Awaluddin

Awaluddin

 

Ketahuilah, tujuan pencipta alam ini menjadikan kita adalah semata-mata untuk diriNya dikenal sebagaimana firmanNya yang bermaksud “Aku khazanah yang tersembunyi maka Aku suka dikenali oleh sebab itu Aku jadikan makhluk agar ia mengenaliKu.” Kemudian Ia jadikan Nur Muhammad selaku makhluk pertama yang dijadikanNya dan dari Nur Muhammad itu dijadikanNya alam semesta ini.

Maka wujudlah dunia ini dan segala makhluk lain didalamnya termasuklah kita yakni manusia. Awal-awal bangsa manusia yang dijadikan ialah seorang lelaki yakni Adam didalam syurga yang jasadnya berasal daripada tanah bumi manakala rohnya terus berasal daripada Nur Muhammad. Didalam syurga, Adam telah pun mengenali penciptanya malah bentuk kejadian Adam adalah mengikut wajah penciptaNya. Kemudian manusia kedua yang dijadikan ialah seorang perempuan yakni Hawa yang jasadnya dijadikan daripada tulang rusuk kiri Adam manakala rohnya terus berasal daripada Nur Muhammad. Adapun tujuan penciptaan manusia adalah untuk mendiami muka bumi sebagai khalifah maka Sang Pencipta menjadikan asbab turunnya Adam dan Hawa ke muka bumi dari syurga melalui kelupaannya dan penglaknatanNya terhadap Azazil (Iblis) yang akhirnya dengan dendamnya terhadap Adam, ia berjaya membuatkan Adam dan Hawa terpedaya dengan memakan buah larangan dari pohon khuldi. Kemudian Sang Pencipta berfirman kepada Adam, “Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” Maka turunlah Adam dan Hawa ke muka bumi dan beranak-pinak untuk mengembangkan zuriat diatasnya.

Adapun petunjuk yang dimaksudkan didalam firman itu tiada lain melainkan petunjuk ke jalan yang benar yakni petunjuk kepada jalan bagi memperkenalkan diriNya kerana pada hakikatnya manusia dijadikan untuk tujuan itu. Masa terus berlalu dan manusia yang mendiami bumi semakin ramai yang terpesong dari petunjuk Sang Pencipta oleh ulah Iblis. Kemudian Sang Pencipta mengutuskan selepas kewafatan Adam a.s rasul-rasulNya kepada seluruh umat manusia demi memperbetulkan kembali jalan mereka. Dalam proses itu betapa ramai rasul-rasul dari kalangan Bani Israel yang telah dibunuh oleh umatnya sendiri (yahudi) lantaran kebutaan hati mereka untuk memahami firman-firman Sang Pencipta.

Akhirnya diangkat seorang rasul yang terakhir dari bangsa Arab bernama Muhammad ibn Abdullah pada ketika usianya 40 tahun yang digelar al-Amin oleh kaumnya lantaran sikapnya yang tidak pernah mendatangkan mudharat kepada orang lain samada dengan lidahnya atau perbuatannya. Beliau dan kaumnya sejak awal beriman dengan Tuhan yang bernama Allah yang ditaati oleh nabi Ibrahim yang membawa agama samawi namun dizaman beliau agama yang dibawa oleh nabi Ibrahim itu telah berlaku penyelewengan yang serius terutama pada sudut aqidah, ibadah dan akhlak. Pada nabi Muhammad diberi Al-Quran untuk meluruskan kembali aqidah, ibadah dan akhlak ummah disamping sebagai pelengkap kitab-kitab yang telah diturunkan sebelumnya kepada nabi Daud (kitab Zabur), nabi Musa (kitab Taurat) dan nabi Isa (kitab Injil).

Kepada rasulNya yang ummi ini, Allah memperkenalkan hakikat diriNya dan memperkenalkan kedudukkan makhluk disisiNya yang kemudian dari itu menjadi tanggungjawabnya pula untuk disebarkan kepada umatnya. Awal-awal pengenalan tentang diriNya yang diwahyukan kepada Muhammad  melalui Jibril di gua Hira’ ialah memperkenalkan keTuhananNya bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Menjadikan segala sesuatu (96:1) dan yang Maha Mengetahui  segala hal ehwal makhlukNya (96:2) bahkan hal ehwal yang tersembunyi. Kemudian demi kemuliaanNya (96:3) Ia ajarkan kepada manusia akan ilmu-ilmuNya melalui perantara (96:4). Jadi adalah jelas berdasarkan firman pertama yang diwahyukan kepada Muhammad ini bahawa Ia memperkenalkan diriNya adalah berkedudukan sebagai Tuhan semesta alam yang menjadikan segala sesuatu bahkan Ia mengetahui hakikat segala sesuatu samada yang nyata atau yang tersembunyi dan Ia akan mengajarkan ilmu-ilmuNya kepada manusia secara langsung melalui perantara.

Kemudian dalam firmanNya yang lain yang bermaksud, “sesungguhnya Aku bernama Allah, tiada ilah melainkan Aku maka taatilah Aku, dirikanlah solat untuk mengingatiKu.” Maka Sang Pencipta yang berkedudukkan sebagai Tuhan itu akhirnya memperkenalkan diriNya bernama Allah malah kewujudanNya adalah tunggal. Firman Allah yang berbunyi “la illaaha illa ana” dalam ayat diatas sebenarnya bukanlah sekadar sebagai ayat penyata untuk Allah menyatakan tentang ketunggalanNya bahkan lebih jauh daripada itu sebagai perintah agar manusia mencari jalan untuk mengetahui bagaimanakah tunggalnya Allah itu yang akhirnya menjadi asas kepada berdirinya ilmu tawhid terlangsung menjadi kunci pembuka khazanah ma’rifatullah bagi manusia. Ma’rifatullah itulah Awaluddin.

Oh alangkah dukacita kerana nabi Muhammad saw telah tiada maka zaman kegemilangan Islam yang menjadi aturcara hidup suci telah kembali kepada suasana kelam jahiliyah. Memang Muhammad saw telah membekalkan Al-Quran dan sunnahnya kepada umat zaman ini namun Al-Quran dan sunnah itu seolah-olah tidak dapat membentuk siasah diri mereka lantaran Al-Quran dan sunnah hanya dijadikan sekadar simbol keislaman umat yang mengaku islam sedangkan Al-Quran dan sunnah menuntut kita agar mengamalkan isi kandungannya iaitu ma’rifatullah sebelum melaksanakan hukum Allah.  Inilah sebenar-benarnya syariat Allah dan Rasul. Melaksanakan hukum Allah tanpa terlebih dahulu ma’rifatullah maka natijahnya dizaman ini akan kita saksikan betapa ramai ulama-ulama su’ yang bakal lahir dan yang lebih membimbangkan apabila mereka akan menduduki kerusi-kerusi dijabatan agama. Inilah punca kekelaman ad-din apabila ‘awaludin ma’rifatullah’ diabaikan. Lihat sahajalah bagaimana ad-din ini telah diperkosa semahu-mahunya oleh pemerintah yang mengamalkan aturcara hidup kafir. Hati menangis siapalah yang tahu.

Dari Anas bin Malik ra katanya Rasulullah saw bersabda,

Sebahagian diantara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu, berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan berleluasanya penzinaan.”

Perhatikan, bukankah dengan banyaknya pembuangan bayi dan pengguguran janin yang berlaku dalam masyarakat sekarang ini sebagai tanda berleluasanya penzinaan? Bukankah dengan banyaknya pusat-pusat hiburan yang diberi permit oleh pihak berkuasa untuk beroperasi telah dijadikan sebagai medium penjualan arak secara berleluasa? Bukankah dengan ramainya masyarakat yang melanggar syariat serta berlumba-lumba untuk menyertai acara-acara hiburan dengan diwujudkan program seperti program Reality TV sebagai tanda berjangkitnya kejahilan? Dan bukankah telah terjadi dizaman ini pewartaan terhadap ilmu dan amal ahli Tasawuf difatwakan sebagai ajaran sesat oleh penguasa agama dan larangan mengajarkannya disurau dan  dimasjid sebagai tanda terhapusnya ilmu-ilmu ma’rifatullah? Maka saksikanlah bahawa kita ini sedang duduk pada zaman dimana tanda-tanda kiamat telah pun berlaku. Maka ke manakah tempat untuk mengadu sedang Rasulullah saw telah bersabda,

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda,

 

“Allah tidak menghapuskan ilmu dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semua.”

Ilmu yang dimaksudkan dalam kedua-dua hadis diatas ialah ilmu untuk mencapai ma’rifatullah dan ulama yang dimaksudkan ialah ulama pewaris nabi yakni ulama yang mewarisi ilmu-ilmu nubuwah yakni ma’rifatullah. Ketahuilah, ma’rifatullah ini untuk mendapatkannya tiada didalam silibus ilmu Feqah, ilmu Kalam atau ilmu Falsafah melainkan jika seseorang itu mengamalkan ilmu-ilmu Tasawuf. Maka dalam masyarakat yang telah mengalami kehuru-haraan ad-din ini kepada ulama pewaris nabi inilah sewajibnya sebagai tempat dituju dan merekalah yang bergelar guru-guru Mursyid.

Share

Artikel Yang Berkaitan

49 Responsesto “Awaluddin”

  1. kura-kura says:

    semoga masih ada guru-guru mursyid itu sebagai tempat manusia mencari makrifatullah..JIKA TIDAK…manusia berjalan meraba raba..arah tuju tidak dijumpa..hanya indah pada kata..seolah destinasi telahpun tiba..lalu memanggil semua ikut serta..tapi hanya sia-sia..

  2. zam says:

    Ketahuilah….pemberian terbesar nabi pada ummatnya adalah……………………….WALI MURSYID!!

    Ma aatakumrrasul fakhuzuu, wa maa nahaakun ‘anhu fantahuu…….Aatakumurrasul adalah Ita’(pemberian cuma-cuma drpd Nabi)…maka ambillah…ambillah Wali Mursyid….cintailah dia melebihi cinta pada Ibu kandungmu(tanpa menafikan hak ibumu)…..

    Ya ‘ammu syeikh…NAZOROH wal MADAD……

  3. Redzha says:

    Ali ra. berkata; Nabi saw. bersabda dalam hadis Qudsi:
    “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Barangsiapa mengakui ke-Esaan-Ku ia masuk benteng-Ku dan baransiapa memasuki benteng-Ku ia aman dari siksaan-Ku. (Hadis Riwayat As-Syirazi dalam kitab Al-Alqab dari Ali)

  4. Anon says:

    Salam

    wahyu yang mula-mula turun apa? “iqra’” dengan nama Tuhanmu yang menciptakan…

    sila berikan rujukan di mana dalam al Quran terdapat kalimah “awaluddin ma’rifatullah”?

    dengarkan dulu penjelasan maulana berikut dan bantah dengan fakta dalil:

    http://islambrowser.blogspot.com/2010/10/nur-muhammad-oleh-maulana-asri-yusuf.html

  5. Anon says:

    sepakat para ulamak hadis menyatakan bahawa semua hadis-hadis mengenai nur muhammad adalah PALSU tanpa khilaf…

  6. sarip dol says:

    sdr Anon, semoga sdr didalam rahmat Allah.
    1.sebenarnya wahyu yang pertama iaitu “iqra. bismirabbika allazi kholaq” dan sehingga akhir ayat menunjukkkan awal-awal agama Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah soal ma’rifatullah. Allah didalam ‘iqra’ memperkenalkan diriNya sebagai Tuhan yang bersifat mutlak sebagai pencipta makhluk.. nah bukankah awwaludin yang disampaikan kepada Rasulullah ialah perkara ma’rifatullah (mengenal Allah) dan bukannya perkara ibadah? maka dimanakah salahnya Awwaludin Ma’rifatullah yakni awal-awal beragama ialah mengenal siapa Allah? Bukankah kalimat la ilaha illa Allah itu secara dasarnya membawa seseorang itu mengenal siapa Allah? Makanya kenapa harus pelik dan menentang jika ada orang yang menyeru “awwaludin ma’rifatullah” sedang ianya adalah pelajaran pertama yang diajarkan Allah kepada Rasulullah?

    2.saya tidak tahu dimana rujukan yang sdr pakai bila sdr mengatakan sepakat para ulama hadis menyatakan bahawa semua hadis-hadis mengenai Nur Muhammad adalah PALSU tanpa khilaf sedangkan ianya perkara khilaf sejak zaman-berzaman. Saya boleh hadirkan nama berpuluh-puluh ulama muktabar yang membenarkan hadis-hadis Nur Muhammad yang diantara mereka ada yang bertaraf Amirul Mu’minin dalam bidang hadis. Namun saya akan biarkan sahaja sdr mencarinya sendiri agar ianya menjadi pengalaman yang berharga buat sdr.

    Wasalam.

  7. Anon says:

    Salam Karma,

    aku tersesat ke sini pun melalui blog kamu yang menghantam tok belagak… hehehe

    sebelum ni aku ingat aku sorang je yang menentang kelentong belagak, komen2 aku langsung tak keluar dalam blog dia…

    kita sama2 solat, sama2 puasa sama2 berzikir tapi dalam bab nur muhammad ni aku memilih pendapat yang berbeza. Aku berpegang kepada hadis sohih asal kejadian alam adalah “Qalam yang diperintahkan menulis qada’ dan qadar sampai kiamat”…

    Dalam Quran pun cerita sebelum teori big bang yang ada hanya asap dan gas sahaja… hehehe

    Aku tak mampu memikirkan apa yang wujud sebelum semua itu… serahkan pada Dia sahaja… Qulhuallahuahad…. we hear and we affirm…

    kalau nak berbincang selanjutnya ruangan tidak mencukupi…

    anyway pada aku pegangan dan kepercayaan adalah hak individu…

    may the blessing of almighty Allah be upon all of us

  8. sarip dol says:

    1. dari sudut nawaitu, ‘menghantam belagak’ bukanlah matlamat saya menulis kisah ‘fitnah’. oleh itu saya minta sdr menukar persepsi sdr terhadap saya atas penulisan saya yang bertajuk ‘fitnah’.

    2. saya menghormati pegangan sdr dan semoga sdr tergolong didalam golongan hamba Allah yang bertaqwa.

  9. eden says:

    Awaluddin makrifatullah.
    Awal agama mengenal Allah..
    Kalau yang dah kenal Allah, bila pula beragama?
    Kalau dah beragama, dari siapa ambil agama

  10. adakah nur muhammad tu makluk..?????
    mngapa dlm artikel awalludin, tuan sarip dol mnulis bhawa nur muhamad itu makhluk ciptan pertama….
    bukankah nur muhammad itu ta’yun awal…

  11. sarip dol says:

    Assalamualaikum sdr Pengemis Ilmu.. InsyaAllah saya akan cuba menjawab persoalan sdr.

    1. adakah nur muhammad tu makluk..?????

    - Kalau sdr membabitkan perkataan ‘MAKHLUK’ pada faham ruang lingkup ilmu Kalam atau bahasa seharian maka saya tidak terkejut jika sdr tidak setuju saya mengatakan bahawa Nur Muhammad itu makhluk.

    2. mngapa dlm artikel awalludin, tuan sarip dol mnulis bhawa nur muhamad itu makhluk ciptan pertama…. bukankah nur muhammad itu ta’yun awal…

    - Nur Muhammad tak ada kena-mengena dengan Ta’ayyun Awal sebab Nur Muhammad itu dah termasuk Ayan Kharijah. Ta’ayyun Awal yakni kenyataan wujud Hakikat Muhammadiyyah dalam maklum ilmu Allah adalah Kunhi Zat pada mertabat Wahdah. Minta sdr bezakan antara Hakikat Muhammadiyyah dengan Nur Muhammad.

  12. pengemis ilmu says:

    ok….
    benar kata tuan sarip dol bahawa nur muhammad itu termasuk dlm ayan kharijah..
    ttpi apa yg sy hairan mngapa tuan mngatakan bhawa nur muhammad itu tidak ada kena mngena dngan taaayun awal…
    hakikat muhammadiah sebagai urusan Allah S.W.T. dipanggil nur Allah.
    pada hakikat muhammadiah dibekalkan maklumat yg lengkap tntg makhluk yg akan Allah SWT cptakan. dalam aspek ini hakikat muhammadiah dipanggil hakikat insan atau hakikat alam. ia juga dipanggil nur muhammad. sbb itu biasa dkatakan skalian makhluk dcptakan drpd nur muhammad. ia mmbawa maksud sgla kjadian dcptakan mnurut apa yg ada pd ktntuan Allah SWT pd suasana hakikat yg dpggil nur muhammad atau hakikat insan. wajah atau aspek hakikat muhammadiah yg mghala kpd Allah SWT yg mnjadi hijab ketuhanan dinamakan nur Allah. wajah atau aspek hakikat muhammadiah yg mghala kpd pnciptaan makhluk, termasuk penciptan nabi Muhammad SAW dinamakan nur muhammad. pd hakikat muhammadiah juga dibekalkan maklumat yg lengkap tntg pengabdian kpd tuhan. dalam aspek atau wajah ini hakikat muhammadiah dikenali sbg insan kamil..

  13. pengemis ilmu says:

    salam…
    kalau2 tuan pernah terjmpa kitab mutiara tersusun atau al-dur al-manzum tolong mklumkan kpd sy krna sdh bertahun2 sy mncari sbuah ktab ini iaitu kitab tasawuf…

  14. sarip dol says:

    sdr Pengemis ilmu…

    1. Kalau sdr nak bicara tentang isu ta’ayyun maka Nur Muhammad itu bukan ta’ayyun awal sebaliknya ta’ayyun awal itu ialah Hakikat Muhammadiyyah yang dalam keadaan ghaibul guyyub.

    2. Kalau sdr nak bicara tentang isu ‘kena-mengena’ maka Nur Muhammad itu adalah kenyataan Hakikat Muhammadiyyah pada ‘ayan kharijah namun masih bersifat ghaib.

    3. kalau sdr nak bicara tentang isu ‘hakikat insan’ maka alam insan itu adalah kenyataan Hakikat Muhammadiyyah pada ‘ayan kharijah yang sudah bersifat nyata.

    itu saja ceritanya..

    wasalam.

  15. pengemis ilmu says:

    salam sdr..
    1. Kalau sdr nak bicara tentang isu ta’ayyun maka Nur Muhammad itu bukan ta’ayyun awal sebaliknya ta’ayyun awal itu ialah Hakikat Muhammadiyyah yang dalam keadaan ghaibul guyyub.

    -knp tuan mnafikan bhawa nur muhammad itu bkn taa’yun awal sbliknya mngatakan bhawa taa’yun awal ialah hakikat muhammadiah yg dlm keadaan ghaibul guyyub.
    jikalau hakikat muhammadiah yg dlm keadaan ghaibul guyyub tdak la dkatakan taa’yun awal dah krana ghaibul guyyub itu x kan nyata slama2 nya…ini mmbicarakan soal ssuatu yg dah nyata bkan yg msh dlm keadaan ghaibul guyyub.
    nur muhammad itu blh dilihat dngan mata basyiriah..sbb itu dikatakan taa’yun awal krn dah nyata…

    2. Kalau sdr nak bicara tentang isu ‘kena-mengena’ maka Nur Muhammad itu adalah kenyataan Hakikat Muhammadiyyah pada ‘ayan kharijah namun masih bersifat ghaib.

    -mmg la pd saat ini msh bersifat ghaib krn tdk dinyatakan lg..bila dah nyata dinamakan taa’yun awal laaa…

    disini sy ingin mminta kpd tuan untuk mnerangkan kpd sy :
    1-apa itu taa’yun awal
    2-apa itu a’yan kharijah
    3-apa itu nur muhammad
    4-apa itu hakikat muhammadiah
    5-apa itu hakikat insan
    6-apa itu insan kamil
    7-apa itu hakikat abdul rab
    8-apa itu hakikat abdullah…

  16. sarip dol says:

    sdr pengemis ilmu..

    1. Nur Muhammad bukan ta’ayyun awal sebab dia makhluk. Tapi kalau sdr nak kata Nur Muhammad tu ta’ayyun awal maka ikut suka sdrlah. mmm.. seperkara lagi, mana buleh nampak Nur Muhammad tu dengan mata basyirah pun.. tu semua mengarut saja.

    2. Ikut suka sdrlah nak kata apa. 8 soalan tu tanyakan saja pada guru sdr tapi jangan tanya pada buku pulak sebab buku takdak ma’rifah dan dia tak buleh nak syuhud. Lepas tu, bandingankan jawapan yang guru sdr bagi tu dengan 10 guru Tasawuf yang lain pula. Kalau jawapannya tetap menyebelahi sdr maka yang salah dah tentulah saya.

    wasalam.

  17. pengemis ilmu says:

    ok tuan sarip dol…
    di sini bkannya sy nak lhat spa yg bnar dan spa yg salah…
    sy cuma nak perbetulkan keadaan…
    mmg la dr segi percakapan orang yg tdk smpai lg mngatakan bhawa nur muhammad itu makhluk….
    tp sbnarnya nur muhammad ini rahsia allah iaitu sifatnya dan allah mnyatakan kpd kita..
    mnta tuan rujuk smula kpd guru tuan yg mursyid lg mngalami…
    dan nur muhammad ini bleh dilihat dngan mata bashirah pd alam lahut…
    kalau tuan tdak percaya jg smoga allah mmbuka sgala hijab yg ada pd sdr..bkan senang untuk mnmbusi sgla hijab2 ini…
    perbanyakkan zikir khusus dan berdoa kpd tuhan kamu….

    itu saja..

    wsalammmm

  18. sarip dol says:

    sdr pengemis ilmu..

    1. mmg la dr segi percakapan orang yg tdk smpai lg mngatakan bhawa nur muhammad itu makhluk

    PERSOALAN
    lawan ‘makhluk’ ialah ‘khalik’(Tuhan). jadi, adakah sdr mengiktiqadkan bahawa Nur Muhammad itu ‘khalik’ jika terang-terang sdr menafikan Nur Muhammad itu ‘makhluk’?

    adakah dengan mengiktikadkan bahawa Nur Muhammad itu ‘khalik’ baru seseorang itu dikatakan ‘sudah sampai? sampai ke mana tu sdr?

    2. mnta tuan rujuk smula kpd guru tuan yg mursyid lg mngalami…

    JAWAPAN
    kesemua 3 guru saya yang bertaraf Mursyid mengatakan Nur Muhammad itu makhluk. sdr boleh jadikan kitab Siyarus Salikin sebagai rujukan dan ianya kitab yang bertaraf muktabar.

    3. dan nur muhammad ini bleh dilihat dngan mata bashirah pd alam lahut…
    kalau tuan tdak percaya jg smoga allah mmbuka sgala hijab yg ada pd sdr..bkan senang untuk mnmbusi sgla hijab2 ini…

    PERSOALAN
    bagaimana rupa Nur Muhammad itu sdr? macam rupa burung merak ke? dan alam lahut tu macam mana pula rupa suasananya? saya yakin sdr sudah mertabat ‘sampai’ jadi saya kira sdr boleh jawab persoalan saya dengan mudah.

    macam saya ni lainlah, saya ini masih belum sampai lagi dan beramal pun masih merangkak-rangkak.

  19. pengemis ilmu says:

    ok….
    sy ni pon mcm sdr…
    msh bertaraf juhalah….
    mcm saudara x apalah sdh beramal…
    dah kra mubtadi dah ny…
    sy tdk bleh mmbuka sgla sir2 ini semua…
    ilmu ada yg sir dan ada pula yg blh diberitahu..
    x mngapa lah….
    cuma sy nak tahu bberapa soalan saja drpd tuan iaitu:
    apa yg tuan faham tntang nur muhammad??
    dan apakah ciri2 mursyid dr sg batiniah bkan zahiriah…
    tol0ng jwb sgala pers0alan ini kerna sy msh hamba yg jahil….
    wsalammm

  20. pengemis ilmu says:

    satu lg apa yg tuan faham tntang awaluddin maarifatullah….
    yaani knal Allah bkan Allah taa’la ataupun Allah A’za wajalla..

  21. sarip dol says:

    sdr pengemis ilmu..

    1. apa yg tuan faham tntang nur muhammad??

    RESPON
    Nur Muhammad tu dalam bicara ilmu Mertabat 7 ialah ‘ayan kharijah yakni makhluk dan bicaranya pada mertabat Alam Arwah. Setahu saya inilah kefahaman ulama Tasawuf yang muktabar. sila rujuk kitab muktabar – Siyarus Salikin.

    2. dan apakah ciri2 mursyid dr sg batiniah bkan zahiriah…

    RESPON
    firman Allah: “ala inna awliayallahi laa khawfun ‘alaihim wa laa hum yahzanun. allazina amanu wa kanu yattakun”

    ok, menurut firman Allah kat atas tu bahawa Wali Allah itu batiniyahnya tenang (aman) dan ketenangan hati yang didapati mereka adalah atas IMAN dan TAQWA. bersesuaian dengan batiniyah yang TAQWA maka secara zahiriyahnya mereka memakai pula pakaian TAQWA. firman Allah, “walibaasuttaqwa zalikal khoir”.

    jadi, ciri-ciri Mursyid itu sepatutnya seperti yang diterangkan Allah antaranya pada ayat 3 dan 4 dari surah al Baqarah.

    Kesimpulannya, hal keadaan zahiriyah menggambarkan hal keadaan batiniyah. jadi kalau seseorang itu tak mendirikan syariat macam tak solat dan masih melakukan maksiat macam main judi atau main nombor ekor dengan berdalilkan itu semua ‘af’al Allah’ maka dia belum taraf Mursyid tapi zindiq.

    3. satu lg apa yg tuan faham tntang awaluddin maarifatullah….
    yaani knal Allah bkan Allah taa’la ataupun Allah A’za wajalla..

    RESPON
    Awal agama mengenal Allah? sdr.. tak kiralah samada Allah Ta’ala ke atau Allah Azza wa Jalla ke maka itulah Dia Allah yakni zat Tuhan kita yang wajib kita kenal. kalau ikut ilmu Mertabat 7 maka wajib kita mengenal Allah pada sudut ketunggalanNya yang diistilahkan sebagai Ahadiyah, wahdah dan wahidiyah. itu saja.

  22. pengemis ilmu says:

    tima kceh atas ituu semua…
    ok
    1. apa yg tuan faham tntang nur muhammad??

    Nur Muhammad tu dalam bicara ilmu Mertabat 7 ialah ‘ayan kharijah yakni makhluk dan bicaranya pada mertabat Alam Arwah. Setahu saya inilah kefahaman ulama Tasawuf yang muktabar. sila rujuk kitab muktabar – Siyarus Salikin.

    nampaknya tuan belum lg mengerti erti nur muhammad yg sebenar…tuan jngan berpegang pd sebuah kitab shj atau terhenti pd satu kitab shj…
    cuba tuan cari lg guru2 yg mursyid yg mngajar kitab2 yg muktabar lg cntohnya ana al-haq dan sairul asrar…

    2. dan apakah ciri2 mursyid dr sg batiniah bkan zahiriah…

    RESPON
    firman Allah: “ala inna awliayallahi laa khawfun ‘alaihim wa laa hum yahzanun. allazina amanu wa kanu yattakun”

    ok, menurut firman Allah kat atas tu bahawa Wali Allah itu batiniyahnya tenang (aman) dan ketenangan hati yang didapati mereka adalah atas IMAN dan TAQWA. bersesuaian dengan batiniyah yang TAQWA maka secara zahiri..yahnya mereka memakai pula pakaian TAQWA. firman Allah, “walibaasuttaqwa zalikal khoir”.

    dr sg yg ini sy pon tahu sdr…kalau tuan nak tahu apa itu erti mursyid dan ciri2nya silalah tuan rujuk kitab sairul asrar..mursyid mestilah mnguasai keempat2 ilmu iaitu ilmu syariat,tarikat,hakikat dan makrifah..
    tanyalah pd guru sdr soalan ini..:

    1-apa itu golongan sedikit yg belajar ilmu sedikit.?
    2-ketika takbiratul ihram dalam shalat tuhan ada dimana.?

    sblum tuan tnya soalan ini pd guru yg mursyid tuan tnya pd diri tuan dahulu samada blh jawab atau tdk..
    kalau rasa2 tdk blh jwb 2 cari la guru yg mursyid..kalau guru itu x blh jawab jga bkan mursyid la tu..mursyid la jga tp tidak la mcm yg dikatakan dalam sairul asrar 2..kalau dh ada jwpn 2 bg tahu la sy kerna sy ny pon msh belajar lg..

    psl ilmu martabat 7 tu tuan bljar kt mne..?blajar kt kitab ke kt guru..?

    kalau btol2 belajar kt guru msti tuan tahu jawapan soalan2 td 2..

    3. satu lg apa yg tuan faham tntang awaluddin maarifatullah….
    yaani knal Allah bkan Allah taa’la ataupun Allah A’za wajalla..

    RESPON
    Awal agama mengenal Allah? sdr.. tak kiralah samada Allah Ta’ala ke atau Allah Azza wa Jalla ke maka itulah Dia Allah yakni zat Tuhan kita yang wajib kita kenal. kalau ikut ilmu Mertabat 7 maka wajib kita mengenal Allah pada sudut ketunggalanNya yang diistilahkan sebagai Ahadiyah, wahdah dan wahidiyah. itu saja.

    ok dalam bicara ilmu martabat 7 tu dikatakn wajib kita mengenal Allah..betul la 2..tp td tuan ckp x kira knl Allah ke Allah taa’la ke..betul x..?
    tuan kena faham la erti Allah 2 apa..Allah taa’la atau Allah Azza wajala 2 apa..??
    tuan nk tahu mengenal dengan kenal ni berbeza..fikir2kn lah..
    satu lg psl ahdah,wahdah dan wahdiah 2 tuan tahu ke apa..??
    bg tahu huraiannya..atau tuan saja2 ja ambil dalam kitab ja..

    psl nur muhammad 2 tuan kAta makhluk kan…setiap makhluk adalah baharu dan setiap benda yg baharu pasti akan binasa..x kn nur muhammad 2 akan binasa..???
    carilah nur muhammad yg sebenar…!!!

    itu sahaja…

    wsalam..

  23. senggarang says:

    maaf, lebih sdikit ilmu saya ini.. sekadar ingin bertanya, apakah niat saudara pengemis ilmu yang bertanyakan tetapi menjawab semua persoalan yg ditimbulkan..

  24. LIPAN says:

    salam sdr pengemis ilmu..

    saya ingin bertanya adakah kefahaman sdr ttg NUR MUHAMMAD itu telah di sahkan oleh ulamak muktabar atau sangka2 tuan saje???
    Dan setahu saya salah satu peraturan SALIK utk pelajari ilmu tasawuf ialah TUNDUK AKAL PD WAHYU!!!Bukankah sdr sarip dol telah lampirkan firman allah ttg mursyid dr surah al baqarah ayat3&4?

  25. sarip dol says:

    sdr pengemis ilmu…

    1. nampaknya tuan belum lg mengerti erti nur muhammad yg sebenar…tuan jngan berpegang pd sebuah kitab shj atau terhenti pd satu kitab shj…
    cuba tuan cari lg guru2 yg mursyid yg mngajar kitab2 yg muktabar lg cntohnya ana al-haq dan sairul asrar…

    RESPON
    nampaknya sdr dah salah faham.. kitab Siyarus Salikin yang saya katakan itu adalah kitab muktabar untuk rujukkan sdr supaya sdr dapat lihat sendiri bahawa ulama kata Nur Muhammad itu makhluk. bukannya sebagai dalil yang saya hanya merujuk pada satu kitab sahaja. oh ya.. kitab-kitab yang sdr sebut tu adalah sebahagian kecil dari kitab-kitab yang ada dalam almari rumah saya. tapi saya tidaklah belajar dengan kitab-kitab tu, cuma jadikan sebagai rujukkan saja.

    cuma yang saya hairan, dalam kitab Ana’l-Haqq (shayk Ibrahim Gazur-i-Ilahi)pun kata Nur Muhammad itu makhluk tapi sdr terang-terang menafikan.. pelik juga sdr ini?

    2.mursyid mestilah mnguasai keempat2 ilmu iaitu ilmu syariat,tarikat,hakikat dan makrifah..

    RESPON
    ta’rif sdr tentang Mursyid tidak selari dengan kehendak Al Quran dan Sunnah yang menggambarkan seseorang PEMBIMBING itu wajib seorang yang berTAQWA kepada Allah. hanya sekadar menguasai ILMU (ini ta’rif sdr) dan pandai bercakap soal keTuhanan, seseorang itu belum layak digelar Mursyid. Mursyid itu mestilah orang yang berTaqwa.. kalau sekadar mengusai keempat-empat ILMU itu tapi tak solat atau berkelakuan fasiq maka itu ZINDIQ namanya.

    3. 1-apa itu golongan sedikit yg belajar ilmu sedikit.?
    2-ketika takbiratul ihram dalam shalat tuhan ada dimana.?
    sblum tuan tnya soalan ini pd guru yg mursyid tuan tnya pd diri tuan dahulu samada blh jawab atau tdk..
    kalau rasa2 tdk blh jwb 2 cari la guru yg mursyid..kalau guru itu x blh jawab jga bkan mursyid la tu..mursyid la jga tp tidak la mcm yg dikatakan dalam sairul asrar 2..kalau dh ada jwpn 2 bg tahu la sy kerna sy ny pon msh belajar lg..

    RESPON
    ok.. saya tak dapat jawab soalan sdr ni. jadi minta sdrlah yang bagi jawapannya dan yang paling penting bawakan sekali dalil Al Quran dan Hadisnya. sdr tak boleh mengelak dari menjawab isu ini sebab jawapannya nanti boleh menjadi kayu pengukur samada seseorang itu Mursyid atau tidak. info ini amat berguna untuk saya atau orang-orang diluar sana untuk mencari guru Mursyid atau menilai kembali kemursyidan guru mereka.

    4. tuan kena faham la erti Allah 2 apa..Allah taa’la atau Allah Azza wajala 2 apa..??
    tuan nk tahu mengenal dengan kenal ni berbeza..fikir2kn lah..

    RESPON
    ermm.. saya bab ni pun masih tak tahu jugak sdr. jadi minta sdr huraikan apa erti Allah tu? Allah Ta’ala tu apa? Allah Azza wa jalla tu apa? dan jangan lupa sertakan dalil Al Quran dan hadisnya sekali.

    5.psl nur muhammad 2 tuan kAta makhluk kan…setiap makhluk adalah baharu dan setiap benda yg baharu pasti akan binasa..x kn nur muhammad 2 akan binasa..???
    carilah nur muhammad yg sebenar…!!!

    RESPON
    jadi dah terang-teranglah sdr mengiktiqadkan Nur Muhammad bukan makhluk dan tak akan binasa. Pada seluruh iktiqad ulama Ahlussunah maka sifat-sifat itu bersesuaian denga sifat khalik (Tuhan) maka adakah Nur Muhammad itu Tuhan?

  26. pengemis ilmu says:

    nampaknya sdr dah salah faham.. kitab Siyarus Salikin yang saya katakan itu adalah kitab muktabar untuk rujukkan sdr supaya sdr dapat lihat sendiri bahawa ulama kata Nur Muhammad itu makhluk. bukannya sebagai dalil yang saya hanya merujuk pada satu kitab sahaja. oh ya.. kitab-kitab yang sdr sebut tu adalah sebahagian kecil dari kitab-kitab yang ada dalam almari rumah saya. tapi saya tidaklah belajar dengan kitab-kitab tu, cuma jadikan sebagai rujukkan saja.

    cuma yang saya hairan, dalam kitab Ana’l-Haqq (shayk Ibrahim Gazur-i-Ilahi)pun kata Nur Muhammad itu makhluk tapi sdr terang-terang menafikan.. pelik juga sdr ini?

    salam tuan sarip dol yg moga2 dikasihi Allah..
    ok tuan..cuba tuan teliti sekali lg apa yg dibicarakan di dalam kitab ana al-haq itu..carilah guru untuk belajar segala sir2 ini..mgkin tuan akn dapat sgla persoalannya..jngan tuan hanya skadar baca..

    RESPON
    ta’rif sdr tentang Mursyid tidak selari dengan kehendak Al Quran dan Sunnah yang menggambarkan seseorang PEMBIMBING itu wajib seorang yang berTAQWA kepada Allah. hanya sekadar menguasai ILMU (ini ta’rif sdr) dan pandai bercakap soal keTuhanan, seseorang itu belum layak digelar Mursyid. Mursyid itu mestilah orang yang berTaqwa.. kalau sekadar mengusai keempat-empat ILMU itu tapi tak solat atau berkelakuan fasiq maka itu ZINDIQ namanya.

    ok tuan..betul la ap yg sy katakan 2..cuba tuan himpunkan sgla nas2 yang sahih yg terdapat di dalam Al-quran dan hadis…seperti yg dilakukan oleh syaikhuna Abdul Kadir Al-jailani itu di dlm Kitabnya Sairul Asrar…mesti tuan akan mndapat taa’rif yg ringkas dan ssh untuk difahami seperti ini…x kn tuan nk mnafikan apa yg dikatakan oleh syeikh itu…
    ok tadi tuan kata kalau sekadar mengusai keempat-empat ILMU itu tapi tak solat atau berkelakuan fasiq maka itu ZINDIQ namanya..
    -ok kalau dah kuasai keempat ilmu itu mestilah sseorang itu beramal dngan ilmunya kan…xkan belajar ilmu syariat tp x beramal kot..mcm tuan belajar bab solat tp x kan solat kot…2 la sy dah kata taa’rif yg diberikan oleh syeikh itu dalam kitab sairul asrar hnya ringkas tp ssh tok difahami…cuba la tuan rujuk kitab ini…sesiapa yg mninggalkan syariat fasik..dan ssiapa yg mngglkan hakikat pula munafik…fikir2kn lah..jngan cepat mmbuat andaian..

    ok psl soalan 2 sy x bleh bg jwpnnya kpd tuan..kalau sy bg jwpan nya berserta nur muhammad itu mesti tuan kira sy ni sesat kan….sy tdk boleh mmbuka sglanya scra umum..kerna dr dulu lg ilmu ini mesti dibangkang oleh org awam..mcm dalam artikel permata yg tuan tulis itu…

    kalau tuan ingin mengetahui jg sgla persoalan ini sy blh bwa tuan berjumpa dngan sseorang mursyid ini..tuan blh mnanyakan skli tentang Allah dan Allah Taa’la itu..

    tuan x fikir ka dalam Al-quran pon kadang2 kata tuhan mereka,Allah taa’la,aku,kami…
    x cari ka maksud dan dtujukan kpd sapa..

    sy mnulis segala komen ini bkn lah bermaksud tok mmperlekehkan ilmu sapa2…
    kita ni sama2 manusia yg masih berkeadaan juhalah..sy hanya ingin mnguji tuan samada tuan tahu atau tdk ilmu ini..kerna setiap kali sy mmbaca artikel yg tuan tulis mesti air mata sy mngalir…

    k lah itu sahaja…
    wsalam..

  27. pengemis ilmu says:

    saya ingin bertanya adakah kefahaman sdr ttg NUR MUHAMMAD itu telah di sahkan oleh ulamak muktabar atau sangka2 tuan saje???
    Dan setahu saya salah satu peraturan SALIK utk pelajari ilmu tasawuf ialah TUNDUK AKAL PD WAHYU!!!Bukankah sdr sarip dol telah lampirkan firman allah ttg mursyid dr surah al baqarah ayat3&4?

    RESPON

    sdr LIPAN…

    ok tuan jngan la mmbuat andaian yg bkan2..bkankah ilmu Allah Taa’la 2 luas tiada terhadnya..????mungkin apa yg sdr tahu sy tdk tahu..atau sebaliknya…saya x blh la nak ceritakan nur muhammad tu scra terperinci…nanti org kata sy ni sesat pula…apa yg saya blh sampaikan nur muhammad tu bkn makhluk…x kan dlm Kitab nak tulis selain makhluk kot..mesti musallih menggunakan kata2 kiasan..kena faham la kata2 kiasan 2..mcm dalam kitab karangan syeikh hallaj..semuanya kiasan…kalau nak tahu carilah guru yg mursyid kamil..kalau x jmpa jga sy blh bawa berjmpa dngan sseorang mursyid ni…mungkin tuan blh tahu segala persoalan yg tersirat ini…

    psl mursyid 2…
    mmg la seorang Mursyid 2 org yg bertaqwa…tuan tahu ke erti taqwa 2 apa..???kalau nak tahu sy blh sampaikan…

    org yg bertaqwa ni mestilah makrifah atau kenal akan Allah dengan sebenar2 kenal..tahu kah tuan tanda org yg kenal Allah..???
    dan nak kenal Allah mestilah kenal diri lahut..tahu x lahut 2 apa…??Nabi pon sabda kenal diri kenal la tuhannya..kena tahu la diri 2 yg mana…x kan yg zahir 2 kot..lebih senang yg bangkai x bernyawa 2 la..
    bila smpai dan kenal diri lahut ni baru lah digelar mursyid(BERTAQWA)..org yg bertaqwa pula mesti menguasai keempat2 ilmu ini..yakni ilmu Syariat,tarikat,hakikat dan makrifah..
    kebanyakan org menguasai setakat tarikat saja..dan kebanyakan tarikat pula berhenti pd jabarut shj..pastu cari karamah2 pd daerah jabarut itu..nakkan kemahsyuran katakan…
    dan satu lagi bila kita tngok org ni pakai jubah la..mesti anggap org ni dah makrifah(MURSYID)..kalau tngok org pakai pelik2 cakap kat dia gila plak…yakni sangka buruk…x selidik dulu macam mna kan…dalam Al-qur’an pon soh siasat dahulu..

    satu lg da org yg belajar hakikat saja..pastu belagak pulak…tinggal solat la..puasa la…semua dah tumbang…
    tu la kena cari guru yg benar2 Mursyid kamil…kalau nak nak tahu guru 2 mursyid ka x tnya la guru itu soalan yg sy tulis pd komen tuan sarip dol 2..soalan ni sy petik dr kitab muktabar Tasawuf Al-haq..kalau benar2 nak cari ilmu la…sementara masih bernyawa ni..kalau dah x bernyawa 2 x bleh dah la nak cari ilmu..bnyak lah bertanya selagi mana x jumpa jawapan 2..

    itu sja..kalau tuan nak dalilnya buka la Al-quran dan hadis2 yg sahih(qudsi)..kt umah tuan da x Al-quran…kalau da buka la..semua nya ada..x kan sy nak tulis satu satu kot kat ruangan ni…

    k wsalam..

  28. Fusus Hikam says:

    Assalamu’alaikum, Rabbizidni ‘ilma

    Sdr Pengemis Ilmu menulis…

    satu lg apa yg tuan faham tntang awaluddin maarifatullah….
    yaani knal Allah bkan Allah taa’la ataupun Allah A’za wajalla..

    Di bahagian yang lain sdr menulis…

    tuan x fikir ka dalam Al-quran pon kadang2 kata tuhan mereka,Allah taa’la,aku,kami…
    x cari ka maksud dan dtujukan kpd sapa..

    RESPON

    Dalam al-Quran terdapat 36 pernyataan Tawhid (la ila ha illa Allah). Sdr boleh temuinya dan mengumpulnya jika merujuk kepada al-Quran. Dan setiap pernyataan tawhid ini merujuk kepada bentuk-bentuk tawhid yang tertentu. Contohnya ‘tawhid al-Haq’ yang berhubungan dengan ‘Huwiyya’ (23:116), ‘Tawhid asbab’ yang berhubungan dengan ‘Huwiyya’ (35:3), ‘Tawhid tazkir’ yang berhubungan dengan ‘Allah’ (47:19), dan seterusnya hingga 36 pernyataan, sdr boleh mulai dengan pernyataan pertama dalam (2:163)

    Sdr carilah 36 pernyataan tersebut. Huraian mengenai 36 tawhid tersebut dapat sdr temui dlm al-Futuhat Ibn ‘Arabi.

  29. mamat says:

    assalamualaikum…

    ‘kalau x jmpa jga sy blh bawa berjmpa dngan sseorang mursyid ni…mungkin tuan blh tahu segala persoalan yg tersirat ini…’

    blh sdr pngemis ilmu bawa saya b’jmpe mursyid yg d’mksd kn…
    sekian…
    :)

  30. pengemis ilmu says:

    salam…
    sdr mamat…
    sy blh bawa tuan berjmpa dngan sseorang ini..brtahu alamt tuan…

  31. mamat says:

    kg melayu bt16,rawang, selangor…
    anda berada d’mne pengemis ilmu??

  32. pengemis ilmu says:

    salam sdr mamat…
    sy brda di sekitar kedah…
    nmpaknya tempat sdr agak jauh dr tempat sy…

  33. mamat says:

    kdh kt mne??

  34. edie says:

    Kenalah dirimu maka kamu akan mengenal Tuhanmu,.
    Sebenar2nya diri adalah IDUP. Inilah sirr dari segala sirr. Dan jika sdh tahu maka diharamkan atasnya api neraka.

  35. sarip dol says:

    ermm.. boleh sertakan dalil al quran dan hadis sekali tak? sebab kalau ikut versi sdr, org yang tak mendirikan syariat pun dijamin syurga.

  36. aucur says:

    Nur Muhammad….
    Makhluk….didunia…
    Bukan makhluk….
    Di bukan dunia…
    Transform
    Eh yo ko?
    Tanya pengemis ilmulah..

  37. Kurakura says:

    Saudara pengemis ilmu,
    “itu sja..kalau tuan nak dalilnya buka la Al-quran dan hadis2 yg sahih(qudsi)..kt umah tuan da x Al-quran…kalau da buka la..semua nya ada..x kan sy nak tulis satu satu kot kat ruangan ni…”

    Merujuk kenyataan saudara seperti di atas, saya berpendapat bahawa adalah wajar bagi saudara sarip dol meminta dalil al quran dan hadith dari saudara agar kenyataan saudara menjadi kukuh dan dapat dipegang oleh beliau. Ini kerana adalah penting bagi umat islam berpegang teguh dengan al quran dan sunnah dalam setiap perkara. Allah berfirman:
    Wahai orang orang beriman! Taatlah kamu kepada allah dan taatlah kamu kepada rasul dan ulil amri di kalangan kamu. Dan jija berselisih pendapat di kalangan kamu, maka kembalilah kepada allah(al quran) dan kepada rasulnya(hadith) jika kamu beriman kepada allah dan hari akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu dan sebaik baik keputusan.(an nisa:48)

    Dan rasulullah bersabda:
    “telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekali kali kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepadanya iaitu kitabullah dan sunnah rasul.”(riwayat al hakim dari ibnu abbas)

    Justeru..
    sekali lagi saya berpendapat bahawa saudara sarip dol wajar meminta setiap hujah saudara bersandarkan kepada al quran dan sunnah manakala bagi pihak saudara pengemis ilmu pula selaku pihak yang mengutarakan kenyataan saudara itu, saya berpendapat adalah baik jika saudara sertakan sekali dalil dalil dari al quran dan sunnah bagi menyokong kebenaran kenyataan itu. Bahkan itulah yang terbaik jika niat tuan untuk menegakkan kebenaran kepada orang orang yang tidak tahu. Saudara sebagai pemberitahulah yang lebih utama mengiringkan dalil tersebut untuk menyampaikan kenyataan saudara berbanding orang yang tak tahu.

    Biarlah kata seluas samudera, biarlah ilmu setinggi langit, biarlah hujah seluas semesta raya..namun jika tidak dikemukakan bukti(dalil)..sukar para penyampai untuk menegakkan kebenaran..ianya tidak cukup dengan sekadar mengatakan:

    “kalau tuan nak dalilnya buka la Al-quran dan hadis2 yg sahih(qudsi)..kt umah tuan da x Al-quran…kalau da buka la..semua nya ada..x kan sy nak tulis satu satu kot kat ruangan ni…”

    Demikianlah pendapat dari saya yang jahil ini..sekadar menghimpun kebenaran berdasar al quran dan sunnah.semoga saudara pengemis ilmu dapat meneruskan lagi hujah saudara bagi mencari kebenaran berserta dalil AL QURAN dan HADITH..kerana itulah sebaik baik keputusan..

  38. Kurakura says:

    Mengapa nur muhammad di panggil makhluk?

    Firman allah: maka apakah yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan?maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?(an nahlu:17)

    Dari pengetahuan saya yang tak seberapa ni, nurmuhammad sesuatu yang mula2 di jadikan.(a’yan kharijah) pada alam arwah iaitu martabat ke empat daripada martabat tujuh..Sementara ta’yyun awwal adalah satu perkara lagi pada martabat kedua..
    jika ada yang mahu mengatakan kepada saya samada saya membacanya dari mana2 kitab atau saya mendalami ilmu tersebut dari guru mursyid? Maka saya jawab biar lah rahsia

    Justeru nur muhammad adalah yang dijadikan, maka sebab itu ia di panggil makhluk.. begitulah seterusnya pada martabat martabat selepas itu..sehinggalah kepada insan.

    Kemudian insan kamil pula pada faham saya yang tak pandai mana pun ni ialah apabila lengkapnya ke tujuh tujuh martabat itu dan bukan terhenti pada martabat kedua sahaja..(haqiqatul muhammadiah) kerana belum ada insan lagi ketika itu.

    Maaf kepada sesiapa yang lebih pandai kerana kenyataan saya ini.mungkin kenyataan saya ni hanyalah kenyataan seorang yang belum sampai kepada allah lagi..hanya bersandarkan dalil dari al quran sahaja sebagai bukti sahaja.wallahu a’lam..

  39. aucur says:

    Dah betul la tu kura2 aku sokong

  40. turunnaik says:

    Maha Suci Allah,
    ingat sajalah pada akhir waktu nanti,pada saat tiada dalil-dalil,ayat-ayat atau sunnah-sunnah yg dapat membantu,waktu itulah baru kita tahu yang sebenarnya..jadi janganlah kita lari pada hakikat sebenar,kerana kita ini berada dalam jalan yang di redhoi,semua perjalanan itu sama,yang dituju itu sama,kembali pada Allah jua.

  41. kurakura says:

    Assalamualaikum saudara naikturun yang saya kasihi,
    Minta maaf saya ingin bertanya dua soalan di sini:

    1) apa maksud saudara “ingat sajalah pada akhir waktu nanti pada saat tiada dalil dalil, ayat ayat atau sunnah sunnah yang dapat membantu, waktu itulah kita tahu yang sebenarnya”. Boleh huraikan lagi tak?

    2) bilakah akhir waktu akan tiada ayat ayat atau sunnah dapat membantu itu? Mohon penjelasan.

    Terima kasih.

  42. redzha says:

    Dah dapat ke belum kesimpulannya.. atau masih berdebat kat mana nak kenal Allah…
    Awal Muhammad akhir Muhammad….
    Awal Muhammad tiada permulaannya. akhir muhammad tiada penamat.
    Dah terang Muhammad menzahirkan dirinya sebagai nabi Muhammad. Masih nak kias-kias lagi ke?
    Kenallah nabi muhammad untuk mengenal Muhammad.Nabi Muhammad bersabda, “Akulah khazanah tersembunyi, aku jadikan manusia untuk mengenal akan daku” Masih bingung ke nak cari Muhammad.
    Allah taala berfirman ” Barangsiapa kasih akan daku maka ikutlah Muhammad”
    Masih kelabu ke lagi?
    Allah berfirman “Aku bersembunyi ditempat terang”
    Allah bersembunyi di sebalik Muhammad. Nak cari kat mana lagi Allah.
    Barangsiapa taat kepada Nabi sesungguhnya ia taat kepada Allah”.
    Apakah masih keliru sudah terang lagi bersuluh.

  43. satu says:

    Islam itu sejahtera, apa yg diberi adalah rasa. Tidak guna bertengkar sehingga timbul rasa tidak sejahtera, pencarian yang dicari dan ditengkari adalah pencarian yang sama. Tidak perlu untuk menimbulkan rasa ‘Ilmu Aku yang lebih’. Jika sudah bersatu pasti binasa satu persatu. Alam ini juga boleh dijadikan contoh, seperti oksigen dan hidrogen jika bersatu menjadi air. Segala2nya boleh disatukan dan boleh dipisahkan. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, ketahuilah ayat2 Allah itu benar. Pikirkanlah adakah Allah tidak boleh merubah sesuatu. ‘kun faya kun’.

    Suatu ketika dulu sewaktu dinegara asing, aku dan kawanku zizi duduk minum bersama kawan yg bukan baragama Islam bernama lex. Lex tidak ada agama, dia bertanya kpd zizi kenapa org islam x mkn ayam. Zizi menerangkan segalanya mengenai syariat iaitu halal dan haram. Dri air muka Lex dan rasa yg diberi, Aku tahu Lex anggap Islam ni leceh byk sgt pantang. Aku tnya lex, jika kamu tdk beragama mknanya kamu tdk percaya adanya tuhan. Jwpn yg timbul dr mulut lex amat memeranjatkn Aku.

    I’m believe there is a God, God that always with us. How can we see, how can we hear, how can we talk if God don’t exist. I’m only not believe in religion, coz every religion say their right about their God.

    Apa yg ingin aku sampaikn cuma, cubalah renung apa yg lex ckp, sebab apa yg dia rasa bukan selain dari si pemberi rasa.

    Rasalah sehingga kita binasa.

  44. Kurakura says:

    Saudara redzha,
    (Allah berfirman “Aku bersembunyi ditempat terang”)

    Rujuk firman allah dari petikan saudara di atas, Jika saudara tak keberatan, sudikah saudara memberitahu di sini firman allah itu dari hadith ke atau al quran? Jika hadith, bolehkah saudara beritahukan bersumber dari siapa perawinya? Jika al quran pula, bolehkah saudara beritahu surah dan ayatnya? Tujuan saya hanyalah untuk membuat rujukan sahaja. Terima kasih.

  45. Kurakura says:

    Saudara satu,

    (I’m believe there is a God, God that always with us. How can we see, how can we hear, how can we talk if God don’t exist. I’m only not believe in religion, coz every religion say their right about their God.Apa yg ingin aku sampaikn cuma, cubalah renung apa yg lex ckp, sebab apa yg dia rasa bukan selain dari si pemberi rasa.)

    Rujuk cakap lex dari petikan saudara, saya dah renung cakap lex tu dan inilah hasilnya:

    Lex percaya tuhan tapi tak masuk ke dalam agama Islam yang allah redha sebagai agama dan di bawa oleh nabi muhammad. Akibatnya tiada sejahtera.

    (Tentang apa yang dia rasa tu bukan selain dari si pemberi rasa) adalah benar… Sebagaimana benar juga (apa yang syaitan rasa adalah bukan selain dari si pemberi rasa.) maka kita fikir fikirkanlah yang mana petunjuk dan yang mana menyesatkan. Wallahu a’lam..

    *Saya tak pandai. Allah yang maha berilmu. Saya tak layak bertengkar apatah lagi membanding bandingkan ilmu dengan sesiapa pun. Mohon maaf kepada sesiapa jua pembaca pembaca blog ini sekiranya kata kata saya selama ini disalah ertikan.

  46. satu says:

    Salam kura-kura,
    Terima kasih. Smoga dgn bantuan saudara sejahtera idup Umat Islam sekaliannya

  47. Kurakura says:

    Terima kasih kembali saudara satu..:-)

  48. Anonymous says:

    jika kamu berselisih kembalilah kepada AlQuran dan hadis… semua jawapan yang benar ada di dalam alQuran…

    masalahnya orang hakikat ni bukan beriman dengan Quran pun….

    TIDAK ADA dalam Islam ilmu mengenal diri… kenal diri sebelum kenal Tuhan itu hadis palsu ciptaan orang2 hakikat… neraka jahanamlah tempatnya jika berdusta atas nama Rasulullah saw.

    nur muhammad bukan dari ajaran Islam, terkeluar dari Islam. Terang2 Allah ceritakan dalam alQuran bagaimana alam ini mula terjadi…

    jangan berhujah puak2 yg mengaku Islam ni tapi tidak beriman dengan kitab Allah… buang masa buang tenaga

  49. ahli hakikat says:

    anonymous: masalahnya orang hakikat ni bukan beriman dengan Quran pun….

    ahli halikat: satu tuduhan yang melulu ni sdr.. bahkan Al Quran itu terkandung didalamnya bicara ilmu-ilmu tentang hakikat kejadian alam semesta raya ini.

    anonymous: TIDAK ADA dalam Islam ilmu mengenal diri… kenal diri sebelum kenal Tuhan itu hadis palsu ciptaan orang2 hakikat… neraka jahanamlah tempatnya jika berdusta atas nama Rasulullah saw.

    ahli hakikat: Didalam AlQuran ada diceritakan tentang bagaimana mahu mengenali Allah dengan melihat tanda-tanda kekuasaNya dibumi dan pada kejadian manusia itu sendiri. Dalilnya baca dibawah.

    “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami disetiap sudut dan pada diri mereka sediri sehingga jelaslah bagi mereka bahawa AlQuran itu adalah benar…” [41:53].

    Maka bukankah ayat AlQuran diatas senada dengan maksud hadis “Barangsiapa mengenal dirinya, ia akan mengenal Tuhannya..”??

    anonymous: nur muhammad bukan dari ajaran Islam, terkeluar dari Islam. Terang2 Allah ceritakan dalam alQuran bagaimana alam ini mula terjadi…

    ahli hakikat: Sejak zaman- berzaman ulama meletakkan isu Nur Muhammad ini sebagai khilaf saja dan hanya puak-puak pelampaulah yang mengatakan ianya bukan dari ajaran Islam. Sains mutakhir ini mengatakan alam ini terjadi daripada sesuatu yang tidak diketahui bendanya lalu meletup yang dinamai sebagai teori Big Bang dan ini senada dengan apa yang diceritakan Allah didalam AlQuran dan ahli Tasawuf sejak dahulu sudah mengetahui hakikat ini dan mereka telah menamai benda yang akhirnya yang dikatakan meletup itu sebagai Nur Muhammad. Jadi dimana letaknya isu kesalahan Nur Muhammad??

    anonymous: jangan berhujah puak2 yg mengaku Islam ni tapi tidak beriman dengan kitab Allah… buang masa buang tenaga

    ahli hakikat: kenapa tidak mahu berhujah?? adakah kerana sdr takut?? perhatikan.. sejak dari awal kami menggunakan dalil bersumberkan AlQuran.. lalu dimana kesalahannya??

Leave a Reply

*