluar dari masjid. Agak panjang juga doa imam dan terasa sia-sia pula saya mengaminkan doa beliau kerana saya tidak faham apa yang didoakannya disebabkan beliau berdoa dalam bahasa arab. Saya ikutkan juga. Kemudian setelah habis doa dibaca imam maka saya terus bangun sambil bersalam-salaman dengan beberapa jemaah dan terus mendirikan solat sunat 2 rakaat. Usai solat, hati terasa seperti berat pula untuk meninggalkan masjid maka saya memanjang-manjangkan wirid yang disulami tasbih, tahmid dan takbir.

Entah kenapa.. hati masih terasa berat untuk meninggalkan masjid lalu saya teruskan duduk sambil membaca surah al-Mulk. Usai surah al-Mulk dibacakan, barulah badan terasa ringan untuk bangun dan terus saya menghalakan kaki untuk keluar dari masjid yang ketika itu tidak banyak pun jemaah yang masih berada dalam masjid.

Tiba-tiba bahu kanan saya ditepuk seseorang dari belakang dan disentapnya sehingga membuatkan langkah kaki saya terhenti. Bahu terasa sakit. Saya menoleh dan mendapati seorang lelaki melayu berusia sekitar 40an dengan jambangnya bersulam dengan warna merah yang mungkin diinai, berserban dengan lilitan yang agak besar, berjubah dan sedang memegang kayu sugi dengan tangan kanannya. Mukanya serius memandang saya.. bola matanya meliar tepat diarahkan ke muka saya macam mencari sesuatu. Kemudian beliau melintangkan lengan kirinya dibelakang badan saya dan terus membisikkan sesuatu.

“Kenapa kamu membawa sunnah babi ke dalam masjid ini?”

Terkejut besar saya mendengar kata-kata lelaki itu.. berderau darah saya. Kasar sungguh sikapnya dan tidak padan langsung dengan penampilannya. Kemudian beliau berkata lagi..

“Bukankah babi itu tidak memakai serban.. kenapa kamu membawa sunnahnya kemari.. ketempat suci ini? Bukankah terlebih baik jika kamu memakai serban yang menjadi sunnah nabi, berjubah dan bersugi seperti nabi daripada kamu memakai seperti apa yang kamu pakai sekarang ini!”

Saya masih terkejut dengan sikapnya dan darah masih berderau. Kaki terasa menggeletar. Telinga terasa panas dan mulut seolah-olah terkunci.

“Ini apa?”

Tanya beliau sambil menarik baju T-Shirt biru lusuh dan seluar yang sedang saya pakai.

“Ini baju T-Shirt pemberian orang dan ini seluar slack hitam yang juga pemberian orang”.

“Ini pakaian kaafiir!” bentak beliau.

“Hanya orang kafir sahaja yang berpakaian dengan pakaian sebegini!”.

Berderau lagi darah saya mendengar kata-katanya. Kalau tadi derauannya kerana terkejut namun sekarang derauannya kerana marah. Sekonyong-konyong berlalu dihati ingatan supaya beramal dengan tawhid Asma maka fahamlah saya bahawa saya kini sedang berhadapan dengan al-mutakabbir. Nah.. tiba-tiba sahaja saya kedatangan zawk. Bergetar seluruh kulit dibadan dan terasa bulu roma mengembang diseluruh badan. Nyaman sekali rasanya sehingga singa garang berserban yang sedang memegang kayu sugi yang berada dihadapan saya kini saya pandang tak ubah macam seekor lipas sahaja. Hati mulai tenang. Maka benarlah Allah apabila berfirman yang bermaksud “Ingatlah! Dengan mengingati Allah hati akan tenang” [ar-Ra’d:28]. Kemudian dengan pantas saya berdoa didalam hati dengan doa para malaikat yang bermaksud “Maha suci Engkau (Allah), tidak ada yang kami ketahui melainkan apa-apa yang Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” [al-Baqarah:32]. Terus sahaja saya membuka mulut untuk membidas kata-kata lelaki itu.

“Tuan, seseorang itu tidak sekali-kali akan menjadi kafir kalau hanya memakai pakaian dari hasil karya orang-orang kafir sebaliknya kekafiran seseorang itu dinilai dari sudut aqidahnya sama ada betul atau tidak ia beriman kepada ketunggalan Allah dan kerasulan Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib”.

“Aahh.. cara berpakaian kamu ini sudah cukup menjadi bukti kekafiran kamu!”

Saya senyum saja melihat keletah lelaki itu dan ingin benar saya menutup mulutnya itu dengan satu hujah yang tidak dapat dipatahkannya lagi. Maka saya terus berhujah.

“Baiklah tuan, saya akan buktikan kepada tuan bahawa cara berpakaian saya ini adalah bukti keimanan saya kepada Allah dan penolakkan tuan atas cara berpakaian saya ini adalah bukti kekafiran tuan terhadap Allah”.

“Bagaimana boleh jadi macam tu pula?.. aaahhh tak kisahlah. Cepatlah buktikan!”

“Begini, saya nak bertanya pada tuan, siapakah yang menyiapkan pakaian saya ini?”

“Tentulah orang kafir laknatullah!”

“Baiklah.. siapa pula yang mengilhamkan kepada orang kafir itu sehingga dapat  mereka menghasilkan pakaian yang saya pakai ini?”

Beliau terdiam.

“Bukankah Allah yang telah memberi ilham kepada mereka dan sudah tentulah tiada siapa yang Maha berilmu selain Allah yang memberi ilham kepada mereka. Maka pada hakikatnya pakaian yang saya pakai ini adalah hasil karya agung Allah Ta’ala yang bersesuaian dengan hukumnya yang Ia zahirkan melalui tangan-tangan orang kafir. Perhatikan baik-baik, adakah tuan mendapati ada pada mana-mana aurat saya yang terdedah?”

Beliau masih senyap seolah-olah nafasnya sudah terhenti. Matanya pun tidak berkelip. Entah apa yang difikirkannya. Saya meneruskan kata-kata.

“Maka saya memakai pakaian ini adalah atas iman saya yang mengimani bahawa pakaian ini adalah dari hasil karya agung Tuhan saya tetapi tuan pula memandang pakaian yang saya pakai ini adalah dari hasil karya orang-orang kafir maka yang sebenarnya aqidah tuan telah bersalah-salahan dengan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah. Kesalahan tuan dari sudut aqidah ialah tuan telah meletakkan pada orang-orang kafir itu mempunyai ilmu yang dengannya dapat mencipta hasil karya sendiri. Maka iktiqad ini adalah kafir. Tidakkah tuan tahu bahawa kaenat pada quwwah dan tabiatnya tidak sesekali dapat mendatangkan bekas?”

Lelaki itu masih senyap dan merenung lantai. Kemudian beliau menukar topik.

“Tetapi apa yang kamu pakai ini tidak mengikut sunnah Rasulullah!”

Walaupun ucapannya tegas tetapi tidak sekeras tadi.

“Baiklah tuan, saya ingin bertanya.. sunnah Rasulullah kalau mengikut hukum taklifi terbahagi kepada berapa bahagian?”

“err..emm..emm.. apa itu hukum taklifi? Saya tak pernah dengar pun!”

“Baiklah lupakan dulu fasal hukum taklifi. Sunnah Rasulullah terbahagi kepada tiga iaitu sunnah muakkadah, sunnah zaidah dan sunnah yang tergolong dalam kategori Mustahab, Adab dan Fadhilah. Perbuatan Rasulullah yang bersifat kebiasaan yang dilakukan baginda dengan sifatnya sebagai manusia seperti makan, minum, berjalan, tidur dan berpakaian adalah bersifat sebagai pelengkap dan dianggap sebagai kebaikan-kebaikan mukallaf yang tergolong dalam kategori sunnah mustahab. Orang yang tidak mengikuti Rasulullah dalam melakukan sunnah mustahab tidak dianggap sebagai orang yang berbuat jahat dan tercela kerana hal-hal tersebut tidak termasuk syariat Rasulullah. Maka beginilah ketetapan yang dibuat oleh ulama fiqh.”

Terkebil-kebil mata lelaki itu mendengar hujahan saya.

“Jadinya, cara berpakaian saya ini walaupun tidak mengikuti cara berpakaian Rasulullah tetapi tidaklah ianya dicela agama dan tidak juga saya berdosa kerana memakainya. Oleh itu, jika agama tidak mencela cara saya berpakaian lantas mengapa tuan mencela cara saya berpakaian dengan celaan bahawa saya membawa sunnah babi? Nampaknya tuan menilai cara saya berpakaian bukan menurut hukum tetapi menurut nafsu!”

Kemudian saya menambah lagi.

“Tidakkah tuan pernah mendengar sabda Nabi yang bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak memandang paras rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang kepada hati dan amalan kamu”. Kenapa tuan terus melulu menilai saya berdasarkan paras rupa dan pakaian saya?. Tidakkah tuan sendiri sedar bahawa sifat melulu-lulu itu adalah sifat seekor babi?. Nah.. telah saya buktikan keimanan saya dan kekafiran tuan maka silalah bangkang hujah saya!”

“Yelah.. yelah.. kamu tak bawa sunnah babi tetapi kamu tetap tak pakai sunnah nabi!”.

Masih nak menegakkan benang basah. Walaupun sikapnya tidak sekeras tadi namun wajah meluatnya terhadap saya begitu jelas kelihatan. Entah mengapa beliau bersikap begitu. Mungkin begitulah gambarannya orang yang berpenyakit hati.

“Tuan, jangan disempitkan pengertian sunnah nabi itu sehingga hanya terhenti pada cara berpakaian nabi sahaja sedangkan sunnah nabi itu ada yang bersifat zahir dan batin. Tuan tahu apa dia sunnah nabi yang batin itu?”

“Hah.. apa dia?”. Tanya beliau sambil menjuihkan bibirnya.

“Sabar, usul periksa, rendah diri, berbaik sangka, berlapang dada, menghormati orang lain dan semua sifat-sifat yang terpuji yang lain. Err.. saya nak tanya tuanlah..”

“Hah.. tanyalah!” keras sahaja jawapannya.

“Apa pendapat tuan jika ada seekor babi yang memakai serban, berjubah dan memegang kayu sugi.. adakah dengan berpakaian sebegitu dapat disucikan dirinya yang bertaraf najis mughallazoh?”.

“Ehh.. mana boleh. Kalau dah najis tu najislah juga.. mana boleh najis tu disucikan dengan menutupinya dengan pakaian!”

Tiba-tiba dia terdiam… terkedu. Agak lama juga dia senyap. Saya tidak hiraukan apa yang sedang difikirkannya dan terus berhujah.

“Makanya tuan, tidak guna seseorang itu berserban dan berjubah kalau hatinya masih belum disucikan. Laksana babi tadilah.. maka siapa diantara kita yang membawa sunnah babi ke masjid ini.. tuan atau saya?”

Merah padam mukanya semerah warna jambangnya. Nafasnya ketika itu turun naik seolah-olah dia mahu memukul saya. Cepat-cepat saya bersuara.

“Tuan boleh saja memukul saya disini dan saya tidak akan membalas tetapi sebelum saya dipukul, ingin saya menurunkan petua kepada tuan untuk menyucikan hati kerana pada hati itu ada dua penyakit yang berbahaya yang bisa merosakkan iman dan amal seseorang iaitu penyakit mazmumah dan penyakit syirik. Caranya ialah basuh hati itu dengan air talqin bersumberkan dari telaga tawhid kemudian sabunilah ia dengan sabun syuhud agar hati itu bersih dan berbau wangi. Selepas itu gosokkanlah hati itu berulang-ulang dengan berus mujahadah yang disulami menyabuninya dengan sabun syuhud maka pasti segala kekaratan pada hati akan tertanggal. Kemudian sidailah hati itu diampaian musyahadah agar ia disinari nur ma’rifah. Setelah hati disinari nur ma’rifah maka hati pasti akan kering daripada penyakit mazmumah dan kesyirikkan”.

Kemudian saya terus berlalu dari situ dengan meninggalkan lelaki itu yang masih termangu-mangu…………………

15 Responsesto “Sunnah Babi”

  1. sebatang kara says:

    assalamualaikum saudaraKU.

    Lainkali kalau jumpa lagi dgn orang dungu tu, tolong tanya lagi pada dia siapakah yg buat sorban nya mulai dari benangnya,mesin tektilnya/kilangnya,adakah orang kafir yang punya?.

  2. sarip dol says:

    wa alaikum salam tuan sebatang kara.

    keinginan tuan itu rasanya tidak akan tercapai kerana itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa orang itu dan yang anehnya selepas kejadian itu kelibatnya pun tidak pernah kelihatan lagi di masjid itu sampailah sekarang ini.

  3. tarmezdi says:

    syukur..dakwah mahabbah kekal menjadi inspirasi dan meditasi..silahturrahim jangan diputuskan itu sedekah anugerah Allah..ini satu iktibar..dan ibrar..teruskan kesabaran dan ilmu dikandung dengan hati yang jernih dan bil hikmah.

  4. faaiz says:

    fatonah..

  5. awang liku says:

    tahniah sarib dol, pda saya ape yg brlaku adlah ujian buat tuan, mungkin allah nak naikkan darjat tuan, mka diuji tuan untk mmbuktikan keimanan tuan. dan klu tuan dtang ke phang datngla ke chini hehehe….

  6. zana says:

    salam..artikel ni tlah m’buatkn sy bfikir….

  7. eden says:

    Macamtulah kau tak faham perkataan Sunnah…

  8. LA' says:

    ZAT & SIFAT

  9. imran says:

    Assalaimualaikum….sy rasa itulah ujian Allah….untuk menguji sejauh mana keilmuan kita……adakah kita dpt bersabar….atau dapat menjawab soalan yg dikemukan itu….kadang2 Allah uji kita dlm pelbagai espek……semakin tinggi ilmu kita semakin banyak dan pelbagai ujian yg diberikan…Allah nk uji kita selayak dgn ilmu yg kita miliki tu….

  10. hamba ALLAH says:

    kalau kita pakai jeans lusuh n tshirt rock g masjid bley ker? p bukan koyak rabak. stil tutup aurat.

    ada org kata pakai jeans tue menyerupai kaum kafir…

  11. Kurakura says:

    Mungkin ada orang kata pakai seluar jeans menyerupai orang kafir atas sabda nabi “orang yg menyerupai sesuatu kaum, adalah dari kaum itu”..

    Namun menyerupai bagaimana? Adakah termasuk pakaian? Pakaian pula yg bagaimana? Pakaian umum atau pakaian khusus bagi kaum itu?adakah seluar jeans termasuk dalam pakaian khusus kaum kafir, seperti pakaian paderi atau pakaian sami? atau sekadar pakaian yang direka untuk kegunaan umum seluruh dunia seperti track suit, t-shirt, kemeja, dan lain lain.. Justeru, adakah memakai seluar track juga adalah kafir? Atau memakai t-shirt adalah kafir? Kerana orang kafir juga memakai t- shirt, memakai seluar track dan lain2..

  12. Serban hitam says:

    menyerupai yg dimaksudkan oleh nabi s.a.w ialah ‘menyerupai hati’ mereka itu…yang zahir hanyalah pemangkin……kerana sifat yg ada pada hati itu yang akan timbul pada zahir….

  13. ustaz rock says:

    yang dikatakan larangan Rasulullah S.A.W mengenai berpakaian menyerupai kaum lain itu ialah pakaian yang menjurus kepada “trademark” ataupun perlambangan agama mereka cthnya pakaian tok sami buddha,paderi kristian,rahib yahudi,baju berlambang salib,berlambang star of david oleh yahudi dan lain2 agama.Pakai jeans x jadi masalah sbb jeans bukannya pakaian yg melambangkan agama yahudi atau kristian.Jeans sebenarnya dicipta utk “cowboy” disebabkan materialnya yg kuat dan sesuai utk kerja2 yg lasak dan ianya lebih bersifat universal.

  14. Hasif says:

    Assalamualaikum..

    Saya pekerja syarikat swasta di kampung, pakaian harian saya ke pejabat hanyalah t shirt dan seluar jeans kerana kadang2 saya perlu ke tapak pembinaan utk memantau projek.. Pada suatu hari (mcm intro cerita kanak2 pulak), di masjid yg saya tunaikan solat zohor dan asar secara berjemaah pada setiap hari kerja ada seorang pakcik yg juga ahli qariah tersebut menegur saya berkenaan pakaian yg saya pakai, katanya saya x ikhlas ngadap Allah sbb brpkaian sedemikian rupa (sedangkan pkaian saya tiada sebarang najis dari segi bau rasa n warna) saya x berkata walau sepatah kerana saya bimbang nafsu n syaitan menguasai diri.. walaupun hari2 saya nampak pakcik tersebut hisap rokok di tempat wudhu’ setiap kali sblm ambil wudhu’ saya x prnh menegurnya secara terus, jadi saya buat notis ‘DILARANG MEROKOK’ tanpa pngtahuannya (kerana saya x mahu tindakan saya dianggap membalas dendam, saya juga x mahu dia diabkan/ berasa marah apabila ditegur secara direct)

    Jadi dari pndgn saya.. kesimpulannya, bersangka baik adalah perkara yg menjadikan hati kita bersih dan vice versa..

  15. Aqiel says:

    Assalmualaikum tuan..

    Membaca kisah tuan ini terus mengingatkan saya kepada ustaz2, imam2 dari sebuah parti pembangkang. Rata-rata mereka dilihat berpakaian seperti sunnah Nabi dan berjuang untuk Islam tapi pada masa yang sama mengkafirkan pihak lain. Fikirkanlah.

Leave a Reply