Salahpi

Salahpi

Suatu hari, saya berkunjung ke rumah seorang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa. Selama satu jam lamanya kami berbual kosong mengenang kisah lama sewaktu dibangku sekolah menengah dahulu. Beliau saya lihat tidak seperti dulu. Dahulu beliau seorang yang nakal disekolah dan sering membuat huru-hara didalam kelas namun kini kelakuan beliau tenang-tenang saja.

“Enta perasan tak Rizal?

Tiba-tiba sahaja perkataan itu keluar dari mulutnya, langsung memotong borak kosong yang masih lagi memuncak.

“Perasan apa nye?”

“Yang enta masih tak berubah.. sama macam dulu jugak.”

“Apa maksud kau?”

“Ana dengar, enta ni dah jadi ahli tasawuf kan?”

“Tak.. aku tak jadi ahli tasawuf tapi aku bertasawuf je.”

“Ah.. samalah tu.”

Kemudian beliau terus bersuara sambil tersenyum simpul.

“Kalau ana cakap, enta janganlah ambil hati ye..”

“Takpe, cakaplah.”

“Ana nak bagitau enta samada amalan tasawuf ke atau amalan sufi ke, semuanya itu adalah bid’ah. Pada zaman nabi, itu semua takde.”

Nampaknya, memang benarlah dugaan saya bahawa beliau sudah berubah daripada dahulu bersikap lagho dan sekarang menjadi seorang yang ‘alim sehingga dapat berhujah tentang soal-soal agama. Dalam hati, berbunga rasa kagum terhadap beliau. Kamarul yang saya kenal, dahulunya seorang yang keras kepala dan hanya memandang dirinya sahaja yang betul bahkan soal-soal agama dipandang remeh saja. Tapi sekarang beliau sudah menjadi ahli agama dan buktinya, lihat sahaja kepada dua buah almari besar yang tertegak didinding rumahnya yang dipenuhi dengan buku-buku agama.

“Ana bagitau perkara ini kat enta sebab mengenangkan enta sahabat lama ana. Tinggalkanlah tasawuf yang enta bawa tu.”

Kali ini tegas sekali nada suaranya sebagai menandakan beliau begitu serius dengan gesaannya itu. Kemudian saya pula yang menyoal beliau.

“Tentu ada sebab yang kukuh kenapa kau beria-ia minta aku tinggalkan tasawuf, jadi dimanakah letaknya kesalahan tasawuf pada kau?”

Setelah berfikir sejenak lantas beliau terus menjawab..

“Bukankah ahli tasawuf berpegang dengan aqidah Nur Muhammad?, dan puak-puak enta mengatakan bahawa manusia berasal dari Nur Muhammad sedangkan dalam al Quran secara terang-terang mengatakan bahawa manusia berasal dari tanah. Bukankah aqidah ini benar-benar bathil?”

“Jadi, adakah kau berasal dari tanah?”

Tanya saya untuk menduga kefahaman beliau.

“Mestilah ana berasal dari tanah.. dah al Quran khabarkan begitu!”

Ucap beliau dengan penuh emosi, emosi yang dapat dikesan melalui kerut kening dan juih bibirnya.

Pelan-pelan saya ambil alat kawalan jauh Pendingin Udara yang ada diatas meja lantas menekan punatnya untuk menurunkan lagi suhunya kepada 160 dingin. Tak lama kemudian berderu udara sejuk memenuhi ruang tamu. Sambil senyum, saya letakkan kembali alat kawalan jauh Pendingin Udara itu diatas meja sambil menjeling ke arah Kamarul. Spontan, Kamarul pun terus tersenyum. Nampaknya beliau mengerti maksud saya.

“Kau ni nak bergaduh ke atau nak muzakarah? Kalau kau nak gaduh, aku bagi kau menang sajalah.” Usik saya.

“ok.. ok.. ana cool.. ana nak bermuzakarah.”

Ucap beliau dengan senyum simpul sambil tangannya menekan punat alat kawalan jauh Pendingin Udara kepada suhu yang asal. Kemudian kami teruskan muzakarah.

“Kalau kau boleh kata yang kau berasal dari tanah maka orang tasawuf pun tak salahlah apabila mereka mengatakan yang mereka berasal daripada Nur Muhammad.”

“Kenapa pulak?”

“Begini.. sebenarnya kau bukan berasal daripada tanah sebaliknya kau berasal daripada setitis air mani yang berasal daripada air mani ayah kau.. nabi Adam saje yang berasal dari tanah.”

“Laa.. itu jugalah yang ana maksudkan.. ana cakap cara ‘short cut’ lah!”

“Ye, begitu jugalah halnya dengan ahli tasawuf apabila mereka mengatakan bahawa manusia itu berasal daripada Nur Muhammad adalah secara ‘short cut’ jugalah.”

“Ah, itu semua mengarut sebab dalam al Quran takde cerita pasal Nur Muhammad.”

“Kalau kau cari perkataan ‘NUR MUHAMMAD’ dalam al Quran memanglah tak jumpa tapi kau akan jumpa Nur Muhammad itu kalau kau jenguk pada alam ini dan diri kau sendiri.”

“Hah.. enta sendiri dah mengaku yang Nur Muhammad ini tiada dalam al Quran lepas tu suruh ana jenguk alam ini untuk cari Nur Muhammad pulak.. dah macam cara ahli falsafahlah pulak.. ish.. ish.. ishh.”

Kemudian beliau terus berhujah..

“Kesian ana tengok enta ni Rizal.. fikiran enta dah diracuni dengan cara berfikir yang kolot dan jumud hasil didikkan agama aliran tradisional anjuran tok-tok guru tareqat sufi yang berotak lembap, bid’ah, khurafat dan syirik. Berzikir sambil terkinja-kinja.. yang berpusing-pusing sambil mengembangkan kain pun ada.. tu belum lagi yang beriktiqad hulul dan ittihad yang membawa kepada aqidah wahdatul wujud yang sesat, sembah kubur dan macam-macam lagi lah.”

Dari hujah beliau yang penuh cemuhan itu maka fahamlah saya yang sahabat lama saya ini beraliran Wahabi. Entahlah, sejak kebelakangan ini banyak saya dapati tulisan dilaman-laman blog yang menghukum aliran tareqat dan tasawuf sebagai sesat, bid’ah, khurafat dan syirik. Mereka yang menghukum para ahli tareqat dan ahli tasawuf ini masyarakat mengelar mereka sebagai Wahabi tetapi mereka mengelar golongan mereka sebagai Salafi.

Oleh kerana saya menahan diri dari menjawab segala cemuhan beliau, suasana tegang yang dicipta Kamarul kembali tenang. Sengaja saya tidak segera menyambut cemuhan beliau kerana khuwatir akan bertekak pula.

“Begini Kamarul.. yang aku cakap ialah dalam al Quran tiada perkataan ‘NUR MUHAMMAD’, tiada perkataan Nur Muhammad tidak bererti al Quran tidak menjelaskan tentang Nur Muhammad.. engkau yang tak faham bahasa al Quran.”

Kamarul terdiam dan saya terus menyambung.

“Baiklah.. memang benar al Quran menyebut bahawa asal-usul bangsa manusia berasal dari tanah tapi secara hakikatnya tidak terhenti kat situ saja…”

“Ishh.. Rizal, enta jangan nak buat bid’ah pulak!!”

“Sabar dulu Kamarul, biar aku habiskan kata-kata aku dulu.. kan kita tengah muzakarah.”

Kamarul terdiam dan saya terus menyambung.

“Ok.. aku nak tanya kau, kau jadi daripada apa?”

“Erm.. air mani bapa ana lah.”

“Ok.. itu tepat dan bapa kau jadi dari apa?”

“Erm.. dari air mani datuk ana lah.”

“Ok.. pun tepat jugak jadi kesimpulannya bicara kita ini akan terhenti pada nabi Adam kan.. setuju?”

Kamarul hanya mengangguk-angguk saja.

“Nabi Adam pulak jadi dari apa?” Tanya saya.

“Jadi dari tanahlah.”

“Dan tanah pulak jadi dari apa?”

Kamarul tidak terus memberikan jawapannya. Matanya memandang bumbung rumah sambil keningnya berkerut. Kemudian beliau memandang wajah saya sambil matanya berkelip-kelip beberapa kali. Beliau mulai menundukkan kepalanya merenung lantai dengan mempamerkan reaksi gelisah.

“Oklah Kamarul, katakanlah tanah jadi dari sesuatu maka sesuatu itu pulak jadi dari apa? dan sampai dimanakah titik akhirnya?.. dan apakah bendanya sesuatu yang menjadi titik akhir itu?.. atau ianya tiada titik akhir?”

Tiba-tiba terus saja Kamarul menjawab dengan lantang..

“Tanah tu tak jadi dari apa-apa.. ia jadi apabila Allah kata KUN maka jadilah tanah!!”

“Kau yakin ke dengan jawapan kau itu atau kau main tembak saja?”

“Eh, ana cakap tentulah ada dalilnya.. erm.. dalilnya macam ni, dari surah YaSin ayat ke 82 yang bermaksud, “Sesungguhnya perintahNya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata “Jadilah!” maka terjadilah ia.” Hah, itulah dalilnya.”

“Itu bukannya dalil Allah jadikan tanah dengan tiba-tiba Kamarul.. itu adalah dalil kebesaran Tuhan kita yakni Allah yang menjadikan segala sesuatu cukup hanya dengan mengatakan KUN. Mari kita lihat surah al Anbiya ayat 30 yang bermaksud, “Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi keduanya dahulu menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air maka mengapa mereka tidak beriman.” Perhatikan baik-baik, tanah yang kau cakap jadi tiba-tiba itu sebenarnya tidaklah jadi secara tiba-tiba melainkan ianya adalah tanah bumi yang dahulunya sediri dengan langit. Maksudnya, pada waktu dahulu yang entah bila, ada satu makhluk yang tidak dinamai oleh Allah dalam al Quran yang bakal dipisahkan kemudiannya oleh Allah menjadi dua bahagian iaitu bahagian langit dan bumi. Ok, untuk memudahkan cerita.. oleh kerana Allah tak letak namanya dalam al Quran, setuju tak kalau aku namai makhluk itu sebagai Kunkalikun saja?”

“hmm.. setuju.”

“Baiklah.. kita mula balik cerita asal-usul bangsa manusia ya. Kau jadi dari air mani bapa kau kemudian dipendekkan cerita sampai kepada Nabi Adam, Nabi Adam jadi dari tanah dan tanah jadi dari Kunkalikun.. setuju?”

“Setuju.”

“Lantas, Kunkalikun jadi dari apa pula?” Dengan pantas saya menanyakan soalan itu kepada Kamarul.

Melihat Kamarul hanya membatukan dirinya dengan cepat saya terus memberikan jawapannya..

“Tak kiralah Kunkalikun itu jadi daripada apa pun Kamarul, yang pasti mesti ada titik akhirnya kerana hakikat wujud makhluk itu menurut aqidah adalah wujudnya daripada tiada kepada ada dan tidak kiralah makhluk yang pada titik akhir itu hakikatnya apa sebab yang pasti kami ahli Tasawuf menamainya sebagai Nur Muhammad. Perkataan ‘NUR MUHAMMAD’ memang tiada dalam al Quran sebaliknya ulama Muhaqiqinlah yang menamainya atas kebijaksanaan mereka namun begitu kalau diteliti al Quran dalam-dalam pasti orang yang mengkajinya akan mengakui wujudnya makhluk pertama yang dijadikan Allah sebagai sumber kejadian makhluk-makhluk yang seterusnya. Ok, ada apa-apa nak bangkang?”

Terasa kering juga tekak bila bercakap tanpa henti. Pelan-pelan saya basahkan tekak dengan air mineral yang terletak diatas meja. Kamarul saya lihat masih membatu saja. Kulit mukanya yang putih itu sedikit memerah dan dahinya masih berkerut. Nampak gayanya seperti beliau sudah kehabisan hujah.

“Assalamu‘alaikum… assalamu‘alaikum!”

Tiba-tiba terdengar orang memberi salam dari luar rumah. Apabila pintu dibuka, kelihatan seorang lelaki berusia lewat 50an tercegat didepan pintu rumah dengan wajah kusut. Disampingnya berdiri seorang wanita seusianya sedang memapah seorang gadis berusia awal 20an yang berwajah pucat.

“Ustaz Kamarul ada dirumah?” Soal lelaki tersebut.

“Sayalah Ustaz Kamarul.. silalah masuk.. sila.. sila.”

Demi terjejak sahaja kaki gadis itu dilantai ruang tamu rumah Kamarul, terus sahaja beliau meronta-ronta dan terjerit-jerit seakan-akan tingkah-lakunya mahu lari. Rupa-rupanya sahabat saya ini adalah seorang ustaz merangkap seorang perawat.

Didudukkannya gadis tersebut disofa hitam diruang tamu sambil telapak tangan kanannya diletakkan pada kepala gadis itu. Kedengaran dengan jelas Ustaz Kamarul membacakan ayat-ayat suci al Quran. Tiada apa-apa reaksi yang ditunjukkan oleh gadis itu dalam tempoh 15 minit rawatan dijalankan kecuali tangannya bersungguh-sungguh menepis tangan Ustaz Kamarul yang menekap dikepalanya.

“Degil sungguh jin ini.” Keluh Ustaz Kamarul.

Kelihatan airmata ibu gadis itu masih mengalir sedang ayahnya masih berjaga-jaga disamping anaknya. Saya sedari tadi hanya duduk ditempat yang sama memerhatikan proses rawatan yang sudah berlarut hampir satu jam. Ustaz Kamarul kelihatannya seperti telah kehabisan ikhtiar lalu diajaknya si ayah dan ibu gadis itu keluar untuk berbicara sesuatu yang sulit.

“Rizal.. ana minta tolong enta jagakan Nurul sekejap, ana nak ‘cakap-cakap’ dengan mak dan bapak dia sebentar.. boleh?”

“Ya, boleh.”

Maka duduklah saya dihadapan Nurul yang hanya tertunduk diam sambil memeluk tubuhnya dengan erat. Dalam hati terdetik untuk mengikhtiarkan sesuatu.

“Assalamu‘alaikum Nurul. Saya tahu awak tidak diganggu jin malah awak amat sedar apa yang berlaku.”

Tiba-tiba dia mengangkat mukanya dan memandang wajah saya.

“Mana awak tahu saya bukan jin sedangkan Ustaz tu pun kata saya ada jin.. mak bapak saya pun kata saya ada jin?”

Saya senyum saja. Tanpa menghiraukan pertanyaannya saya terus berkata..

“Begini Nurul, saya cuma nak bagi satu nasihat dan mungkin nasihat saya ini bermanfaat dalam menyelesaikan kekusutan Nurul.. Apabila usaha Nurul tidak menjadi sesuai dengan harapan Nurul maka itu adalah wajar sebab sesuatu itu hanya berlaku sesuai mengikut kehendak Allah.”

Terus saja Nurul menangis teresak-esak. Tanpa memperdulikan reaksi Nurul, saya teruskan kata-kata saya.

“InsyaAllah.. benih tunang awak tidak akan lekat dalam rahim awak.”

Mendengar kata-kata saya itu, Nurul terus meraung sambil menekup mukanya dengan bantal. Mungkin malu dengan saya.

“Ustaz.. saya.. saya dah berusaha untuk menjaga kehormatan saya tapi tetap terlanjur juga. Saya jadi bingung dan tak tahu nak buat apa. Saya tak pernah tinggalkan solat tapi perkara macam ni masih tetap berlaku. Saya mulai risau dan bimbang takut-takut kalau saya mengandung sehingga saya mulai jadi pendiam. Mak dan bapa saya beranggapan saya terkena gangguan makhluk halus dan mereka iktiyarkan agar mencari ustaz-ustaz yang boleh menyelesaikan masalah saya, tapi malangnya semua ustaz yang merawat saya menuduh ada jin dalam badan saya. Saya tak sakit ustaz.. saya cuma takut kalau-kalau saya mengandung, nanti punahlah nama baik keluarga saya.. bapa saya tu imam ustaz. Ustaz.. tolonglah saya ustaz.. tolonglah saya.”

Nurul saya lihat memang seorang gadis yang cantik dan bersopan-santun. Kulitnya putih dan hidungnya mancung. Sekilas pandang semua yang memandangnya pasti akan bersetuju kalau beliau seorang gadis yang solehah. Tetapi ketetapan qada Allah mendahului iman Nurul.

Nyaris-nyaris air mata saya mengalir mendengar pengakuan Nurul tapi bukan kerana mengenangkan nasibnya itu tetapi mengenangkan akhlaknya yang baik dan bersopan-santun itu lahir kerana nak menjaga imej bapanya sebagai seorang imam dan bukannya lahir kerana Ihsan. Maka tak hairanlah kalau imannya lemah.

“Ini nasihat kedua saya maka ikutlah.. ibu, bapa Nurul dan Ustaz yang diluar sana menyangka Nurul diganggu jin maka apabila Ustaz tu menjalankan rawatan maka Nurul pura-puralah pulih.. ini akan menenangkan hati ibubapa Nurul. Kemudian, berbincanglah dengan tunang agar pernikahan disegerakan kerana kamu berdua mempunyai iman yang lemah. Paling utama, bertawbatlah.”

Tanpa menunggu respon dari Nurul saya terus meninggalkannya dan kembali ketempat duduk asal dan minum beberapa teguk air mineral yang masih berbaki diatas meja sambil membelek-belek majalah Solusi. Seketika kemudian saya terpandang Nurul yang masih duduk disofa hitam. Kelihatan beliau asyik memerhatikan tingkah-laku saya yang berkelakuan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Entah apalah yang difikirkannya. Saya tidak endahkan beliau dan terus membaca majalah Solusi..

“InsyaAllah, kali ini pasti kau akan mati kalau kau tak mahu keluar dari badan perempuan ini!.”

Ucap Ustaz Kamarul kepada ‘jin’ yang bersarang dalam badan Nurul sebaik sahaja beliau dan ibubapa Nurul memasuki rumah. Atas dasar ingin tahu, saya masuk ke ruang tamu semula untuk melihat cara rawatan Ustaz Kamarul yang seterusnya dan memilih duduk disebelah ayah Nurul. Tiba-tiba Ustaz Kamarul menoleh memandang saya dan berkata..

“Rizal.. baik enta duduk jauh-jauh sebab enta tak mahir pasal ilmu-ilmu ghaib dan perubatan ni. Mak dan bapa Nurul ni takpe duduk kat sini sebab diluar tadi ana dah ‘dinding’ mereka. Enta tu ‘kosong’ lebih bermanfaat jika duduk diluar saja!”

Agak terkejut saya mendengar arahan Ustaz Kamarul tapi saya akur. Saya angguk-anggukkan kepala dan mengucapkan kata-kata maaf beberapa kali dan terus berjalan keluar dari rumah. Pintu pun ditutup dari dalam. Saya berdiri disamping kereta Grand Lavina hitamnya dan menunggu. 10 minit kemudian saya dipanggil masuk dan mendapati Nurul sudah ‘pulih’. Kelihatan diatas meja sudah terhidang air nescafe panas dan sedikit juadah. Saya turut serta duduk disofa hitam, alih-alih terpandang Nurul yang sedang tersenyum memandang saya.

“Terima kasihlah ustaz, kalau ustaz takde tak tau macam mana saya nak buat.”

Kedengaran kata-kata ikhlas itu keluar dari mulut Pak Imam. Ibu Nurul pula sedang rancak bercerita tentang penyakit Nurul pada isteri Ustaz Kamarul yang juga menyertai kami disofa hitam. Tiba-tiba Ustaz Kamarul bertanya kepada saya..

“Rizal..macam mana ahli-ahli tasawuf yang macam enta ini menyelesaikan masalah rasukan jin seperti yang dihidapi Nurul ini?

Baru saya hendak membuka mulut tapi terus dipotong oleh Ustaz Kamarul..

“Rasa-rasanya lari duduk kat luar rumah macam enta tadi sajalah.. betul tak?

Terus saja Ustaz Kamarul ketawa berdekah-dekah begitu juga dengan Pak Imam, ibu Nurul serta isteri Ustaz. Saya juga turut tersenyum. Mungkin Ustaz Kamarul sedang berseloroh.

“Orang tasawuf memang tak tahu ‘handle’ benda-benda jin ni.. diorang zikir sambil terkinja-kinja tau le.”

Bergema lagi gelak ketawa dalam rumah banglo itu ketika mendengar seloroh Ustaz Kamarul. Saya lihat spontan Nurul memandang muka Ustaz Kamarul dengan wajah masam mencuka dan adalah wajar Nurul berkelakuan begitu kerana dia tahu perkara sebenar. Dia tahu bahawa Ustaz Kamarul tidak tahu yang dia pura-pura pulih dari rasukan jin. Saya pula hanya mampu tersenyum menyedari kata-kata Ustaz Kamarul itu bukannya seloroh tetapi bersulam niat untuk menghentam saya. Wah! Halus sekali cara sindiran Ustaz Kamarul. Kemudian topik borak mereka terus melencong kepada hal ehwal tasawuf pula. Pak Imam dan isteri hanya mengangguk dan mengiyakan hujah-hujah menghentam tasawuf yang diperkatakan oleh Ustaz Kamarul. Sayu hati saya kerana Ustaz Kamarul tidak mengambil iktibar kesimpulan intipati muzakarah yang berlangsung sebentar tadi. Pada saya, memang Ustaz Kamarul sudah berubah menjadi manusia yang ‘alim tetapi sikap keras kepala dan hanya memandang dirinya sahaja yang betul masih mengarati hatinya. Maka ilmu Tasawuflah ubatnya tetapi beliau gagal memahami duduk letak perkara ini.

Sesampai sahaja saya dirumah, saya mendapat sms daripada Nurul, katanya.. akum. sy Nurul ustz.. trima ksih krn mngubati sy. alhmdlh skrng baru lega hati sy. sy sudh brtaubt dn akn ikut nasht ustz. oh ya.. ustz Kmrl ckp dia org SALAFI tp bg sy dia tu dh SALAHPI. sy respek org taswuf mcm ustz. trima ksih bebnyk.

Sms dari Nurul membuatkan saya tersenyum.. tersenyum mengenangkan ragam manusia yang tertipu dengan ilmunya. Perlahan-lahan saya ucapkan “a‘uzubillaahi min zalik.” Hati menangis siapalah yang tahu.

17 Responsesto “Salahpi”

  1. pendita says:

    Moga-moga dapat dijadikan pengajaran buat kita semua…Ya Allah bimbingilah hambamu ini ke jalan yang engkau redhai…

  2. tarmezdi says:

    salam tuan yg budiman
    Saya sendiri adalah penuntut ilmu tauhid tasawuf,Pr Pendidik saya berpesan biar la mereka2 yang mencela dan mengata yang bukan2 tentang Ilmu Khazanah yang permata belian ini.
    Kita sekadar berdoa untuk mereka agar Allah SWT terus Mengasihani hamba2Nya.

    Nabi Muhammad SAW diturunkan sebagai contoh Akhlak yang mulia..baginda sendiri adalah Pemimpin Ilmu Kebathinan Islam..Allah SWT mencipta zahir dan ruhani ..sepasang.

    Kawan2 kita tu tampak pada zahir sahaja..pada ruhaninya..nilai2 kesopanan,peradaban dan berlapang dada ..mungkin depa missed out..sahabat2 baginda2 pun ada yang kena tegur kerapa kekerasan penampilan dakwah dan sesuatu penyelesaian.

    Sekarang kita dihambat pelbagai FAHAMAN..wahabi,liberal,plural..islam jadi berterabur..masing2 ada Manhaj baru atau diperkenalkan ikut acuan nafsu dan kepentingan diri demi untuk kekuasaan bukan kebenaran..jika benar pun..sekadar jadi pengikut sepatutunya setiap mukhalaf kena mengkaji Ilmu Islam yang luas ini.bukan jadi Pak Turut atau konflik sendiri dalam jiwa yang senantiasa tergoncang leh Syaitan.

    Jalan2 ketuhanan senantiasa ada ancamanNya begitu hamba yang dilaknatNya Syaitan yang boleh menyerupai alim dengan watak riak,takbur,ekstrem dan angkuh.

    Namun ..kita teguh..cela atau puji bukan makanan kita.

    wallhuaalam

  3. mustar says:

    ingin aku sampaikan kalam ini pd ustz kamarul seperti mana aku merasainya..

  4. kura-kura says:

    sesungguhnya hanya allah sahajalah maha sempurna..maha suci allah dari segala kekurangan..

  5. zana says:

    emm..salam….keliru la…

  6. sarip dol says:

    keliru tang mana tu zana?

  7. Nakia says:

    Itulah jadinya bila berbincang dengan bukan ahlinya.Salaf atau tasawuff masing-masing menuju kepada Allah SWT juga tapi sayang kat mana silapnya tak ada titik pertemuan di pertengahan jalan 🙁

  8. redzha says:

    silapnya…bermula dari awaludin makrifatullah…
    awal agama mengenal Allah…

    Allah menghendaki kita mengenal Nya seperti kita kenal bapak kita sendiri…..
    supaya senang wajahtu wajhiya …menghadapkan wajahku kewajahmu..

    macam-macam teori dan ilmu dipelajari…mencari-cari kesana kemari…tapi kesudahannya….mudahan Allah terima kita sebagai umat Islam itulah yang mampu diucapkan….

    sedangkan dengan jelas firman Allah menyatakan…”Barangsiapa taat kepada Rasul maka sesungguhnya ia taat kepada Allah”
    dan “berpegang teguhlah kepada Tali Allah janganlah kamu bercerai berai”
    pilihlah mana tali yang kamu suka…hanya satu tali yang boleh menyampai kepada Allah….

  9. pok yo says:

    alhamdulillah… byk pengajaran dpt ana pelajari dan fahami…

  10. sabiq says:

    cerita ini perlu ada pencerahan…seakan-akan cuba memukul rata kepada manhaj..saya tidak bersetuju dengan kedua-dua watak utama dlm cerita ini…

  11. sarip dol says:

    tulisan diatas tiada kena-mengena dengan masalah minhaj… jadi sdr sudah salah faham. saya serahkan perkara khilaf minhaj kepada urusan ulama kerana mereka lebih arif. cerita diatas adalah tentang persepsi peribadi Ustaz Kamarul terhadap saya dan ilmu tasawuf yang bagi saya sikap beliau tidak mewakili Wahabi.

    sdr bebas untuk menganuti apa-apa minhaj yang sdr mahu. saya tidak menolak Wahabi namun itu tidak bermakna saya memilih untuk menjadikannya sebagai ‘pakaian’ seharian saya dihadapan Allah.

  12. Sengal says:

    salam,

    sengal yg bodoh menulis…. lakum dinukum waliyadin….

    baca faham…alhamdulillah….tak faham tanya…. puas hati ok…. tak puas hati jumpa la…. tanya…. hehehehe… minta maap tuan…. menyampok plak…

    salamun qaulam mir robbir rohim…

  13. yang keliru says:

    Assalamualaikum…
    sya ni masih lg student..sya msih kurg fham tntang apa itu Salafi,dan Wahabi..mhon diberi pnjelasan…

    trima ksih, Assalamualaikum..

  14. nawawi says:

    ALHAMDULILLAH, SAYA FAHAM DAN AMBIL IKTIBAR, INSYALLAH.

  15. Assalam Sarip Dol,
    ngko jawap la semua soalan yg orang tanya kat sini, ni memilih utk jawap macam la banyak sangat org komen kat sini, kat sini dah nampak sikit perangai ko tu

  16. Sarip Dol says:

    Wa ‘alaykumussalam

    mana soalan yang belum saya jawab tu? rasa-rasanya semua yang berkaitan artikel sudah pun saya jawab. sdr ni ntahhapehapentah.

Leave a Reply