Permata Yang Indah

Permata Yang Indah

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, Allah itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab ‘Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan Allah tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa alhaq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk dihadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa Allah itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘Allah’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isimNya. Perkataan ‘Allah’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada Cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman Allah dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi Allah. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-budha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa Allah itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan Allah.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada Allah.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya Allah.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya Allah cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”

59 Responsesto “Permata Yang Indah”

  1. Zam says:

    Assalamualaikum, sebagai peminat karya tasawwuf saya merasakan kemanisan madu pada ilmu-ilmu hati. Walau bagaimanapun saya teringat satu hadith yg berbunyi mafhum lebih kurang: Kami para nabi diperintahkan mengajar mengikut kadar manusia. Agama ada tiga tahap sebagaimana tuan guru sedia maklum, iaitu Islam,Iman, Ihsan. Pada peringkat Islam kita diperintahkan utk menyampaikan pada semua orang, sedangkan pada peringkat Iman hanya untuk orang tertentu, dan pada peringkat Ihsan mestilah dirahsiakan…sebagaimana hadith nabi selepas pulang Isra wal Uruj.Sesuatu kebenaran jika disampaikan kepada yg bukan Ahlil Hikmah, maka ia telah menzalimi hikmah itu sendiri….

    Wa bi sheikhina a’lam

  2. rosly says:

    salam,
    ilmu yang datang dari Allah, yang tidak dapat diterima akal. Insan yang mencarinya sahaja yang akan dapat memperolehinya dgn izin Allah.

    Ilmu yang tidak boleh diajar melainkan ada yang mencarinya & tidak dapat diterima oleh akal dan hati walaupun berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memahaminya kerana pintu hati masih dibelenggu & dikawal oleh syaitan.

  3. pendeta says:

    cerita yang dinukil cukup tersusun dan mudah difahami. Jarang dapat ditemukan sebuah kisah tasawuff di dalam dunia cyber. Teruskan berkarya, dan cerpen sebegini bagi memberi pendedahan dan kesalah faham masyarakat luar terhadap tasawuff….Cerita ini benar-benar menyentuh jiwa dan perasaan saya ketika membacanya….Mantapppp!!!

  4. Redzha says:

    Awal agama mengenal Allah.
    Sembahyang itu pula adalah menghadapkan wajah kita ke wajah Allah.
    Memang tidak ada sembahyang bagi orang yang tidak mengenal Allah.
    Bagi orang yang mengenal Allah…setiap kali menghadap wajah kepada wajah Allah maka sembahyang mereka berserta sembahyang syariat, sembahyang tarekat, sembahyang hakikat, dan sembahyang makrifat.

  5. joenafif says:

    assalamualaikum, semoga tidak lagi permata ini hilang. Malam ini 2 murid nakal ada di bandung. Sengaja berjalan ditengah malam untuk menengok sesaat dunia ananda yg tertinggalkan. Kehidupan malam tetaplah berjalan. Namun dengan makna yg berbeda. Ananda temukan masjid ada di caesar palace club. Shalat yg mengagungkan kuasa Allah saat menghadap perempuan2 malam yg menari mencari kenikmatan. Tangisan kepasrahan bertemu saat menggandeng tubuh lunglai penasaran. Air surga ada di tabung chivas dan jack. Guru, malam ini ada khusyuk mengalir dalam dentuman bukan zikir tapi nada sumbang. Semoga masjid yg kurindukan benar benar ada di masjidil haram. Malam ini terbuka hati untuk menemukan kembali. Kalau dalam sepanjang jalan malam bandung bertebaran afal sifat Tuhan, semoga dalam masjid yg sebenarnya aku temukan makrifat akan pertemuan dengan kesejatian. Tuhan… Menyatulah dengan hamba, sehingga tidak aku perlukan masjid lagi untuk sekedar bersandar. Wassalam

  6. sarip dol says:

    wa ‘alaikumussalam…

    Ya, begitulah hal keadaannya salik yang tenggelam didalam pengamalannya. Ia mendirikan solat dimasjid hakikat. Imamnya perempuan2 malam sementara zikirnya adalah tarian-tarian asyik. Maka kelakuan ini fasiq bagi ahli hukum. Ketahuilah yang dinamakan masjid itu adalah dimana kamu mendapatkan Allah didalamnya walaupun di caesar palace club sementara yang dinamakan ma’rifat adalah kamu tidak segan-segan bersujud didalamnya. Maka saksikanlah selepas ini, berapa ramai antara manusia yang ingin memenggal kepalaku!

    Semoga tercapai cita-citamu untuk menemui masjidmu di Masjidil Haram.

  7. awang liku says:

    subhanallah tuan sarip saya trkedu mmbaca crita ni, bgtu indah skali iman orang yg sempurna imannya.

  8. shahil says:

    Assalaamualaikum.

    Biarlah kita memperbanyakkan memuji ALLah Taala dari membanyakkan berkesah dan berhikayat.

    Tadbir dan maqam biarlah ALLah yang menentukan.

    Wassalam

  9. sarip dol says:

    wa alaikum salam, shahil.

    Dah tempat ini namanya Blog dan Blog ini memang bertujuan untuk memperbanyakkan kisah dan hikayat maka dengan itu ditulis subjudulnya KARYARASA. segala kisah dan hikayat yang saya tulis tiada lain maksudnya agar Allah itu dikenali, ditawhidkan, ditaati, diingati dan disembahi. maka penulisan ini juga pada hakikatnya adalah zikrullah.

    jauhi penyakit hati.

  10. shahil says:

    Assalaamaualikum

    Ulama hakikat ulama syari’at lebih banyak membawa kepada pertelingkahan.

    Syari’at dan hakikat adalah seiring. Hakikat adalah milik peribadi menurut pencapaian masing-masing.

    Maka mentadbirkan secara awam tanpa bersekali tadbir dengan syari’at akan mengundang padah. Kita akan marah jika dituduh sesat tetapi ia adalah kesilapan sendiri dalam penyampaian yang tidak begitu tersusun.

    Wassalam

  11. sarip dol says:

    wa alaikum salam

    makanya sebab itulah saya menulis cerita diatas sebagai hendak menggambarkan suasana kesalahfahaman yang sering berlaku sejak zaman berzaman antara ahli syariat dan ahli hakikat. justeru jika telah dikesan dimana salahfahamnya maka pertelingkahan yang berpanjangan tidak akan terjadi lagi.

    setahu saya menurut sejarah bahawa ulama syariatlah yang banyak melakukan serangan berupa tuduhan-tuduhan melampau ke atas ahli hakikat sedang ahli hakikat bersikap membiarkan saja. jadi tak timbul pun isu mereka bertelingkah. pertelingkahan berlaku pada sebelah pihak saja.

  12. shahil says:

    Assalaamualaikum.

    Apabila orang yang dikatakan mencapai hakikat diserang oleh ulama menurut hukum syari’at, mengapakah mesti marah jika apa yang didzahirkan melampaui syariat?

    Adapun Nabi Muhammad adalah terlebih hakikatnya dari segala makhluk. Namun tiada sejarah mengatakan Nabi berkelakuan melampaui syari’at. Jika adapun, saya ulang jika ada, tiada Sahabat yang menafsir melampaui syari’at hingga terjadi pembunuhan.

    Bahkan sering didakwa orang bertahap hakikat tetapi tidak mandi bebrapa hari atas alasan rupa jasad tidak penting melainkan hati yang makrifat. Apakah ini tidak bertepatan dengan ahi makrifat yang terlebih makrifat iaitu Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam?

    Maaf saya tidak sekali-kali mahu mendeba melainkan mencari titik pertemuan.

    Wassalam

  13. sarip dol says:

    wa alaikum salam

    Shahil kata : Apabila orang yang dikatakan mencapai hakikat diserang oleh ulama menurut hukum syari’at, mengapakah mesti marah jika apa yang didzahirkan melampaui syariat? Adapun Nabi Muhammad adalah terlebih hakikatnya dari segala makhluk. Namun tiada sejarah mengatakan Nabi berkelakuan melampaui syari’at. Jika adapun, saya ulang jika ada, tiada Sahabat yang menafsir melampaui syari’at hingga terjadi pembunuhan.

    Jawab saya : Cuba lihat kembali cerita yang diatas… ada atau tidak ulama hakikat itu memarahi ulama syariat? bahkan disuruhnya lagi agar si pemuda pergi berguru dengan ulama syariat. lagipun kalau nak difikirkan menurut akal bahkan jawapan daripada ulama hakikat itu pun bersesuai dengan syariat. jika dipandang dari sudut sejarah pula.. setahu saya tiada satu kitab pun dari karangan ahli hakikat yang menyerang kembali ahli syariat. jika ada dalam pengetahuan sdr maka marilah dikongsdikan disini.

    Shahil kata : Bahkan sering didakwa orang bertahap hakikat tetapi tidak mandi bebrapa hari atas alasan rupa jasad tidak penting melainkan hati yang makrifat. Apakah ini tidak bertepatan dengan ahi makrifat yang terlebih makrifat iaitu Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam?

    Jawab saya : adapun mandi itu hukumnya harus sahaja maka kalau tak mandi dalam beberapa hari malah minggu maka itu tidak membatalkan ibadah dan syahadah. tidak mandi beberapa hari adalah kebiasaan orang-orang Arab, jadi apa yang nak dihairankan kalau ada ahli hakikat yang tak mandi beberapa hari. Dalam hukum, berwudhu adalah lebih afdhal dan utama daripada mandi.

    saya pun tak suka berdebat tetapi terlalu suka untuk membetulkan setiap salah faham.

  14. sufisme says:

    assalamualaikum..

    kepada shahil , maka amatlah tidak keterlaluan di sini saya menjelaskan bahawa karya di atas sebenarnya unuk org2 yg berfikiran seperti kamu.

  15. Redzha says:

    Mengapa nak ambil satu aje?
    Orang syariat, orang tarekat, orang hakikat atau orang makrifat.
    “Awal agama mengenal Allah” orang yang dah kenal Allah dia telah makrifat, sebab dia telah menemui hakikat, dia menempuh tarekat dan menjalani syariat.

    Kalau tertinggal salah satu maknanya kena mencari lagi. mencari sampai kenal Allah.

  16. shahil says:

    Sufisme:
    kepada shahil , maka amatlah tidak keterlaluan di sini saya menjelaskan bahawa karya di atas sebenarnya unuk org2 yg berfikiran seperti kamu.

    Shahil:
    Saya yang tidak mengetahui ini, tidak mengerti apakah maksud tuan Sufisme diatas. Bolehkah tuan jelaskan?

    Wassalam

  17. shahil says:

    Sarip dol kata : Cuba lihat kembali cerita yang diatas… ada atau tidak ulama hakikat itu memarahi ulama syariat? bahkan disuruhnya lagi agar si pemuda pergi berguru dengan ulama syariat. lagipun kalau nak difikirkan menurut akal bahkan jawapan daripada ulama hakikat itu pun bersesuai dengan syariat. jika dipandang dari sudut sejarah pula.. setahu saya tiada satu kitab pun dari karangan ahli hakikat yang menyerang kembali ahli syariat. jika ada dalam pengetahuan sdr maka marilah dikongsdikan disini.

    Shahil kata pula: Saya tidak berkata ulama hakikat menyerang ulama syari’at tetapi ulama syari’at menyerang ulama hakikat, kerana perbuatan yang melampaui syari-at. Nabi Muhammad sufi segala sufi tidak berkeadaan melampaui syari’at.

    Sarip dol kata : adapun mandi itu hukumnya harus sahaja maka kalau tak mandi dalam beberapa hari malah minggu maka itu tidak membatalkan ibadah dan syahadah. tidak mandi beberapa hari adalah kebiasaan orang-orang Arab, jadi apa yang nak dihairankan kalau ada ahli hakikat yang tak mandi beberapa hari. Dalam hukum, berwudhu adalah lebih afdhal dan utama daripada mandi.

    Shahil kata pula: Bukankah tidak mandi beberapa hari itu keadaan negara Arab yang kekurangan air. Dan ia telah menjadi budaya. Apakah kita orang melayu mahu merubah keadaan kita? Bukankah bersih dzahir dan bathin bersekali itu terlebih baik? Imam-imam yang empat tidak berkelakuan hanya mementingkan bathin sahaja. Nabi yang sufi segala sufi sendiri menganjurkan baik dzahir dan bathin. Manakah yang lebih baik baik bathin sahaja tetapi dzahir berserabut atau bathin baik dan dzahir cantik bersih dan berwangi-wangian?

    Wassalam

  18. Zam says:

    Salam Ya saadat…Izinkan saya menukilkan kembali kata2 guru saya seorang Wali Allah di Mesir…..
    “Perbandingan di antara SYARIAT, TARIQAT DAN HAQIQAT, adalah begini….Bayankan apabila kita melihat sesutu yg bergerak dari jarak yg jauh kita akan mentafsirkannya sebagai suatu LEMBAGA yg bergerak. Apabila kita mendekatinya sedikit, maka kita akan nampak dia adalah MANUSIA, apabila kita menghampiri dengan lebih dekat lagi…tahulah kita bahawa dia adalah SI FULAN BIN SIFULAN YG merupakan kawan kita.”

    Jadi di sina dapat disimpulkan keadaan SI FULAN BIN SI FULAN itu tidak menafikan bahawa ia adalah MANUSIA, dan MANUSIA itu pula tidak menafikan ia adalah LEMBAGA yg bergerak.!! Jadi bermakna tidak ada pemisahan antara SYARIAT, TARIKAT dan HAQIQAT….

    Berkenaan kata Syeikh Sarip Dol bahawa akan dipenggal kepala itu memang benar, kalau kita mencurahkan ilmu melebehi kadar org yg membaca article anta ya Syeikh….Saidina Rasulullah sendiri ada banyak ILMU KATMAN yg tidak boleh dicerikan sepada Saidina Abu Bakr As Siddiq….sungguhpun Saidina Abi Bakr sudah berada dlm Mustawa yakni Musyahadah Ilahiah

  19. Bejo says:

    Mengapa JAKIM mengharamkan ilmu Mertabat Tujuh? Bagaimana pula Martabat Tujuh dalam perspektif Sarip Dol

  20. sarip dol says:

    entahlah.. saya pun tak tahu. sdr kena bertanya sendiri pada pihak JAKIM.

    mertabat tujuh dalam perspektif saya adalah amat murni dan bersih daripada sebarang kesyirikan. ajarannya jelas meletakkan Allah itu qadim dan Nur Muhammad berkedudukan sebagai muhadas.

  21. shahil says:

    Assalaamualaikum.

    SARIP DOL April 15th, 2010:
    mertabat tujuh dalam perspektif saya adalah amat murni dan bersih daripada sebarang kesyirikan. ajarannya jelas meletakkan Allah itu qadim dan Nur Muhammad berkedudukan sebagai muhadas.

    SHAHIL:
    Tahukah tuan sarip dol bahawa Hamzah Fansuri berfatwa bahawa alam ini hukumnya “ada maka diadakan” bukannya sebagaimana ilmu tauhid iaitu “tiada maka diadakan”?

    Pastinya Hamzah tidak semudah itu berkata demikian kerana ia mengundang debatan kerana bertentangan dengan dengan ilmu tauhid yang mengatakan alam ini baharu dari tiada diadakan.

    Maka pastinya ada sistematika pandangannya itu. Maka bolehkah tuan jelaskan kepada kami pembaca semua?

    Wassalam

  22. sarip dol says:

    wa alaikumussalam sdr shahil..

    adalah benar jikalau Hamzah Fansuri mengatakan bahawa kejadian alam ini daripada “ada kepada ada” dan adalah sesuatu yang benar juga jikalau ahli Assy’ariyyah mengatakan kejadian alam ini daripada “tiada kepada ada”.

    sebenarnya pandangan kedua-dua aliran ini adalah juga berpaksi daripada ilmu Tawhid cuma yang membezakannya adalah metode yang diguna pakai oleh mereka dalam memandang keesaan zat Tuhan. aliran Asy’ariyyah memandang ketunggalan zat Tuhan dengan sistematika akal fikiran sementara Hamzah Fansuri memandang ketunggalan zat Tuhan dengan sistematika ainul basyiroh.

    ketahuilah, telah ditetapkan oleh al imam al Ghazali didalam kitabnya yang berjudul Ihya’ Ulumudin bahawasanya ilmu Tawhid aliran Asy’ariyyah (ilmu kalam) itu adalah pada mertabat tawhid golongan awam (mubtadi) sementara ilmu Tawhid aliran Hamzah Fansuri (wahdatul Wujud)pula adalah pada mertabat khawas al khawas (muntahi). sila rujuk jilid 4 kitab Siyar al Salikin.

    sebenarnya perdebatan tidak sepatutnya berlaku kalau ahli ilmu Kalam membaca kitab-kitab ahli Tasawuf Muntahi dengan ta’rif yang digunapakai oleh ahli-ahli Tasawuf muntahi itu sendiri.

  23. shahil says:

    Assalaamualaikum saudara sarip dol.

    Yang pasti ALLah Taala hanya Esa. Dan itulah ALLah Taala walau dipandang dari sudut mana sekalipun.

    Pandangan akal dari segi keujudan ALLah dan segala sifatNya tidak akan bertentangan pada pandangan akal dan pandangan bathin. adalah mustahil alam yang baharu ini terdiri dari dua persepsi.

    Yang jelas bahawa alam ini ujud kerana diujudkan. Al-Quran sendiri mengatakan ALLah Taala mengujudkan alam. Jelasnya ialah alam ini tiada maka diadakan tuntas pada pandangan ahli Kalam juga ahli tasauf.

    Maka jawaban saudara mengatakan pandangan ahli akal dan ahli bathin terhadap alam dan juga Tuhan berbeza, agak sukar diterima pakai. Jika alam ini baharu dari tiada maka diadakan, tidaklah jadi ada maka diadakan. Tiada kepada ada menunjukkan baharu dan ada asal (seperti iktiqad Hamzah Fansuri) menunjukkan alam ini Qadim. Yelah, manakan tidak qadim jika asalnya ada (maka diadakan).

    Jadi seolah-olah Hamzah berikitqad alam ini qadim dengan kekaqiman ALLah Taala. Menurut ahli sunnah, ini adalah iktiqad falsafah yang sesat.

    Namun saya tidak berani mengatakan Hamzah Fansuri sesat tanpa saya mengetahui sebabnya, kerana Hamzah antara sufi yang ulung. Maka itulah sebab saya katakan pasti ada hujah Hamzah mengatakan alam ini ada asalnya maka diadakan.

    Maka saya tanyakan kepada saudara hujahnya jika ada dalam pengetahuan saudara.

    Wassalam

  24. sarip dol says:

    sdr shahil,

    qadim dan muhadas pada ta’rif ahli Mutakalimin jangan disamakan bahasnya dengan qadim dan muhadas pada ta’rif ahli Tasawuf.

    qadim pada ta’rif ahli Mutakalimin ialah wujud sesuatu yang sifatnya terdahulu daripada sesuatu maka ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu qadim hakiki(zatti dan sifati) dan qadim idhofi(ardhi dan zamani). maka Tuhan itu hukum wujudnya adalah qadim kerana hal keadaan wujud Tuhan itu bersifat dengan Wajibul Wujud.

    muhadas pada ta’rif ahli Mutakalimin ialah wujud sesuatu yang sifatnya terkemudian daripada sesuatu yakni bersifat baharu. maka makhluk itu hukum wujudnya adalah muhadas kerana hal keadaan wujud makhluk itu dijadikan oleh Tuhan terkemudian daripada wujud Tuhan(Mumkinul Wujud).

    qadim pada ta’rif ahli Tasawuf ialah kekal yakni merujuk kepada ketunggalan zat Tuhan yang kekal dalam keadaan tunggal semenjak azali, kini dan selamanya. oleh itu qadimnya zat Tuhan itu bahawa Dialah yang awal, akhir, zahir dan batin.

    muhadas pada ta’rif ahli Tasawuf ialah tajalli makhluk disamping zat Allah yang qadim.

    jadi fahamilah ilmu mertabat tujuh dalam sudut ta’rif ahli Tasawuf.

    adapun yang dimaksudkan hakikat makhluk itu wujud daripada ‘ada kepada ada’ tiada lain melainkan menilik kepada hakikat kewujudan makhluk itu sendiri yang telah sedia ada qadim didalam maklum ilmu Allah pada mertabat Wahdah (hakikatul muhammadiyyah). yang dikatakan oleh ahli tasawuf bahawa makhluk itu qadim pada hakikatnya adalah pada mertabat inilah. alam ini awalnya qadim, akhirnya muhadas, alam ini zahirnya sifat, batinnya zat.

    sdr sudah nampak tak dimana kesalahan ahli Mutakalimin semasa menuduh ahli Tasawuf sebagai sesat dikala ahli Tasawuf mengatakan bahawa alam ini ‘ada kepada ada’??

    wasalam.

  25. shahil says:

    Namun alam ini bukanlah Qadim dari segi ujud…kerana jika Qadim maka bersuatu ujudnya dengan ujud ALLah maka ia mustahil.

    Maka apa yang disebut “ujud dalam ilmu ALLah” itu hakikatnya tidak ujud bagi diri alam itu sendiri…kerana ilmu hanyalah pengetahuan akan sesuatu…iaitu ujud makhluk itu hanya diketahui oleh ALLah tetapi ia tidaklah ujud hakikinya.

    Maka tidaklah alam ini dihukumkan “ada diadakan” tetapi “tiada diadakan”

    Wassalam

  26. radin mas says:

    Adalah didalam kajian hakikat kesemua perjalanan AGAMA bersendikan akan perjalanan pulang iaitu pengenalan akan AGAMA ialah untuk mengenali asal dan usulnya diri kita dan kaitan kita dengan Tuhan. Maka sebagai mana yang telah kita ketahui perjalanan mengenal itu membawa kita kepada pengertian SHARIAT, TARIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT dan juga yang dikatakan MARGA atau JALAN dalam kefahaman AJARAN HAKIKAT maka PERJALANAN itu sebenarnya IALAH jalan kita mendekati akan Tuhan kita iaitu mengikuti peraturan yang menjadi asanya HUKUM agar patuh akan apa yang dikehendaki dan kedua kebaktian diatas peraturan itu yang membuka kepada pintu RAHMATnya dan menyempurnakan akan pengenalannya dan sampai akan perjalanannya kepada Tuhannya.
    Maka sempurnanya itu diatas PERJALANAN AGAMA ialah memahami akan zahirnya atau turunnya akam hukum itu dan mematuhi akan hukum itu bukan diatas suatu PAKSAAN dan MENERIMA PADAH jika ditolak tetapi diatas mengenal TUHAN ITU DAN MENYINTAINYA bukan seperti PERCAYA KEPADA TUHAN kerana ini tiada membawa manusia itu kepada keimanan sejati kerana sekadar percaya adalah membawa kepada DASAR KEWAJIPAN kerana takut didera sementara KENAL DAN CINTA Tuhan membawa erti ibadat diatas sebab kerana cinta tanpa paksaan dan bukan kerana DOSA atau PAHALA maka disini kita lihat HUKUM ITU DIPATUHI TETAPI KENA TAHU KENAPA BARU SEMPURNA KENYATAAN KITA.
    Akan perkara yang dikenali sebagai PERJALANAN itu terbahagi ia kepada 7 makam iaitu
    1. SHARIAT – TUBUH
    2. TARIKAT – HATI (SANUBARI)
    3. HAKIKAT – QALBI (HATI FUAD)
    4. MAKRIFAT – SIR
    5. HARIKAT – SIRUSIR
    6. RAMAKAT – KHAFA
    7. EKATAT – AKHFA

    Empat yang pertama telah dikenali sementara tiga yang terakhir merupakan batin kepada MAKRIFAT.
    RENGKASAN 4 JALAN YANG PERTAMA
    1. SHARIAT = satu jalan zahir yang membentuk suatu peraturan yang telah digariskan oleh Allah dalam Al-Quran dan rasulullah melaluinya hadis.
    KARMAMARGA SEMBAH RAGA – ertinya perjalanan ibadatnya hanya bertumpukan diatas kesungguhan dan tertib akan ibadatnya dan berusaha untuk memperbaiki akan ibadatnya sehingga tiada cela lahiriahnya dan mengharapkan diatas kelakuannyanya itu mendapat ganjaran

    2. TARIKAT = satu jalan yang diterokai bagi merapatkan diri dengan Allah s.w.t.. Ianya merupakan jalan menyucikan diri dan hati supaya terbentuk jalinan akrab diantara dirinya dengan Allah s.w.t.
    BAKTIMARGA SEMBAH SUKMA – ertinya perjalanan ibadatnya yang semakin mantap dikeusiaannya dan kerajinannya menjalankan ibadat dengan sempurna shariatnya membawanya kepada tahap kebaktian yang sejati kepada Tuhannya

    3. HAKIKAT = suatu jalan menyelami dan mengenali diri sendiri yang merupakan satu-satunya jalan ke arah makrifat diri dengan Allah s.w.t.
    JANNAMARGA SEMBAH JIWA – ertinya perjalanan ibadatnya disertai akan ilmu yang memberi erti diatas segala hukum shariat itu yang mana dia memahami kenapa dan apa maksud shariat itu

    4. MAKRIFAT = adalah jalan yang dilalui oleh wali Allah yang agung.
    YUGAMARGA SEMBAH RAHSIA – ertinya perjalanan ibadatnya sudah mencapai tahap kesempurnaan yang tertinggi dan sudah keluar dari tabiat kebiasaan beribadatnya manusia dimana segala ibadatnya tertumpu diatas kefana’an dirinya sehingga tiada lagi keberadaan dirinya

    PENGENALAN KEPADA HARIKAT, RAMAKAT DAN EKATAT
    Selepas pengenalan kepada empat perjalanan maka disini diperkenal akan 3 lagi jalan yang membawa kepada kesempurnaan terakhir. Adapun 3 jalan terakhir ini adalah batin kepada MAKRIFAT atau jalan RAHSIA alam SIRURSIR namanya terbahagi kepada 3 BATINnya iaitu
    1. Sirrusir ( RAHSIA DALAM RAHSIA)
    2. Khafa (TERSEMBUNYI –GHAIB)
    3. Akhfa (AMAT TERSEMBUNYI – GHAIBUL-GHAIB)
    Pengenalan jalan ini hanya terbuka kepada manusia dalam masa 11 ribu tahun sekali dan hampir-hampir tiada yang dapat melengkapkan kerana setiap jalan itu pula terbuka untuk 11 orang manusia yang terbaik diantara bangsa dan keturunannya dan lagi setiap perjalanan itu memakan 1.1 juta tahun dan penghujung perjalanan ini jika lengkap akan tiga perjalanan memakan masa selama 330 juta tahun.
    Adalah pengenalan akan HARIKAT, RAMAKAT dnan EKATAT ini suatu yang dinamakan batin kepada makrifat dimana makrifat itu sendiri terpecah kepada tiga bahagian tersebut menjadi ia hakikat akan makrifat atau batinnya makrifat itu. Kefahaman diatas perkara ini amat bergantung diatas kefahaman makrifat itu sendiri dan hanya terbukti kebenarannya apabila seseorang itu telah sampai kepada pengajian makrifat.
    MARTABAT PERJALANAN HARIKAT
    Ianya suatu jalan yang membawa ertinya kesatuan diatas dua keberadaan yang ditampirkan sabagai INSAN AL-KAMIL iaitu sempurnanya KUN diatas lidahnya satu Kun dengan Tuhannya, inilah martabat orang yang telah memasuki wilayah MAKRIFAT segera tenggelam didalam lautan ilahiyah yang menjadikan dirinya tiada lagi berkata diatas lidahnya melainkan di KUN-kan oleh Tuhannya. Mereka yang didalam martabat harikat ini menjadi dia RAJA yang akur akan segala sesuatu dan menjadi dia penghukum hukum Allah itu menjadi kitab akan Allah itu dan menjadi ganti diri Allah itu dikemanusiaannya iaitu ternyata ketuhanannya di kemanusiaannya tiada dapat terbeza oleh manusia awam kerana KUNnya itu Kun Tuhannya. Disini yang arifbillah itu mengenali Tuhannya dengan kalamnya dan shuhud yang tiada lagi bertempat melainkan pada dirinya itulah ternyata akan kekuasaan ilahi itu tiada liagi ada batasan lagi
    MARTABAT PERJALANAN RAMAKAT
    Adalah perjalanan RAMAKAT pula perjalanan kepada menghadirkan diri kepada dua alam dan duduk nya pada satu alam dimana tiada lagi kemanusiannya dan ketuhanannya bahkan telah luluh pada satu alam jua walaupun masih ujud keduanya tetapi alamnya tiada dua tetap satu jua dan mereka yang didalam perjalanan ini adalah pemegang kuasa pemeliharaan yang membawa erti kesatuan kehormanian yang seimbang diatas dua alam pada satu alam itu jua maka ilahiyah itu sudah berubah kepada satu AKU dua DIRI namun tiada shiriknya lagi kerana tuhannya telah menjadikan dia dua kepala satu tubuh membolehkan dia melihat pada satu mata dua pandangan kasyaf pada bayangan yang cerah dan kelam itu jua.
    MARTABAT PERJALANAN EKATAT
    Ini adalah satu jalan semata-mata perjalanan MAHARAJA bukan Raja kerana disini tiada lagi Dia atau Aku bahkan hancur semuanya kepada suatu martabat yang menyatu akan segalanya kuasa dan kehendak sebagai KUASA SEMATA-MATA yang membawa kepada PENCIPTAAN dan KEHANCURAN itu ada pada sesiapa yang sampai ke martabat ini.

  27. sarip dol says:

    nampaknya sdr shahil dah salah faham atas tulisan saya. namun itu tidak jadi masalah pada saya kerana sdr tidak mengaji ilmu Tasawauf maka salah faham yang besar pasti akan berlaku.

    apa yang saya tulis diatas itu tentang sifat wujud alam dalam ruang lingkup ilmu mertabat tujuh yang hakikatnya qadim dalam ilmu Allah tetapi hadis pada khariji dan bukannya tentang hakikat zat alam yang terkandung ilmunya dalam Tawhid Zat. kalau tentang sifat wujud alam dalam peraturan ilmu mertabat tujuh maka bolehlah dikatakan sebagai daripada ‘ada kepada ada’ kalau ditilik kepada kewujudannya terdahulu dalam A’yan Sabitah.

    namun alam ini kalau ditilik pula kepada zatnya maka sekali lagi akan membawa kepada ‘ada kepada ada’ yakni kewujudan alam ini adalah qadim.

    cuba tanya pada diri sdr shahil, awal-awal makhluk yang dijadikan Tuhan berasal daripada apa? lepas tu cuba tanya pada diri menurut logik akal (cara ilmu kalam), adakah wujud zat selain zat Allah? apa beza ‘makhluk’ dalam ta’rif ahli ilmu Kalam dan ahli Tasawuf Muntahi?

    jika sdr shahil kata alam ini tidak wujud pada hakikatnya, cuba ketuk kepala sdr dengan penukul maka terasa sakit atau tidak? kalau sdr tak rasa sakit maksudnya memang betullah sdr tak wujud.

  28. sarip dol says:

    ni apa hal pulak Harikat, Ramakat dan Ekatat??? ini mitos ke apa ni?? sampai 330 juta tahun baru khatam. ini dah luarbiasa tahap komik ni.

    macam-macam hal.

  29. shahil says:

    Assalaamualaikum saudara Sarip Dol

    Inilah masalahnya jika terlalu dalam mengkaji tuan. Maka yang m’dum dalam ilmu ALLah itupun mahu dikatakan ujud.

    Tidak ada siapapun dari ahli Kalam dan ahli Tasauf hakiki mengatakan alam ini Qadim atas dasar ALLah yang Qadim. Alam hanyalah maklum dalam ilmu ALLah dan yang maklum itu hanyalah atas tilik ilmuNya sahaja.

    Seorang guru Tauhid saya berkata mahirkanlah ilmu Tauhid sebelum memasuki alam martabat ini. Kerana ilmu martabat ini halus-halus. Dan seorang lagi juga berkata demikian.

    Rasa sakit pada diri kita ini juga baharu dicipta beresama tubuh kita. Dan tidaklah tepat untuk dijadikan dalil alam ini hukumnya “ada diadakan”.

    Kita hendak membena rumah. Bentuk dan siaz rumah itu ada dalam fikiran kita. Apakah rumah itu kita kata “ada diadakan?” Atau “tak ada aku adakan?”.

    Yang wajar ialah rumah itu tiada cuma ada dalam pemikiran, dan diadakan dengan membenanya. Maka tidaklah dikatakan “rumah dalam kepala itu melimpah keluar menjadi tertonggok”

    Dan lagi ilmu yang dibangsakan hakikat tidak akan bercanggah dengan al-Quran dan Tauhid. Jika al-Quran mengatakan alam ini baharu dzahir dan bathin, bagaimana kedudukannya jika ahli hakikat “nampak” lain pula?

    Syiekh Ahmad bin Idris, seorang pengasas sistemtika sufiah Ahmadiah Idrisiah berkata…jika ilham yang aku terima itu bercanggah dengan al-Quran, aku akan lemparkan”…

    Jadi bagaimana dikatakan apa yang dipandang ahli Tasauf itu tidak sama dengan ahli Kalam? Apakah ALLah itu dua tafsriannya?

    Wassalam

    Wassalam

  30. sarip dol says:

    itulah… dari awal-awal lagi saya dah kata, sdr shahil ni bukan ahli Tasawuf pun tapi masih nak campur isu-isu ilmu Tasawuf.

    tasawuf tu ada 3 tingkatan,yang pertama tasawuf mubtadi, yang kedua tasawuf mutawasit dan yang ketiga tasawuf muntahi. ilmu mertabat tujuh yang sedang sdr bicarakan ini adalah dalam ruang lingkup tasawuf mutawasit maka benarlah kata-kata guru sdr tu tapi apa yang saya maksudkan adalah dalam ruang lingkup tasawuf muntahi yakni seputar Tawhid Zat, maka dapatkah sdr bezakan ilmu mertabat tujuh yang dibicarakan dalam ruang lingkup tasawuf mutawasit dengan ilmu mertabat tujuh yang dibicarakan dalam ruang lingkup tasawuf muntahi?? dimana titik bezanya?? sila jawab yang ini dulu sebelum sdr mula nak kritik kefahamnan orang lain.

    saya pelik dengan sdr ini, adakah hanya sampai setakat itu sahaja guru sdr mengajar sdr tentang ilmu mertabat tujuh? kenapa guru sdr tidak mengajar sdr dengan sempurna??

  31. sarip dol says:

    SDR TULIS,
    Tidak ada siapapun dari ahli Kalam dan ahli Tasauf hakiki mengatakan alam ini Qadim atas dasar ALLah yang Qadim. Alam hanyalah maklum dalam ilmu ALLah dan yang maklum itu hanyalah atas tilik ilmuNya sahaja.

    SAYA KOMEN,
    adakah sdr sedar sdr telah mencampurkan-adukkan ilmu kalam ke dalam ilmu Tasawuf dalam tulisan sdr?? dapatkah sdr kenalpasti dimana percampur-adukkan yang berlaku dalam tulisan sdr??? sdr sedar atau tidak apa implikasi atas percampuran-aduk itu???

    kalau sdr tahu sila jawab soalan saya tapi kalau tak tahu saya akan tunjukkan dimana kesalahan sdr.

    dah ramai saya jumpa orang yang mencampur-adukkan bahas ilmu tasawuf dengan ilmu Kalam dan sdr salah seorang diantaranya.

  32. shahil says:

    Masalahnya sekarang ialah apakah ALLah itu dua perspektif? Masakan ada perspekti ALLah dai segi ilmu Kalam dan dari segi Tasawwuf?

    ALLah itu satu…Kalau kita yakin ALLah itu tak sama dengan makhluk dari segi akal, masakan dari segi tasawwuf berbeza pula.

    Apakah ahli Tasawwuf kata Allah sama dengan makhluk lantaran berdalilkan tidak sama ?

    Ahli Tasawwuf berkata bermaksud “Setelah aku menjalani mensucikan hatiku maka aku lihatlah ALLah Taala itu sebenarnya bukan jisim bukan jisirm dan bukan benda”…apakah ada tafsiran lain?

    Bahkan Syeikh Abd. Qadir JAilani berrkata “apabila pandangan mata hati akan ALLah itu naik ke mata, maka salahlah pandangan mata itu”

    Maka inilah masalahnya apabila kita kata ini ulama syariat itu ulama hakikat.

    Ilmu Kalam adalah pencarian awal dan bertemunya ialah akhir tujuan dnegan ilmu tasawwuf…ahli keduanya ini tetap teguh dengan syari’at dan bersedap-sedapan dengan hakikat…tidak ujud pada diri Nabi, saya ulang pada diri Nabi hal berpisah syari’at dan hakikat atau dibahagi-bahagikan.

    Masalahnya ialah kita zaman ini melebih-lebihkan sesuatu yang tidak diajarkan Nabi dalam hal syariat hakikat ini…iaitu tidak pernah dipisahkan ulama itu ulama ini.

    dan apakah hakikat itu berdiri sendiri tidak bersendikan syari’at?

    Wassalam

  33. sarip dol says:

    sekali lagi saya nak kata bahawa sdr ini tak pernah pun belajar ilmu-ilmu Tasawuf malah mungkin mengetahui ilmu-ilmu Tasawuf melalui pembacaan buku-buku atau pun dengan surf di internet sahaja sehingga tidak dapat nak membezakan antara ilmu Tasawuf dan ilmu Kalam.

    kenapa mengelak dari menjawab pertanyaan-pertanyaan saya yang diatas??

    bila seseorang itu mencampur-adukkan ilmu-ilmu yang terkandung didalam ilmu Kalam ke dalam ilmu Tasawuf maka jadilah orang itu seperti sdr ini yang penuh dengan prasangka.

    saya tersenyum melihat gelagat prasangka sdr dari hari ke hari sedang sdr sendiri dalam waktu yang sama tidak dapat mengesan dimana kesalahan yang telah sdr buat dalam penulisan sdr.

    semoga sdr mendapat petunjuk dari Allah.

    p/s kalau seseorang itu menolak syariat maka dia bukan ahli wahdatul wujud. kalau seseorang itu tidak mendirikan syariat maka dia bukan ahli hakikat. barang siapa yang beriktiqad ada zat selain zat Allah maka dia kafir. selepas ini saya tidak akan lagi melayani sdr kecuali sdr menjawab semua pertanyaan saya yang diatas.

  34. shahil says:

    Assalaamualaikum saudara Sarip Dol yang arif.

    Saya tidak apa-apa dengan setiap kalimat perkataan saudara. Kalau saudara kata saya jahil, saya akan bertanya dalam bentuk orang jahil…tidak mengapa.

    Saya fikir saudara sendiri yang tidak memahami apa yang saya persoalkan…yang saya persoalkan ialah jikalau ALLah itu satu yakni Dia itulah juga, mengapa ada dua tafsiran seperti saudara kata itu…apakah Laithakamithlihi syai’un ahli Kalam dan ahli Tasauf itu berbeza…apakah kalau ahli Kalam kata ALLah itu bukan jirim, bukan jisim dan bukan benda maka ahli Tasauf pula nampak dengan mata hakikatnya lain pula…begitu?

    Inilah pokok point yang menyebabkan ramai manusia menjadi sesat…maaf saya tidak mengatakan saudara sesat tetapi inilah yang menjadi pokok kehancuran iktiqad umat..iaitu bekata perkara yang mereka ssendiri tidak dapat jelaskan…hanya jawaban melepas diri ialah “pandangan ahli Tasauf tidak sama dengan pandangan ahli Kalam”…pandangan apa yang tidak sama itu…apakah ALLah itu bagi ahli Tasuf lain hakiaktnya dan bagi ahli Kalam lain hakiaktnya…inilah pokok persoalan yang saudara sendiri nampaknya gagal menjelaskan.

    Maafkan saya…saya tidak sekali-kali mahu menonjolkan kelebihan diri…memang saya tidak ada kelebihanpun…kerana yang ada hanya ALLah…yang lebih hanya ALLah…nak kata ALLah lebihpun macam tidak boleh kerana kalau Dia sahaja yang ada pada hakikatnya bagaimana kita kata ada lebih dan ada kurang.

    Tuan Sarip yang arif…pengalaman manusia tidak sama tuan…suluk manusia tidak sama pencapaiannya…belajar setinggi gunung belum tentu mencpai hakikat…kerana hakikat itu bukan ilmu, saya ulang bukan ilmu tetapi percampakan nur ke dalam hati oleh ALLah Taala…namun saya sekali-kali tidak menolak belajar ilmu kerana ia adalah pintu untuk beramal, pintu untuk memohon nur itu.

    Sekarang pokok poinnya ialah tidak akan ada perbezaan pandangan tentang ALLah oleh ahli Kalam dan ahli Tasauf kerana ALLah itu, itulah juga Dia…demikian juga kalau alam ini baharu, baharulah juga ia.

    Dan pokok persoalan yang kedua…tidak berlaku kepada Nabi berkata “ini ahli syariat itu ahli hakikat”…tidak ada tuntas…perbuatan ini hanya mengundang cercaan…ahli hakikat kata ahli syariat hampa dan ahli syariat kata ahli hakikat zindik…sejarah telah membuktikan akan ada orang yang kurang ilmu dan pengalamannya yang berbuat demikian.

    Dan maafkan saya untuk berkata…tuan sendiri juga gagal dalam menilik maksud saya…namun tuan mengatakan saya salah dan jahil…namun saya tidak apa-apa juga kerana saya tidak akan menjadi kambing hanya dengan kata-kata “shahil kambing” sejuta kalipun.

    Maaf jika kata-kata saya kurang mendapat perkenan.

    Wassalam

  35. sarip dol says:

    Ikut rancang dah tak mau layan sdr dah, tapi tetap tidak boleh lari dari ketetapan Tuhan.

    SHAHIL:Saya tidak apa-apa dengan setiap kalimat perkataan saudara. Kalau saudara kata saya jahil, saya akan bertanya dalam bentuk orang jahil…tidak mengapa.

    KOMEN SAYA:Setiap tulisan saya, tidak terlintas dihati pun ke arah menyindir sdr sebagai jahil, so dalam berdiskusi tak usahlah emosional sangat sdr shahil. Dalam berdiskusi, dulukanlah kematangan sdr. Yang saya komen cuma sdr tiada ilmu atau maklumat atau pengetahuan tentang Tasawuf Muntahi… itu saja.

    SHAHIL:Saya fikir saudara sendiri yang tidak memahami apa yang saya persoalkan…yang saya persoalkan ialah jikalau ALLah itu satu yakni Dia itulah juga, mengapa ada dua tafsiran seperti saudara kata itu…apakah Laithakamithlihi syai’un ahli Kalam dan ahli Tasauf itu berbeza…apakah kalau ahli Kalam kata ALLah itu bukan jirim, bukan jisim dan bukan benda maka ahli Tasauf pula nampak dengan mata hakikatnya lain pula…begitu?

    KOMEN SAYA:Sebenarnya, saya amat maklum dengan pertanyaan sdr, cumanya pada perhatian saya sdr sedikit pun tiada pengetahuan atau maklumat tentang asas-asas keilmuan Tasawuf Muntahi. Bagaimana sesuatu maklumat itu akan dapat dihadam lantas dicerna dengan baik kalau sipenanya itu tiada pengetahuan asas dalam apa yang hendak ditanyai itu? Demi berlapang dada, maka adalah wajar saya menyelidiki terlebih dahulu diri sdr agar saya tidak tersalah ‘mengalung rantai berlian dileher anjing’.

    SHAHIL:Inilah pokok point yang menyebabkan ramai manusia menjadi sesat…maaf saya tidak mengatakan saudara sesat tetapi inilah yang menjadi pokok kehancuran iktiqad umat..iaitu bekata perkara yang mereka ssendiri tidak dapat jelaskan…hanya jawaban melepas diri ialah “pandangan ahli Tasauf tidak sama dengan pandangan ahli Kalam”…pandangan apa yang tidak sama itu…apakah ALLah itu bagi ahli Tasuf lain hakiaktnya dan bagi ahli Kalam lain hakiaktnya…inilah pokok persoalan yang saudara sendiri nampaknya gagal menjelaskan.

    KOMEN SAYA:Yang menjadi pokok kehancuran iktiqad umat dan kemudian tersesat ialah apabila ketiadaan adab dalam menyelidiki sesuatu ilmu seperti sdr ini. Ahli Hakikat tidak akan sewenang-wenangnya membeber atau menulis isi-isi ilmu Hakikat dimana-mana jua pun waima dilaman blog sekalipun kerana menyedari ianya bukan ilmu yang terbangsa dari akal sebagaimana isi-isi ilmu Kalam yang boleh dibeberkan atau dituliskan dimana-mana kerana ianya ilmu yang terbangsa dari akal. Atas prasangka buruk sdr maka sdr menganggap ayat yang saya tulis sebagai, “pandangan ahli Tasauf tidak sama dengan pandangan ahli Kalam” adalah sebagai ‘ayat pelepas diri’ dari saya kerana menganggap saya tidak dapat menjelaskan perkara tersebut. Mengapa bertindak melulu?

    SHAHIL:Maafkan saya…saya tidak sekali-kali mahu menonjolkan kelebihan diri…memang saya tidak ada kelebihanpun…kerana yang ada hanya ALLah…yang lebih hanya ALLah…nak kata ALLah lebihpun macam tidak boleh kerana kalau Dia sahaja yang ada pada hakikatnya bagaimana kita kata ada lebih dan ada kurang.

    Tuan Sarip yang arif…pengalaman manusia tidak sama tuan…suluk manusia tidak sama pencapaiannya…belajar setinggi gunung belum tentu mencpai hakikat…kerana hakikat itu bukan ilmu, saya ulang bukan ilmu tetapi percampakan nur ke dalam hati oleh ALLah Taala…namun saya sekali-kali tidak menolak belajar ilmu kerana ia adalah pintu untuk beramal, pintu untuk memohon nur itu.

    KOMEN SAYA:Sdr shahil… kalau hakikat itu bukan ilmu lantas kenapa tok-tok guru menyebutnya sebagai ILMU-ILMU Hakikat pula? Atau sdr nak bagitau pada dunia yang sdr lebih arif dari mereka? Baiklah saya tunjuk jalannya pada sdr, moga ada manfaatnya buat sdr…..

    Dalam bicara Tasawuf, nur(tentang Allah) yang dicampakkan(ikut cara bahasa sdr) Allah dari sisiNya itu apabila menguasai qalbu seseorang, kesannya akan menerbitkan rasa faham yang kamal tentang sesuatu tanpa berpenat lelah belajar dari seseorang maka hal keadaan ini disebut ma’rifah. Kemudian apabila ia menceritakan kefahaman yang didapatinya tadi melalui ma’rifah kepada seseorang sehingga akal orang itu dapat memahaminya maka hal keadaan proses penceritaan kefahaman ini disebut ilmu atau disebut juga ilmu Hakikat kerana yang dicertakan itu adalah tentang Allah.

    Tapi kalau sdr nak pakai juga definisi sdr tu pun tak jadi masalah pada saya.

    SHAHIL:Sekarang pokok poinnya ialah tidak akan ada perbezaan pandangan tentang ALLah oleh ahli Kalam dan ahli Tasauf kerana ALLah itu, itulah juga Dia…demikian juga kalau alam ini baharu, baharulah juga ia.

    KOMEN SAYA:Kalau tidak ada perbezaan pandangan tentang Allah oleh ahli ilmu Kalam dan ahli ilmu Tasawuf lantas kenapa sejak zaman-berzaman firkah mereka ini berjalan secara berasingan? Kenapa wujud golongan al Assyairah dan sufiyyah? Kenapa imam al Ghazali meletakkan ilmu Tawhid al Assyairah itu pada mertabat awam sedang ilmu tawhid golongan sufiyyah itu pada mertabat khawasul khawas? Tidak terfikirkah sdr tentang perkara ini? Oleh kerana mereka mempunyai sudut pandang yang berbeza tentang Allah-lah bahawa imam al Ghazali yang mempunyai kesedaran kewarasan yang tinggi itu pun membahagi-bahagikan mereka menurut tingkatan-tingkatan yang tertentu. Sdr mempunyai akal kan, maka perhatikanlah perkara ini baik-baik.

    SHAHIL:Dan pokok persoalan yang kedua…tidak berlaku kepada Nabi berkata “ini ahli syariat itu ahli hakikat”…tidak ada tuntas…perbuatan ini hanya mengundang cercaan…ahli hakikat kata ahli syariat hampa dan ahli syariat kata ahli hakikat zindik…sejarah telah membuktikan akan ada orang yang kurang ilmu dan pengalamannya yang berbuat demikian.

    KOMEN SAYA:Tulisan sdr yang diatas itu mengkritik siapa sebenarnya? Adakah saya? Kalau sdr kritik saya maka tunjukkan dimana pada penulisan saya yang mencerca ahli syariat atau hakikat. Kenapa meluahkan emosi sdr itu pada blog saya sedang intipati blog ini adalah seruan untuk mempertautkan ahli syariat, ahli tareqat, ahli hakikat dan ahli ma’rifat sama-sama berjalan atas nama yang satu yakni ISLAM tanpa prejudis diantara satu sama lain. Pada hakikatnya, telah terbukti didalam zaman bahawa memang ada ahli syariat yang membelakangkan hakikat dan ada juga ahli hakikat yang membelakangkan syariat. Maka tak perlulah melayan kedua-dua golongan ini kerana mereka telah pun dihukum oleh ulama feqah sebagai zindiq dan fasiq. Yang penting sekarang ini maka perhatikan pada diri kita masing-masing.. telah terhimpunkah syariat, tareqat, hakikat dan ma’rifat yang dibising-bisingkan itu? Atau kita sebenarnya masih ahli syariat yang prejudis dengan isi-isi ilmu Hakikat? Tepuk dada tanya selera.

    SHAHIL:Dan maafkan saya untuk berkata…tuan sendiri juga gagal dalam menilik maksud saya…namun tuan mengatakan saya salah dan jahil…namun saya tidak apa-apa juga kerana saya tidak akan menjadi kambing hanya dengan kata-kata “shahil kambing” sejuta kalipun.

    KOMEN SAYA:Saya faham sangat-sangat setiap pertanyaan sdr sejak sedari awal kita berdiskusi cuma sdr yang gagal meyakinkan saya bahawa sdr mempunyai asas-asas ilmu Tasawuf muntahi yang hendak sdr selongkari itu. Maka kerana itu saya menahan-nahan penjelasan saya. Pada ahli Tasawuf Muntahi, membuka rahsia Allah pada orang awam lebih besar dosanya berbanding mencuri, berzina dan meminum arak sekalipun.

    Apa yang perlu sdr fahami ialah ahli hakikat tidak akan membuka bicara tawhid dan ma’rifah selain kepada ahli dan salik. Maka jadilah salah satu antara keduanya samada ahli atau salik maka inilah dia adab untuk menyelongkari kanzan maghfiyan yang terkandung didalam ilmu-ilmu hakikat.

    Wallaahu ‘alam.

  36. shahil says:

    Assalaamualaikum tuan sarip dol yang arif.

    Saya rasa sampai disninilah sahaja tulisan saya.

    Tuan sebenarnya belum mengenal saya…tuan cuma mengandaikan saya dari soelan saya sahaja…jika tuan berkata saya belum mengenal tasauf muntahi saya tidak apa-apa juga…saya hanya mahu tuan jelaskan dari sudut mubtadi sahajapun tuan gagal bagi saya.

    Yang jelas ialah Tuhan dari sudut mubtadi juga muntahi adalah Zat yang sama tidak berbeza sekali-kali…cuma mengatakan orang itu rendah aku tinggi mereka syari’at aku hakikat, tidaklah menjadi kita lebih baik dari mereka.

    Saya juga berguru dan juga bersuluk cuma saya tidaklah perlu mengandalkan guru saya dalam persoalan yang saya hadapi melainkan hadapilah dengan kefahaman yang mereka berikan…mengandalkan tok guru ibarat melepas diri sahaja.

    Hakikat bukanlah ilmu melainkan nur yang dicampakkan ke dalam hati…dan kefahaman dari nur itulah yang djadikan kalam ilmu…namun orang yang mendengar kalam ilmu hakikat dari orang tersebut bukanlah “ahli hakikat” melainkan “ahli ilmu hakikat”.

    Masakan ahli hakikat berkata “iblis dan Firaun redha dengan hukum kafirnya” seperti kata Syeikh Siti Jenar?

    Oklah sampai disini komen saya…cuma saya rasa terkilan tidak dpat mengenal tuan dan melihat gambar tuan…

    Semoga tuan sejahtera selalu…

  37. sarip dol says:

    semoga sdr sejahtera.

    p/s. sedikit buah tangan buat sdr shahil.. Tasawuf ada 3 tingkatan. 1. Tasawuf Mubtadi, takde sentuh pun bab ketuhanan dan ketawhidan kerana ianya hanya menyentuh bab akhlak. 2. Tasawuf Mutawasit pula menyentuh soal makam-makam nafsu sementara 3.Tasawuf Muntahi pula menyentuh soal Tawhid dan ma’rifah.

    jangan mencampur- adukkan ilmu… 🙂

  38. shahil says:

    Saya tahu itu.

    Selamat sejahtera.

  39. Ridzwan says:

    “Sesungguhnya sebahagian dari ilmu itu seakan-akan seperti keadaan tertutup yg tdk diketahui, selain oleh ahli yg mengenal (ma’rifat) akan Allah Ta’ala. Apabila mereka mempercakapkannya, maka tidak ada yg tak mengerti selain dari org-org yg tlh tertipu, jauh dari Allah Ta’ala. Dari itu jgnlh kamu hinakan ssorg yg berilmu, yg dianugerahi oleh Allah Ta’ala ilmu tersebut. Kerana Allah Ta’ala sendiri tdk menghinakannya kerana telah menganugerahinya ilmu tadi”.
    – Hadis riwayat Abu Abdirrahman As-Salami dari Abu Hurairah r.a., isnad dhaif.(Rujuk dari kitab ‘Ihya Ulumiddin’)

    “Marilah kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan marilah kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeza pendapat.” – Rasyid Ridhalah

  40. Ismail says:

    Salam Sdr Sarip dan semuanya,

    Menarik perbincangan yg tertera. Hujjah yg nyata dan amat berterus-terang kalamnya adalah:

    Huwal Awwalu wal Aakhiru, Wazzhohiru wal Baathin.

    kemudian padankan dgn Laisa kamithlihi syaiun.

    Setiap cap jari atau DNA makhluk berbeza antara satu dgn yg lain.

    Martabat tujuh – Hujjahnya ialah Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Ini adalah hakikat kpd evolusi kehidupan sebagaimana benih berubah menjadi pokok.

    Maqam muntahi ialah perisytiharan diri: Innani anallah. Lailaha illa ana, dimana tiada lagi pasangan hamba dan tuhannya kerna hakikatnya hanya ada Allah Taala. Maka wahdatul wujud itu hanya boleh menghasilkan wahdatussyuhud.

    Zat Allah Taala itu tunggal dan meliputi segala apa yg nyata. Oleh yg demikian, mustahil sesuatu itu datang dari yang tiada. Sudah pasti ia datang dari yang sedia ada.

    Hubungan hamba-tuhan ini adalah ilusi ammarah. Allah kata Dia dekat. Cuma kebanyakan kita belum faham akan hakikat ini kerna Allah belum lagi ingin menyatakan Dirinya kpd kita, tetapi Dia sudah nyata sejak azali.

    Begitulah paradoks kepada kajian hakikat dan makrifat Al-Haq dimana Allah suruh kita pilih tetapi Dia juga kata Dia yg menentukan siapa mendapat petunjuk atau sebaliknya. Kpd pembaca sekaliannya, cuba tafakkurkan perkara ini. Mana yg benar? Jabbariyyah atau Qadiriyyah atau ditengah-tengah?

    Bagi yg sudah arif, kedua-duanya benar malahan semuanya benar.

    Wassalam. Ini hanya faham saya. Dan setiap faham itu pd maqam masing-masing.

  41. nurul says:

    erm..menarik.Cuma bila baca komen rasa makin tak faham! Apa yg nk disampaikan sbenarnya…thp org awam cam aku ni mmg susah nk mmahami bab ilmu makrifat ni.

  42. Zul says:

    Assalamualikum.

    Saya ada pertanyaan di sini.
    Ibarat gula. Saya bole rase kemanisannya. Tapi boleh tunjukkn pada saya di mana letaknya manis itu?

  43. sarip dol says:

    wa alaikum salam

    manis tu zat tebu yang orang kita sebut gula kalau dah diproses jadi bentuk butir-butir halus. kalau belum proses, zat yang manis tu orang kita sebut tebu. jadi zat yang manis itu kalau dalam bentuk asalnya orang kita panggil tebu tapi kalau dah proses jadi bentuk butir-butir halus orang kita panggil gula pula. kesimpulannya, zat tak berubah, yang berubah cuma sifat ja.

    jadi manis itu ialah tebu dan gula itu sendiri. tapi pada hakikatnya manis tu tak wujud pun. kamu pun tak wujud juga, termasuklah ayah kamu.

  44. tulis-tulis says:

    Salam alaikum wahai tuan Sarip Dol samseng kampong dusun. Lama sungguh tak bersua huruf. Dan bersua muka lagilah lama. Restoran titiwangsa tu hidup lagi ke? Tuan Sarip Sekeluarga sihat2 sejahtera hendaknya. Ada contact Ustaz dengan sahabat2 yang lain ke?

    Maafkan saya nak busy-body sikit mengenai perbincangan di atas, cuma terpanggil untuk menjawab dari satu perspektif lain. harap dapat restu dari tuan tanah.

    Salam alaikum Sdr Shahil. Saudara menyatakan:

    “Masalahnya sekarang ialah apakah ALLah itu dua perspektif? Masakan ada perspekti ALLah dai segi ilmu Kalam dan dari segi Tasawwuf?
    ALLah itu satu…Kalau kita yakin ALLah itu tak sama dengan makhluk dari segi akal, masakan dari segi tasawwuf berbeza pula.
    Apakah ahli Tasawwuf kata Allah sama dengan makhluk lantaran berdalilkan tidak sama ?”

    dan

    “Saya fikir saudara sendiri yang tidak memahami apa yang saya persoalkan…yang saya persoalkan ialah jikalau ALLah itu satu yakni Dia itulah juga, mengapa ada dua tafsiran seperti saudara kata itu…apakah Laithakamithlihi syai’un ahli Kalam dan ahli Tasauf itu berbeza…apakah kalau ahli Kalam kata ALLah itu bukan jirim, bukan jisim dan bukan benda maka ahli Tasauf pula nampak dengan mata hakikatnya lain pula…begitu?”

    Sebelum saya mulakan penerangan, saya nyatakan dulu jawapan kepada persoalan dang perkiraan sdr di atas ialah YA BENAR SEKALI. Jelas sekali perlu ada perspektif yang berlainan bagi lorong2 yang berlainan. Sekiranya tidak,…… begini:

    Sdr Shahil adalah seorang anak kepada seorang perempuan. Jugak suami kepada seorang perempuan, dan boleh jadi ayah kepada seorang perempuan pulak.

    Sekali bunyi macam 3 orang yg. berlainan, tapi orang lelaki itu hanya satu saja,..Sdr Shahil jugak.

    Watak dan perlaksanaan sdr terhadap 3 orang perempuan ini perlu berbza dan haram tak boleh disamakan.

    Demi menjadi seorang suami mithali, sdr pun memberikan nafkah zahir dan batin secukupnya kepada semua 3 orang perempuan tadi tu boleh ke sdr? Tak sumbang maharam jadinya?

    Dan demi menjadi anak yang soleh, jadi pulak anak kepada isteri sendiri dan anak kepada anak sendiri…jelas ke tidak perspektif itu wajiblah dibezakan?

    Sebenarnya susunan dan tertib itu kesukaan Allah dan tuntutan agama. Dari sudut lain, agama kita terbahagi kepada Islam, Iman dan Ihsan. Tidakkah sdr melihat perspektif yang berbeza PERLU ada; 1) terdirinya setiap satu dari ketiga ini berlandaskan RUKUN-RUKUN yang berbeza.. dan 2) perlaksanaan pulak berbeza.

    Berhati2lah kalau mencari titik pertemuan bagi ke3 itu, takut2 terjadi mainan mantik dan kata2 semata.

    Islam rukunnya 5 (langsung tak ada satupun yang sama dgn rukun iman), perbuatan/perlaksanaannya di badan kita, yang demikian menjadi asas IBADAH. Dan IBADAH itu buatnya di badan. Jangan pulak ibadah buat di hati..nanti nak solat cukup dengan niat saje,..masak dah tuuu…

    Iman rukunnya 6, perlaksanaan/perbuatannya di mana? Bukan di badan tapi di hati yakni di yakini danpercaya begitu. perlu di olah dan di taksirkan dengan akal maka itu menjadi asas Aqidah. jangan buat di badan pulak rukun iman ni….di katakan setiap bangunan ada malaikat yang menjaga, contoh nak laksanakan rukun iman Percaya kepada Malaikat ni karang boleh jadi fitnah, boleh bidaah an bolehmasuk tanjung rambutan…bayangkanlah kita bagi salam setiap kali jumpa bangunan “Salam alaikum malaikat KLCC, Apa kabor malaikat KLIA”….Qodha&qadar dah ada…dok rumah je la baca quran rezeki dah tetap, no worries ke? Perlu ada perspektif.

    Masuk kepada ehsan sila rujuk sahih muslim mafhumnya begini,..”Jibril bertanya, “apakah itu ehsan?.. Nabi SAW menjawab, “hendaklah engkau beribadah seolah-olah..”…. dan seterusnya. Ini dinamakan BALAGHAH atau perumpamaan dN HANYA sebagai perumpamaan saja sebab kata2 tidak mungkin mampu menyampaikan maksud atau objektif sebenar. Perbuatan/perlaksanaan ehsan ini bukan di BADAN maupun di HATI. Perbuatan ehsan bukan oleh satu fakulti manusia yang boleh di kira2 dan ukur2. Rational manusia jugak tak dapat mentadbir dan mentafsir ‘fakulti’ yang melaksanakan Ehsan ini. Dan pengajian ehsan inilah duduk di tasauf.

    Hujah saudara tadi mahukan pencerahan rational(iman/aqidah) tentang ALLAH di sudut tasauf (ehsan/balaghah). ‘Sumbang maharam’ lah tu bro.

    Begitulah turutannya islam sunni di malaysia ini, ibadahnya bermazahabkan imam yang 4; aqidahnya bermazahabkan asyaari & maturudi; dan tasaufnya Junaid baghdad….

    Kalaulah tidak perlu berbeza perspektif, tidakkah cukup satu imam satu mzahab untuk feqah, aqidah dan tasauf?

  45. zul says:

    Salam tuan.

    Ada kekeliruan di sini.
    Tapi tuan, dari mana datangnya tebu dan gula itu?
    Orang yang menceritakan pada saya ni mempunyai seorang guru. Guru nya seminggu sebelum ajalnya die sudah menandakan di kalendar, menyuruh anak2nya menyediakan kelengkapan. Sampai saatnya, dia mandi, baring dan kiam dgn sendirinya. Petang selepas solat Jumaat. Disini kita tahu bahawa itu semua adalah rahsiaNya. Sememangnya Allah akan ‘mengangkat’ ilmu2 sebagai tanda2 ‘kiamat’.

    Boleh tuan huraikan?

  46. sarip dol says:

    1.soalan sdr tentang dimana letaknya manis pada gula telah pun saya jawab namun saya tak faham apa yang sdr masih keliru!

    2.datangnya gula dari diri tebu, datangnya tebu dari benih diri tebu, datangnya benih tebu dari diri air, datangnya air dari diri Nur Muhammad dan datangnya Nur Muhammad dari diri Empunya Diri.

  47. Kurakura says:

    Panjang lebar penerangan tuan sarip dol kepada saudara shahil..dan di sini saya pula ingin menambah sedikit.semoga beliau berkesempatan membacanya..
    Saya kira adalah perlu bagi diri kita memahami perkataan terlebih dahulu sebelum menggunakannya dalam menyusun kata..oleh itu saya ingin menarik perhatian saudara kepada beberapa perkataan berikut:
    1- ADA
    2- TIADA
    3- NYATA
    4- GHAIB
    5- ALAM
    *saya perhatikan perkataan ini ada kaitan dengan persoalan saudara kat atas tu.
    Ini pula pengertian mudahnya:
    1- ADA = tersedia dan boleh dilihat juga tak boleh di lihat.contohnya;
    Manusia ada sebab dapat di lihat dan jin juga ada
    walaupun tak dapat dilihat.
    2- TIADA = Langsung tidak tersedia.kalau dibicarakan maka bolehla
    dipanggil hikayat.Contohnya;
    Nujum Pak Belalang sebenarnya Tiada. Orang nak
    bercerita pun tak boleh sebab tidak tersedianya Pak
    Belalang tu.tapi boleh juga direka reka saja cerita Pak
    Belalang tu lalu jadilah hikayat Pak Belalang.
    3- NYATA = boleh dilihat dengan mata kepala@mata lendir.
    Contohnya;
    Manusia itu nyata adanya. Ahmad boleh melihatnya.
    4- GHAIB = tidak boleh di lihat dengan mata kepala@ mata lendir.
    Malaikat itu ghaib.saya tidak dapat melihatnya.
    5- ALAM = setiap yang ada, samada nyata atau ghaib. Contohnya;
    Alam ini terdiri dari makhluk makhluk, tumbuhan dan
    Benda yang nyata dan ghaib seperti jin, manusia, haiwan,
    tumbuhan, lautan, batu, sungai, tasik, tanah, langit,
    roh, malaikat dan segala macam yang ada lah samada
    nyata atau ghaibnya.kalau setiap sesuatu tu tiada maka
    Tidak disebut ALAM lah.kalau nak sebut alam benda tiada
    ni, disebut alam khayalan lah kot.

    Merujuk kepada definisi perkataan di atas,
    A) alam ini dari tiada kepada ada adalah BETUL atas alasan dari tak nampak kepada nampak. Kita ambil satu contoh sesuatu yang ada di dalam alam iaitu manusia:
    Baby kucikuciku mula mulanya tiada kerana kita tak nampak jasad dia kemudian ada setelah lahir ke dunia.

    B) alam ini ada kepada diadakan pun adalah BETUL atas alasan telah ada setiap sesuatu dalam alam adalah ada cuma samada nyata atau ghaib. Kita ambil satu contoh dari sesuatu yang ada dalam alam iaitu manusia jugak:
    kucikuciku sebenarnya dah ada di alam ruh lagi. Bahka allah telah datang kepadanya untuk mengambil kesaksiannya.kemudian dia yang dah ada itu di adakan lagi dalam rupa jasad dan lahirlah dia sebagai baby kucikuciku.

    Maka, demikian jugalah halnya antara ungkapan ahli syariat dan ahli hakikat kemukakan itu dari perspektif yang berbeza tapi kedua duanya benar..dan maksud kedua duanya tetap sama iaitu allah yang satu..fahamilah terlebih dahulu perspektif kedua duanya sebelum membuat telahan..
    SEBELUM MENELAH, BAIKLAH MENTELAAH 🙂 selamat beramal….

  48. monsun says:

    Asalamualaikum..

    Alhlulsunnahwaljumaah
    3 faham di jamaq iaitu

    1)Asyaariah/Maturidi
    2)Qadariah
    3)Jabariah

    jadi melalui ini perjalanan tidak terbatal

    mohon pencerahan

    Wasalam

  49. Salik Sang Sufi says:

    Ilmu Yang Rapi Tersimpan Kerana Mutunya…
    Tidak Boleh Dijamah Oleh Yang Bukan Ahlinya….

  50. MuMa Abidin says:

    Keterwujudan hanya dapat dirasakan yang berwujud.

  51. TARIQ says:

    yang terang lagi bersuluh,,
    hilang segala cahaya diterangi matahari…
    sungguh terang matahari
    tiada ku resah,,karana kuyakin
    matahari itulah yang paling menyerlah..
    sepertinya bulan…walaupun ada tetapi seperti tiada…hidup cahayanya bila dipancarkan….

    tetapi yang cantik dikatakan bulan..
    mengapa tidak matahari??..
    pelik sungguh sang manusia….
    adakah buta matanya?…begitu terang matahari..
    tetapi bulan juga jadi pujaan hati…

  52. TARIQ says:

    ANTARA ADAB DALAM MENUNTUT ILMU YANG DIAJARKAN OLEH SYEIKH KU..

    BUANG ILMU YANG MU ADA!
    KALAU MU DATANG NGADAP AKU DENGAN CAWAN YANG PENUH,,BAGAIMANA AKU NAK ISI AIR DALAM CAWAN MU?…TIADA LAIN MELAINKAN AIR ITU AKAN MELIMPAH KELUAR DENGAN SENDIRI..TIADA GUNA MU MNGAJI BERTAHUN2 DENGAN AKU…HANYA PENAT DAN LELAH MU DAPAT…

  53. […] dari: http://www.sepohonjadi.com/v1/2010/02/04/permata-yang-indah/ Share this:TwitterFacebookLike this:LikeBe the first to like this […]

  54. nizam says:

    Salam Tuan Sarip Dol,

    Pohon maaf atas komen sy yang agak kesan sdkt.

    Ada beberapa perkara yang menggusarkan saya apabila artikel ini bertujuan merendahkan2 syariat, patah lagi mafhum tanpa syariat dimanakah iman kita.

    Metaforanya, artikel tuan Permata Yang Indah ini dari segi linguistik saja sudah ada kesalahan takrifan sejarah, perkataan ‘sembahyang’ tidak ada didalam perbendaharaan arab, kerna ianya cuma kedapatan dlm sanskrit kuno warisan hindu di nusantran sekitar 1400 masehi.

    Tapi ternyata matlamat tuan adalah untuk ‘menghalalkan’ artikel ini dan merendah amalan syariat, apabila kisarnya penyalahtafsir pemuda tsb mengakibatkan kematian guru hakikat tsb.
    Pada dasarnya tidak “Ulama Syariat” atau “Ulama Hakikat”.

    Kita kata kita mencintaiNya, tapi apakah bukti kecintaan kita sekiranya tiada syariat? Apakah omong kosong aja? Maaf ya, Mana hubungan nya.. Dimana hablun MinaALLah nya? Adakar sekadar basa2 aja?
    SYARIAT >>>> HAKIKAT>>>>> TARIKAT >>>>> MAKRIFAT ini kan jalan nya sekali, segandingan? Benar kan.. Mana bisa kita kata kita menyintaiNya tapi waktu solat kita kabur.Mana bisa waktu puasa
    sekitar ramadahn kita tinggalin aja, sedangakan firman nya KHUSUS “Melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu adalah untukKu…………. ”

    Perkara yang merunsingkan sy juga apabila, ada segelintir mereka yang menggelarkan diri mereka “golongan hakikat” menghalalkan apa jua larangan Allah, dan menolak amalan2 syariat yang wajib, sebagai conth yang mudah, amalan solat 5 waktu .

    Kesimpulan nya hakikat tidak dapat berjalan tanpa syariat, atau amalan syariat.

    Polemik dari artikel tuan:

    1: Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

    Pandangan Sy:
    Tiada beda bahasa syariat atau hakikat, yang haram tetap haram, begiitu juga yg lain2.Tidak ada makna soal “makruh” yang beda antara hakikat/syariat

    Tiada beda amalan 5 waktu golongan syariat atau golongan hakikat. Islam tetap sama, pengabdian melalui solat dan zikir kepada Allah.

    Dan cuba kita renungkan mengapakah ayat2 Al Quran itu terlalu keras bunyi nya, sbg selalu diakhirkan dengan … ” apakah kamu tidak memikirkanya?…” apakah kamu tidak bertakwa?” Kerna untuk memperingatkan manusia denga jelas dan tegas, tiada istilah “bahasa hakikat atau bahasa syariat disini.

    2: Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan tuhannya…”.

    Pandangan Sy:
    Maafkan sy,mohon simpulkan sy perawi hadis tsb, dengar nya agak keliru.

    Nizam
    Sg Penchala

  55. Sarip Dol says:

    Salam kembali sdr Nizam.

    Saya nasihatkan agar sdr membaca cerita saya yang diatas dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Sila memahami cerita diatas mengikut isu yang saya timbulkan dan bukannya menurut isu yang sdr nak timbulkan dari benak sdr.

    Sdr menuduh penulisan saya sebagai ‘artikel ini bertujuan merendahkan2 syariat’, maka bagi saya ini adalah tuduhan yang agak melulu dan berburuk sangka. Adakah sdr mempunyai kebolehan untuk membaca niat seseorang?

    Isu yang saya cuba bawakan ialah tentang ketidaksamaan pendefinisian terhadap sesuatu perkataan yang digunapakai oleh masing-masing golongan yang melazimi tradisi ilmu yang tidak sama diantara satu dengan yang lain. Untuk itu saya bawakan 2 golongan yang berasingan iaitu ahli Syariat dan ahli Hakikat.

    Saya balas pandangan sdr:

    1. Nampaknya sdr adalah seorang yang arif tentang ilmu syariat dan ilmu hakikat.. jika tidak, masakan sdr telah mengeluarkan perkataan ini, “Tiada beda bahasa syariat atau hakikat”. Makanya suka saya bertanya.. saya nak bertanya tentang ‘thoharoh’ sebab masing-masing ahli syariat dan ahli hakikat menggunakan perkataan ini dan memahaminya dengan fahaman yang sama menurut sdr. Ok, ini soalannya.. Bagaimana nak memanfaatkan alat thoharoh ahli hakikat terhadap ahli syariat menurut ilmu thoharoh Syariat itu sendiri?

    2. Perawinya adalah Imam Bukhari sebagaimana yang diceritakan oleh Anas bin Malik r.a. Harap sdr sudah tak keliru lagi.

  56. kieymaximus says:

    Assalammualaikum.. Tuan Sarip Dol..
    Alhamdulillah.. Hamba telah selesai membaca kesemuanya dari awal cerita hingga lah ke komen yg terakhir..

    Sangat tersentuh akan rasa ini dari cerita di atas.. Sangat lah faham hamba akan meksud ceritanya..

    Dan di fahamkan lagi dgn segala persoalan dan jawapan dlm ruangan komen ini..

    Terima kasih Tuan Hamba atas perkongsian ilmu..

    Mohon halal kan segala yg hamba baca..
    Begitu juga dari saudara2 yg lain.

  57. Sarip Dol says:

    Wa ‘alaykumussalam

    Saya halalkan 🙂

  58. abuchah says:

    Assalamualaikum.. berkali kali bc artikel nim.. paling best part pasa gula dgn tebu..adoi.. klu tmbh ais lagi umphh.. cik zul..

  59. M Norddin sanusi says:

    Assalamualaikum sahabat hakikat Tuan sarip dol.
    Mohon bertanya,

    tolong kongsikan ayat al Quran @ hadith yg

    1) bunyinya

    Allohu holako kum wama ta’malun
    ?al Quran

    2) Hadith yg maksudnya

    barangsiapa *yg menceraikan* antara nafi dan isbat KAFIR

    barangsiapa *yg TIDAK menceraikan* antara nafi dan isbat KAFIR

    HANYA ALLAH YG MAMPU MEMBALAS

  60. M Norddin sanusi says:

    Assalamualaikum sahabat hakikat Tuan sarip dol.
    Mohon bertanya,

    tolong kongsikan ayat al Quran @ hadith yg

    1) bunyinya

    Allohu holako kum wama ta’malun
    ?al Quran

    2) Hadith yg maksudnya

    barangsiapa *yg menceraikan* antara nafi dan isbat KAFIR

    barangsiapa *yg TIDAK menceraikan* antara nafi dan isbat KAFIR

    HANYA ALLAH YG MAMPU MEMBALAS

Leave a Reply