Doa’

Doa’

Sejadah itu masih menyaksikan
iftirasyku berteleku lesu
sujudku sayu melayu
dalam esak menahan sedu
Sejadah itu masih mendengarkan
suara rasa penuh harapan
keluh doa bersulam tangisan
ucap kata minta kabulkan

Sejadah itu sedang menyaksikan
tasyahudku mulai longlai
renungku sudah tidak dilantai
mengenang salik jazam tak sampai
Sejadah itu sedang menyaksikan
kerut kening rasa tertahan
hati menangis tak siapa perasan
salik memakai salah pakaian

Rasa-rasa hati
andai waktu digenggamanku
ia ku undur kembali
sehingga tiada yang mengenalku
sehingga tiada yang mengguruiku
Rasa-rasa hati
andai qudrat hakiki ditanganku
ia ku pakai guna mencabut nyawaku
sejurus ku kenali siapa Tuhanku
sehingga tiada siapa yang mengenalku
sehingga tiada siapa yang mengguruiku

Namun…
waktu tiada digengggamanku
qudrat hakiki tiada ditanganku
hanya doalah harapan akhirku
“Ya Allah, Kau bimbinglah murid-muridku”

*puisi ini dipetik dari suara hati seorang Mursyid yang telah kembali kerahmatullah*

46 Responsesto “Doa’”

  1. djoenafif says:

    maafkan diri ini yang telah membuat guru risau hati, salam

  2. Tok Mudim says:

    MOGA-MOGA ALLAH KABULKAN DOA MU..TUAN GURU.

  3. 'LA' says:

    As salam, perlukah berdoa sedangkan semuanya sudah ada di dalam Saluhi Qadim.

  4. sarip dol says:

    perlu.. sebab berdoa adalah suatu ibadah yang diperintahkan oleh Allah untuk dilakukan.

    sdr kena bezakan antara persoalan hakikat dengan ibadat.

    satu pertanyaan yang sama : perlu ke solat sedangkan syurga dan neraka bagi anda telah ditetapkan?

  5. 'LA' says:

    Kita berdoa kerana meminta sesuatu, meminta sesuatu itu perkara baru sedangkan semua sudah ada di dalam takdir Allah. Apakah dgn berdoa Allah akan memberi permintaan baru sedangkan dalam Saluhi Qadim tidak boleh di ubah takdir kita.

  6. sarip dol says:

    itu memang betul kalau dipandang pada sudut hakikat tapi doa itu adalah IBADAH. sdr tahu maksud ibadah dan kenapa kita dihukumkan wajib atau sunat untuk melakukannya?

  7. 'LA' says:

    Apakah ada hukum yang boleh menghukum kita? Sedangkan kita sudah mati. Orang mati tak buat silap dan salah.

  8. sarip dol says:

    kalau benar sdr beranggapan sdr sudah mati kenapa tidak cari satu bangunan tinggi dan terjun darinya sampai bersepai otak… atau kelar leher sendiri.. berani kah?

    sdr beramal ikut akal bukannya ikut sunnah Rasulullah.

  9. 'LA says:

    Alhamdulillah terima kasih atas jawapan yg Fatanah. Tapi itu bukan jawapan yg saya cari. namun saya akan terus mencari, Insyallah, dan saya akan terus berguru dgn Allah.

  10. kamal says:

    jawapan yang macam mana yang sdr ‘LA’ cari?

  11. Salik says:

    andai saya tahu jawapan saya tidak akan cari, saya mencari mati sebelum mati dan melihat Allah dgn mata kepala, bagi awam Allah ghaib tapi bagi pengamal hakikat Allah itu nyata dan mana mungkin Dia ghaib, itu yg saya cari. saya akanterus berguru dgn Allah.

    PUCUK PAKU DAUN PAKU,
    PAKU DATANG DARI SEBERANG,
    CARI AKU TUNTUT AKU
    AKU BERADA DALAM TERANG.

  12. sarip dol says:

    berguru dengan Allah?.. ok mari kita lihat kepada sunnah sekelian Rasul SAW.mereka berguru dengan Allah melalui perantaraan Jibril. Musa menambahi ilmunya dengan Allah melalui perantaraan seorang manusia yang bernama Khidir.

    kemudian, mari lihat Halaj.. beliau berguru dengan Allah melalui perantaraan seorang manusia yang bernama Junaid al Baghdadi.

    berguru dengan Allah bererti menuntut sekelian ilmu dari ahlinya yakni mengambilnya dari seorang guru yang Mursyid. bukannya meraba-raba sendiri kemudian memaham-maham sendiri tanpa kefahaman itu disahkan oleh ahlinya.

    jangan ambil ilmu dari kitab sebab kitab tidak akan dapat membimbing manusia. jangan ambil ilmu dari mendengar cakap-cakap di warung sebab hanya manusia yang dungu sahaja yang tidak tahu menilai ilmu. jangan ambil ilmu dari akal sebab akal itu lemah.

    Allah tak suruh hambanya cari diriNya sendiri-sendiri sebab Allah dah titipkan jawapannya dan jalannya pada sekelian Rasul dan kemudian para Rasul titipkan pada Ulama. maka carilah ulama yang ahli dalam bidang masing-masing.. bukankah Ulama itu pewaris Nabi?

    AYUH BERGURU DENGAN ALLAH MELALUI ASUHAN ULAMA.

  13. LA' says:

    Alhamdulillah..jika melihat dgn yang Empunya lihat, jika mendengar dengan yang Empunya dengar, jika berkata kata dengan yang Empunya kalam, insyallah kita akan faham maknawaiyah adalah kesempurnaan zat. Berguru pada Allah benar! Cuma bahasa orang awam dengan orang khawas al khawas berbeza. Pandangan mereka dengan kita berbeza. Pandangan orang yang Sidiqin dan Arifin dalam Tauhid yakni tiada Ia memandang wujud dalam alam ini selain wujud Allah Ta’ala ( Zat yang Esa) dinamakan juga ilmu Hakikat / Makrifat, Wahdatul Wujud.
    ”La Maujud Illallah”
    (tiada yang Wujud yang sebenar – benarnya melainkan Dia – Qadim)

  14. mamat says:

    assalamualaikum..

    saudara LA’nmpk nya tidak ske b’doa, xslah pn..
    tp klu b’doa kte lbih sayang kepada YANG MAHA MENDENGAR…
    🙂

  15. LA' says:

    Mualaikumsalam..

    Saya amat bersetuju kita berdoa dan itu pun menunjukkan kita ini sbg hamba bukan Tuhan. Tetapi saya melihat begini, malu utk berdoa krn apa yg Allah beri setakat ini spt penglihatan, pendengaran, suara, kudrat dan banyak lagi spt kesihatan tidak terbalas oleh saya dan manusia terus menerus menghambat meminta habuan dari Allah (dan ini tidak salah krn Allah itu Maha segala galanya). Apa kata yang Empunya segala itu kita kenal, cinta, kasih dan segala yg kita perlakukan hanya senya sbg ibadah utk mendekatkan diri kpdnya, bukan sekadar berdoa meminta minta sedangkan Allahnya kita pandang sepi. Mana lebih molek, meminta habuan Allah atau meminta mencintai dan dicintai Allah.

  16. Kurakura says:

    Saudara ‘La’,

    Firman allah:
    berdoalah kepada tuhan kamu demgan merendahkan diri dan suara perlahan lahan, sesungguhnya dia tidak suka kepada orang orang yang melanggar batas.(al a’raf:55)

    Bagi tuhan nama nama yang baik, maka bermohonlah kepadanya dengan nama nama itu( al a’raf:180)

    Apabila kami berikan nikmat kepada manusia, dia memalingkan diri dan berlaku sombong. Tetapi apabila bahaya datang menimpanya, dia berdoa panjang lebar(al fussilat:51)

    Dan tuhan kamu telah berfirman, mohonlah kepadaku, nescaya aku memperkenankan doa kamu(al mukmin:60)

    Dia itu hidup, tiada tuhan selain dia, sebab itu sembahlah dia dalam keadaan tulus ikhlas beragama kepadanya semata mata. Segala pujian untuk allah, tuhan semesta alam(al mukmin:65)

    Sabda rasulullah:
    Bersumber dari anas dia berkata: rasulullah bersabda: apabila salah seorang kamu berdoa, hendaklah dia bersemangat atau bersungguh sungguh dan janganlah dia katakan “ya allah, jika engkau mahu, maka berilah aku” kerana sesungguhnya allah itu bukanlah kedekut.(HR muslim)

    Bersumber dari abu hurairah dia berkata: seorang lelaki datang kepada nabi dan berkata “kelmarin aku disengat kala jengking.” baginda bersabda ” cuba seandainya petangnya kamu mahu membaca: aku berlindung dengan kalimat kalimat allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya. Nescaya binatang itu tidak akan mencelakakan kamu (HR muslim)

    Doa itu merupakan inti ibadah(HR bukhari)

    Bersumber dari abu hurairah: sesungguhnya rasulullah bersabda: doa seoranh hambaakan selalu dikabulkan sepanjang dia tidak berdoa untuk dosa atau memutus hubungan kekeluargaan dan sepanjang dia tidak terburu buru. Ditanyakan: wahai rasulullah, apa yang dimaksud dengan terburu buru itu? Baginda menjawab: iaitu jika orang mengatakan ” aku sudah berdoa akan tetapi aku kira allah tidak mengabulkanku”. Sehingga kerana merasa menyesal waktu itu, maka dia tidak mahu lagi berdoa.(HR muslim)

    Allah berfirman dalam hadis qudsi:
    Barangsiapa yang tidak berdoa kepadaku, nescaya aku murka kepadanya.(HQR: askari dalam kitab mawa’idl yang bersumber dari abu hurairah dengan sanad hasan)

    Berdasarkan sedikit dalil bersumber al quran dan hadith, saya percaya bahawa saudara ‘La’ juga bersetuju bahawa al quran dan hadith ditujukan untuk umat manusia beragama islam guna sebagai iktibar, panduan, rujukan, tauladan dalam menjalani kehidupan kan?

    Maka sudah pasti kita adalah seorang yang beragama islam apabila kita berpegang pada al quran dan hadith..kesempurnaan agama islam ialah iman, islam dan ihsan juga dikenali dengan usuluddin, usul fiqh dan tasawwuf atau aqidah, ibadah dan akhlak..
    BERDOA ialah inti ibadah yang terdapat dalam usul fiqh. Jika tidak berdoa bererti menolak sesuatu dalam usul fiqh, sedangkan usul fiqh adalah satu cabang dari tiga cabang dalam agama islam.

    Berdoa bukan bererti meminta sesuatu yang baru dari apa yang telah ditetapkan dalam qada dan qadar..dalam satu lagi cabang agama iaitu IMAN/USULUDDIN/AQIDAH, kita perlu percaya kepada qada’ dan qadar..sebenarnya berdoa adalah termasuk dalam urusan USUL FIQH/ISLAM/IBADAH. Mana mungkin saudara ‘La’ tidak mahu berdoa. Kenapa saya kata macam tu? Jawapannya kerana saudara ‘La’ selalu ber solat.. Dalam solat sebenarnya saudara telahpun berdoa..jadi.. Teruskanlah berdoa ye..

    Justeru..marilah kita sama sama menjadi orang yang beragama islam iaitu memenuhi tuntutan (AQIDAH, IBADAH dan AKHLAK)atau juga dipanggil USULUDDIN, USUL FIQH dan TASAWWUF) atau juga di panggil (IMAN, ISLAM dan IHSAN)…Itulah AGAMA ISLAM..jadilah orang beragama islam..Jangan jadi orang berusuluddin sahaja atau berfiqah sahaja atau bertasawwuf sahaja tanpa seiring ketiga tiganya..

    Alquran diturunkan untuk umat beragama islam sebagai panduan..orang awam ke…orang khusus ke.. Tetaplah mereka beragama islam juga, dan perlu mengikut panduan dalam al quran..

    Hadith juga ditujukan untuk ummat nabi muhammad yang terdiri dari orang awam dan khusus tu juga..awam ke…khusus ke.. Tetaplah kita ummat nabi muhammad..dan perlu ikut panduan dalam hadith..

    Kesimpulannya.. Kenapa kena berdoa? Kerana kita beragama islam..

    Wallahu a’lam..

  17. Kurakura says:

    Buat saudara sarip dol..semoga puisi saudara di atas tu, menjadi harspan dan doa yang tertuju buat saya juga, dan buat semua mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat..AMIN..

  18. "LA" says:

    Sdr Ikwan Muslimin,

    Saya tak kata jgn berdoa, cuma peringkat Tauhid juga ada tahap tahapnya. Cuma di mana kedudukan kita.

    Samada kita di Tauhid Orang Munafikin dimana ia berkata Laillahaillallah padahal hatinya sunyi dari makna, atau Tauhid orang Awam berkata Laillahaillallah maka haddir didalam hatinya maknanya, mengetahui dia apa yg dinafikan & apa yg diisbatkan, atau Tauhid orang Mugarrabin Memandang dgn hati akan keEsaan Allah taala, atau Tauhid AlKhawas (khusus) tiada ia memandang wujud alam ini selain wujud Allah taala.

    Bagi org yg sudah mengenal akan Tuhannya tiada apa yg hendak diminta lagi – “Lafaz pada sifat, Zat pada makna”.

  19. Kurakura says:

    Orang yang paling mengenal tuhan di kalangan kita adalah muhammad bin abdullah bin abdul muttalib dan dia berdoa..:-)bagaimana baginda berdoa? Baginda meminta kepada tuhan yang baginda kenali..kerana apa? Kerana dia membawa agama islam yang di dalamnya terdapat golongan awam dan khusus..:-)maka atas nama agama islam lah berdoa dituntut samada orang itu awam atau khusus, seharusnya orang itu menyempurnakan agamanya.

    Tentang peringkat tauhid adalah satu cabang dari agama sehingga boleh mencapai pengenalan kepada tuhan, namun peringkat ibadah juga, adalah satu cabang lagi dari agama.sedangkan bicara doa, adalah di dalam cabang ibadah. Malah satu cabang lagi adalah aqidah tidak harus di ketepikan.. Maka itulah agama yang di bawa oleh seorang yang sangat mengenal tuhannya dan mengajarkan pula yang demikian.
    Nabi menyeru umat manusia supaya masuk ke dalam agama islam dengan mengucap dua kalimah syahadah, kemudian membawa mereka mengenal tuhan, kemudian mengajar mereka beribadah.
    Sabda rasulullah:
    Dari ibnu abbas r.a katanya, “tatkala rasulullah mengutus mu’adz ke negeri yaman, beliau bersabda; engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab. Pertama tamanya ajaklah mereka memperhamba diti kepada allah. Apabila mereka telah mengenal allah, sampaikanlah kepada mereka bahawa allah mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, sampaikanlah kepada mereka bahawa allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang orang kaya lalu diberikan kepada orang orang fakir. Apabila mereka telah mematuhinya, maka laksanakanlah itu dan jauhilah harta mereka yang paling baik”.

    Sabda rasulullah:
    Tidak ada yang dapat mengubah qada’ selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur, selain kebajikan (HR salman al farisi)

    Abu hurairah meriwayatkan, rasulullah bersabda:
    Sedekat dekat seorang hamba kepada tuhan ialah ketika bersujud kepada tuhan. Oleh itu hendaklah kamu banyakkan doa dalam sujud itu( HR muslim)

    Sabda rasulullah:
    Adapun dalam rukuk itu, hendaklah engkau agungkan tuhan padanya dan adapun diwaktu sujud, hendaklah kamu bersungguh sungguh berdoa, kerana patut dikabulkan bagi kamu.( HR muslim)

    Rasulullah bersabda:
    Pada hari jumaat, ada suatu SAAT yang apabila kebetulan seorang muslim berdiri sembahyang sambil meminta kepada allah azzawajalla sesuatu, tak dapat tidak allah akan berikan kepadanya. Nabi ucapkan pesan itu sambil mengisyaratkan dengan tangannya menyedikitkan SAAT itu(HR muttafaq alaih)

    Sabda rasulullah:
    “sesungguhnya doa adalah ibadat, berdoalah kamu kepada KU, akan AKU kabulkan doamu itu. Sesungguhnya orang orang yang menyombongkan diri sehingga tidak melakukan ibadat, akan tercebur dalam neraka jahannam.

    Sabda rasulullah:
    “ambillah dariku cara kamu mengerjakan ibadah”(HR muslim dan annasa’i dari jabir r.a)

    Sabda rasulullah:
    Tiada satupun amal yang lebih menurut pandangan selain daripada doa(HR termizi dan disahihkan oleh ibnu hibban)

    Allah berfirman:
    Dan berkatalah tuhan kamu ” berdoalah kepadaku nescaya aku perkenankan untuk kamu.(al mukmin:180)

    Allah berfirman:
    Dan apabila hamba hambaku bertanya kepadamu darihal aku, maka katakanlah: bahawasanya aku dekat, aku siap mengabulkan permohonan orang yang memohon apabila dia memohon. Oleh sebab itu, hendaklah mereka memperkenankan seruanku dan hendaklah mereka beriman kepadaku, supaya mereka menemukan jalan yang lurus( al baqarah:186)

    Firman allah:
    Dan bermohonlah kepada tuhan kamu dengan perasaan takut dan penuh harapan, sesungguhnya rahmat tuhan itu dekat kepada orang orang yang berbuat kebajikan( al a’raf:56)
    Allah berfirman:
    Sesungguhnya mereka yang sombong dari beribadat kepadaku, akan masuk ke dalam jahannam dalam keadaan terhina.(al mukmin:60)

    Berdasarkan dalil dalil dari al quran dan hadith di atas, saya berdoa: ” ya allah, berilah kefahaman kepada kami dengan ilmumu yang mutlaq, untuk memahami ayat ayatmu dan rasulmu..amin..”

    Kesimpulannya, IBADAH adalah perkara utama yang tidak boleh diremehkan atau diketepikan..DOA adalah ibadah..dan IBADAH adalah salah satu dari RUKUN AGAMA. Rukun agama adalah IMAN(AQIDAH), ISLAM(IBADAH), IHSAN(AKHLAK) Dan orang orang yang mengenal tuhan adalah memelihara AGAMA!
    *percaya dan yakin, dalam AQIDAH/USULUDDIN/IMAN
    *Doa, dalam IBADAH/FIQAH/ISLAM
    *mengenal tuhan dalam perkara AKHLAK/TASAWWUF/IHSAN
    Semoga bermanfaat untuk renungan bersama..

  20. Kurakura says:

    Sedikit tambahan untuk renungan bersama.. Al quran dan sunnah di turunkan untuk ummat manusia khusus yang beragama islam.. Tidak ada pengecualian perintah allah terhadap mana mana golongan manusia hatta kepada rasulnya sendiri.. Seharusnya golongan manusia khusus pada tingkatan tauhid yg tinggi juga tidak bersalahan dengan rasulullah dalam urusan agama..ingatlah bahawa AGAMA itu adalah IMAN(aqidah),ISLAM(ibadah) dan IHSAN(akhlak)

    Firman allah:
    Sesungguhnya kami menurunkan kitab ini kepadamu dengan membawa kebenaran maka beribadahlah kepada allah dengan mengikhlaskan agama(az zumar:2)

  21. zam says:

    doa itu kefardhuan…sedang termakbulnya doa adalah hibah…..dan ramai yg menyamakan antara mujab(ijaabah) dan mustajab……padahal keduanya berbeza….pelajarilah drpd wali2 mursyid dalam berdoa dgn beradab….tuhan itu bukanlah pelayan restoran utk mengisi perut2 kita….wabisyeikhina a’lam

  22. sarip dol says:

    sdr “LA”.. kitab Siyarus Salikin dan Hakikat Insan tu memang elok dijadikan bahan bacaan dan rujukkan tapi janganlah sampai dijadikan Mursyid pula.

    sepengetahuan saya tiada seorang pun daripada manusia yang bermertabat Khowasul Khowas yang tidak berdoa.. contohnya 4 orang khulafa’ arrasyidin. mereka ini sudah duduk pada mertabat khowasul khowas namun tetap menjadikan doa sebagai ‘pakaian’ mereka.

    jangan jadikan perasaan malu sdr terhadap Allah dan pengetahuan sdr yang telah mengetahui tentang persoalan soluhi qodim melalui kitab itu sebagai alasan untuk menggugurkan taklif syarak pula.

    nah.. oleh kerana sdr suka belajar dengan kitab maka saya syorkan sdr cari dan bacalah kitab yang berjudul Bahr alLahut dan Durun Nafis sebagai penambah koleksi bacaan sdr tentang persoalan ‘ilmu-ilmu peringkat tinggi/muntahi/usul tahkik’. Kitab Risalah Tawhid tu hanya pengetahuan ilmu-ilmu tawhid peringkat awam/mubtadi/usuludin saja.

    wasalam.

  23. Kurakura says:

    Renungkanlah ayat ini.mudah mudahan kita akan lebih berhati hati terhadap perintah allah dengan mengerjakan ibadah serta dapat memahami kedudukan antara syariat dan hakikat supaya kita ikhlas dalam agama dan menjadi orang yang beriman kepada allah dan rasulnya.
    Firman allah:
    Dan apabila dikatakan kepada mereka “belanjakanlah sebahagian rezeki yang telah allah berikan kepada kalian”. Orang orang yang kafir berkata kepada orang orang yang beriman, “apakah kami akan memberi makan siapa yang jika allah berkehendak akan memberinya makan? Kamu benar benar dalam kesesatan yang nyata” (yasin:47)

    **Demikianlah orang orang kafir menghujah kepada orang beriman yang menyeru agar melaksanakan perintah allah dengan menggunakan hujah hakikat yang memberi rezeki.mereka menuduh orang beriman sesat kerana seruan yang bagaikan menyalahi hakikat yang memberi rezeki..
    Semoga bermanfaat..

  24. sarip dol says:

    saya ucapkan terima kasih kepada en. kurakura. semoga sdr tergolong dalam golongan ahli hikmah.

  25. kurakura says:

    Amin..Terima kasih saudara sarip dol atas ucapan tuan yang berupa doa itu..ya allah.. Jadikanlah orang orang yang mendukung agamamu dan yang menjunjung kitabmu dari golongan ahli hikmah..

  26. 'LA' says:

    Tidak ada yang dapat mengubah qada’ selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur, selain kebajikan (HR salman al farisi)

    Setuju Hadis di atas, bukankah doa juga termasuk dlm Qada’ Allah?

    Tiada bergerak sesuatu di alam ini melainkan Qudrat dan iradat (kehendak dan kuasa Nya).

    Semua sudah ada dlm Ilmu Allah(Tanzizi Qadim), bila di rancangkan menjadi Saluhi Qadim dan bila dinyatakan menjadi Tanzizi hadas.

    Apakah ketatapan Allah yg berlaku spt tanah runtuh di Hulu Klang yg menimpa anak yatim itu dapat di ubah dgn doa.

    Apakah doa perkara baru? sedangkan semua sudah ada dalam Saluhi Qadim Allah, cuma dinyatakan mengikut masa dan ketika.

    Dan ketetapan Allah tetap berlaku walau engkau suka atau tidak.

  27. kurakura says:

    Jika demikian persoalannya yang ditimbulkan tentang mengapa perlu berdoa jika ketetapan allah pasti berlaku, samalah juga jika kita persoalkan mengapa perlu makan jika ketetapan allah pasti berlaku samada kenyang atau lapar. Masalahnya kita tak tahu lagi ketetapan allah itu bagaimana, samada kita kenyang atau lapar. Jadi, kita pun makanlah nasi..try la tunggu sahaja ketetapan allah yang pasti berlaku tu dengan berdiam diri macam patung tak bergerak. Tak payah makan sebulan. Tengoklah nanti bagaimana ketetapannya. Memang lah makan tu tak akan mengubah ketetapan allah jilka allah tetapkan kita lapar. Tapi kita ni dah tau ke belum ketetapan allah tu macammana? Kita kena tahu bezakan antara ketetapan allah(takdir) dengan ikhtiar. Takdir setiap yang berlaku hanya allah yang tahu. Makhluk hanya boleh tahu sesuatu takdir tu dengan cara menempuhi dulu tempoh masa yang berjalan ni dengan jalan usaha dan ikhtiar. Bukan tunggu dan lihat saja.

    Rasulullah tak perlu berdakwah jika hanya menunggu dan lihat sahaja ketetapan yang akan berlaku. Di situlah baginda mengajarkan tentang usaha dan ikhtiar. Malah itulah pegangan ahli sunnah wal jama’ah.

    Kita pun tak perlu menuntut ilmu Kalau allah tetapkan kita jahil. Persoalannya, kita tahukah allah tetapkan yang bagaimana kepada kita? Jahilkah atau alimkah? Rasanya kita tak tau lagi kan? Jadi apa perlu kita buat? Kita kena berusaha menuntut ilmu..

    Bab tanah runtuh? Itu yang kita dah tahu rupanya begitu ketetapan allah kat situ kan? Tapi sebelum tu apa usaha yang telah dibuat? Benarkah atau kita sudah pastikah doa telah dipohonkan?

    Doa tu perkara baru kah?
    Doa itu dalam ketetapan allah. Bahkan segala yang berlaku sejak dulu, kini dan akan datang bahkan selamanya adalah dalam ketetapan allah. Maka, apa masalahnya jika kita melakukan sesuatu yang memang dalam ketetapan allah itu? Mengapa perlu di pertikaikan tentang doa yang juga ketetapan allah? Semua itu hanya ketetapan belaka termasuk doa tu sendiri. Jangan susah susah nak pertikai doa tu seperti juga kita tak mau susah susah untuk pertikai kenapa kena makan, kenapa kena minum, kenapa kena tidur, kenapa kena belajar, kenapa kena itu, kenapa kena ini sedangkan semuanya sudah ditetapkan allah samada suka atau tidak. Kalau kita pertikai kenapa kita perlu makan sedangkan allah dah tetapkan untuk kita? Tak payah makan lah kalau dah tahu sangat allah tetapkan bagaimana. Sama juga kalau kita pertikai kenapa perlu berdoa kalau allah dah tetapkan untuk kita. Tak payahlah berdoa kalau dah tahu sangat ketetapan tuhan tu baik atau buruk pada kita. Dan lagi kalau kita pertikai kenapa perlu tidur kalau allah dah tetapkan untuk kita. Tak payahlah tidur terus kalau dah tahu sangat ketetapannya. Akhirnya kita akan jadi manusia yang tak buat satu benda pun walaupun untuk membaca tulisan ni. Yelah, buat apa baca tulisan ni kalau allah dah tetapkan aku tak akan tahu apa orang ni nak sampaikan. Tapi ye sangat ke begitu ketetapannya? Atau kita baca juga tulisan ni. Baca tulah yang di namakan ikhtiar. Lepas tu tahulah kita ketetapannya macammana, samada kita tahu apa yang orang ni sampaikan atau tak tahu..Doa tu konsepnya samala. Sebahagian dari ikhtiar yang bernama mengharap. Tak nak ikhtiar, baik duduk diam je tak payah buat apa langsung dan tunggu saja ketetapan allah yang kita tak tahu lagi macammana. Allah je yang tau apa kesudahan yang berlaku dalam ketetapannya. Manusia tak tahu lagi sebelum melangsungkan setiap ketetapan ni yang dinamakan ikhtiar termasuklah berdoa tu. Ketetapan dalam lorong hakikat, ikhtiar dalam lorong syariat. Hakikat dan syariat tu dua duanya dari nabi yang mengajarnya. Dua dua tu kena di buat. Doa dalam syariat sebab doa tu ibadah. Hakikat sifatnya tersirat atau tersembunyi. Jadi sembunyikan. Syariat itu sifatnya tersurat atau nyata. Jadi nyatakan. Jangan yang tersembunyi tu di nyatakan dan yang nyata disembunyikan. Contohnya gelas. Gelas tu hakikatnya pasir, nyatanya gelas. Usah dinyatakan pasir tu sebab memang tak nyata pada gelas tu. Yang penting kita tahu gelas tu pasir. Yang perlu dinyatakan ialah gelas tu saja. Jadi buatlah apa apa pun pada yang nyata tu. Nak tuang air dalam dia ke, nak buat hiasan dalam almari ke sebagaimana lazimnya kegunaan gelas yang boleh di nampak tulah.. Jangan dinampakkan sebagaimana kelaziman
    pasir. Biarlah ia dalam kedudukannya sebagai hakikat yang perlu kita tahu, bukan kita nyatakan. Tak kena tempatnya nanti..

    Doa tu ibadah dalam syariat.. Makan minum tidur pun dalam ibadah. Semua yang kita buat ni pun dalam ibadah.. Ibadah ni perkara yang nyata atau nampak.. Tak sentuh bab hakikat lagi ye.. Jadi yang boleh di nampak, buatlah cara boleh di nampak contohnya, makan, minum, tidur, kerja cari rezeki dan lain lain lagi. Buatlah semua tu sebagai tanda ikhtiar walaupun allah yang menentukannya bagaimanapun. Yang kita buka tuhan dah tahu apa yang akan jadi dalam ketetapannya. Kita berikhtiar je lah..termasuk berdoa. Jangan tak makan tak minum tak tidur tak kawin tak belajar tak baca tulisan saya ni pulak ye alasan sebab ketetapan allah dah ada. Kita tak tau pun lagi ketetapan tu sebelum usaha.. Kita duduklah dalam kelompok sunnah wal jamaah..:-) wallahu a’lam..

  28. kurakura says:

    Bagaimana akan jadi bila hakikat dizahirkan? Begini gambarannya:
    Cawan kaca hakikatnya pasir. Yang zahir cawan kaca dan hakikat cawan kaca adalah pasir. Apabila cawan kaca di simpan dalam almari buat hiasan dan bekas di tuang air ke dalamnya. Maka apabila hakikat cawan kaca di zahirkan, seumpama meletakkan pasir buat hiasan dalam almari dan menuang air minum ke atas pasir. Bukan tak kena tempatnya? Justeru biarlah pengetahuan hakikat pada tempatnya iaitu tersembunyi disebalik yang nyata dan biarlah yang nyata dengan tempatnya iaitu boleh dinampak oleh orang lain. Ketentuan allah yang pasti berlaku itu adalah hakikatnya di alam ini. usaha adalah nama dalam segala ketetapan itu. Doa adalah dalam usaha. Doa bukan perkara baru tetapi juga dalam ketetapan. Segalanya dalam ketetapan tetapi bukan beraerti menolak sesuatu dalam ketetapan. Tolak berdoa sama seperti tolak ketetapan. Sabda rasulullah:

    Hadis riwayat Ali ra., ia berkata:
    “Kami sedang mengiringi sebuah jenazah di Baqi Gharqad (sebuah tempat pemakaman di Madinah), lalu datanglah Rasulullah saw. menghampiri kami. Beliau segera duduk dan kami pun ikut duduk di sekeliling beliau yang ketika itu memegang sebatang tongkat kecil.
    Beliau menundukkan kepalanya dan mulailah membuat goresan-goresan kecil di tanah dengan tongkatnya itu kemudian beliau bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu sekalian atau tidak ada satu jiwa pun yang hidup kecuali telah Allah tentukan kedudukannya di dalam surga ataukah di dalam neraka serta apakah ia sebagai seorang yang sengsara ataukah sebagai seorang yang bahagia. Lalu seorang lelaki tiba-tiba bertanya: Wahai Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak sebaiknya kita berserah diri kepada takdir kita dan meninggalkan amal-usaha? Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang berbahagia, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang berbahagia. Dan barang siapa yang telah ditentukan sebagai orang yang sengsara, maka dia akan mengarah kepada perbuatan orang-orang yang sengsara. Kemudian beliau melanjutkan sabdanya: Beramallah! Karena setiap orang akan dipermudah! Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang berbahagia, maka mereka akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang bahagia. Adapun orang-orang yang ditentukan sebagai orang sengsara, maka mereka juga akan dimudahkan untuk melakukan amalan orang-orang sengsara. Kemudian beliau membacakan ayat berikut ini: Adapun orang yang memberikan hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (surga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar. “(Shahih Muslim No.4786)

  29. kurakura says:

    Pembetulan:
    Yang kita buka tuhan dah tahu apa yang akan jadi dalam ketetapannya. Kita berikhtiar je lah..termasuk berdoa.

    Rujuk petikan diatas, mohon pembetulan:
    (Yang kita buka tuhan) dibaca (kita bukan tuhan)

  30. senggarang says:

    terima kasih.. sgt jelas penjelasan tuan kura-kura.. dapatlah kiranya selepas ini kite berikhtiar yang dalam hakikat jua adalah dlm ketentuanNya.. tepakasa saya start makan balik 🙂

  31. kurakura says:

    Alhamdulillah..ada juga yang memahami kata kata saya..: )

  32. akmal says:

    Allahu Akbar,,,

    hmm,,,kita ni manusia…buat aja apa yang nabi suruh,,,apa yang Allah suruh,,,dan antara yang disuruh…adalah berdoa,,,sebab sifat hamba,,,memerlukan tuhannya…..kita disuruh usaha,,,,soal ketentuan…serah pada Allah Yang Maha Kuasa,,,,

  33. kurakura says:

    Saudara ‘La’: Doa boleh menolak takdir?
    Ya bahkan hadis ini benar..
    Sabda nabi:
    Tidak ada yang dapat mengubah qada’ selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur, selain kebajikan (HR salman al farisi)
    Doa adalah salah satu penzahiran daripada hakikat ketetapan( takdir). Membawa maksud (doa yang dapat mengubah qada’ itu) menzahirkan sendiri qada’ allah. Tak mahu berdoa? Itulah qada’ untuk kamu.. Iaitu qada allah kepada kamu untuk (‘tidak mahu berdoa yang boleh mengubah qada’..) Sedangkan doa itu dapat mengubah qada’.
    Berdoa = zahir
    Qada’ = batin (hakikat)
    * manusia boleh nampak hanya setelah sesuatu dizahirkan
    * bagaimana nak zahirkan? Kena buat yang zahir.
    * kenapa kena buat yang zahir? Sebab manusia itu zahir.
    * zahir manusia hingga perbuatan, sifat dan dirinya terzahir.
    Hakikat manusia pula tersembunyi.
    * apa jadi bila manusia yang zahir ni nak duduk semata mata dalam hakikat? Tak ada satu benda pun yang dia nak zahirkan! Seperti tak nak berdoa, taknak makan, taknak minum, taknak kawin, taknak sembahyang, taknak tidur taknak belajar dan semuanyalah. Kenapa? Sebab qada’ dah ada!

    Saya dah bicara banyak tentang takdir sedangkan rasulullah saw pernah bersabda begini:
    ” apabila perbicaraan kamu sampai kepada perkataan takdir, hendaklah kamu berhenti”
    Justeru saya tidak ingin lagi melanjutkan atau memanjangkan perkara takdir ini selepas ini. Saya berdoa semoga allah memberi faham kepada saudara ‘La’ akan kata kata saya ini. amin..

    Wallahu a’lam..

  34. kamal says:

    antara berpecahnya kepada 73 golongan ialah bila bicara sampai kepada Qada’ dan Qadar…moga semua yang ada di sini diberi taufik dan hidayah…amin..

  35. sarip dol says:

    amin

  36. kurakura says:

    Amin..

  37. Kurakura says:

    Untuk renungan bersama tentang soal qada’ dan qadar ini:

    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. , bahawa pada suatu hari kami bertengkar tentang qada’ dan Qadar, lalu datang rasulullas S.A.W. Setelah mengetahui kami bertengkar tentang Qadar, rasulullah menjadi marah dan muka baginda menjadi merah, lalu berkata:
    “apakah pernah aku perintahkan kamu bertengkar tentang ini? Dan apakah untuk pertengkaran ini aku diutuskan oleh tuhan kepada kamu?. Ketahuilah kamu, telah sesat kaum sebelum kamu kerana pertengkaran tentang masalah ini. Aku harap semoga kamu tidak lagi bertengkar tentang masalah ini.”

    Umar bin khattab apabila ditanya tentang qadar, beliau diam, menutup mulut dan tidak menjawab apa apa.

    *moga bermanfaat..

  38. Sengal says:

    Saya yang sengal dan bodoh menulis :

    Solat = Doa

    Betul ke?….minta yang ahli berikan pencerahan…..

    Kalau tak nak DOA… x payah la SOLAT…. sama je maksudnya…. betul ke?….

    Minta berikan pencerahan….

    p/s: Hadist sahih Muslim yang diriwayatkan dari Sa’ad berkata :

    “Bahwa suatu ketika Rasulullah SAW datang dari ‘Aliyah, dan ketika melalui masjid milik bani Mu’awiyah beliau masuk dan solat 2 rakaat, dan kami pun turut solat bersama beliau. beliau berdoa sangat lama. setelah selesai, beliau berpaling kepada kami dan bersabda : aku meminta kepada Tuhanku 3 permintaan, 2 dikabulkan dan 1 tidak. aku meminta kepada Tuhanku agar tidak membinasakan ummatku dalam (adzab) satu tahun dan itu dikabulkan. dan aku meminta agar ummatku tidak dibinasakan dengan diternggelamkan (dan semisalnya) dan itu dikabulkan. kemudian aku meminta agar ummatku tidak saling bermusuhan dan itu tidak diberikan kepadaku.”

  39. ancur says:

    Salam Tuan Sarip Dol…

    Aku rindu akan artilel baru…

  40. Kurakura says:

    Assalamualaikum tuan2 yg saya muliakan.. Saya bukanlah ahli yg layak bg menjawab soalan saudara sengal namun saya ingin berkongsi pemahaman di sini kiranya dapat dibuat renungan bersama..barangkali boleh dipertimbangkan kebenarannya atau ditegur kiranya saya salah..

    Soalan 1:
    Solat = doa. betul ke?
    Jawapan 1:
    Ya apabila kita merujuk kepada rukun solat itu sendiri iaitu membaca surah al fatihah iaitu ayat yg diulang ulang pada setiap rakaat. Apakah isi kandungan al fatihah? Ianya tentang pujian dan permintaan.TETAPI..

    Solat bukan hanya tentang doa semata mata. Ia dilaksanakan dengan melaksanakan 13 rukunnya yg terbahagi kepada qalbi, qauli dan fi’li. Al fatihah adalah salah satu perkara di dalam rukun qauli dan masih ada perkara lain lagi yang kita laksanakan dalam rukun qalbi dan fi’li..solat juga ialah untuk mengingati allah. Firman allah:

    “sesungguhnya aku adalah allah, tidak ada tuhan selain aku, maka beribadahlah kepadaku dan dirikanlah solat untuk mengingati aku”( thaha:14)

    Soalan 2:
    Kalau Taknak doa tak payahla solat..betul ke?

    Jawapan 2:
    Dalam Solat ada doa tetapi bukan hanya doa semata mata. Solat ada tatacara yg telah ditetapkan melalui 13 rukunnya yang terbahagi pula kepada rukun qalbi, qauli dan fi’li.. Sedangkan doa diluar solat tidak tertakluk kepada rukun2 tersebut. Maka jika tak nak berdoa di luar solat tak mengapa tetapi tidak melepaskan diri dari tidak solat..

    Keterangan 3:
    Seperti hadis yg saudara sengal utarakan di atas.
    Komen 3:
    Terima kasih atas perkongsian hadis tersebut. Saya nampak rasulullah juga berdoa. Dan pada sisi allah jualah hak yang mutlak untuk mengabulkan permintaan hambanya..

  41. serban hitam says:

    assalamualaikum semua…

    untuk langkah yang selamat..harap dihentikan semua tentang pembicaraan ini..

    pesan guruku semalam,,jangan dibicara tentang takdir..boleh merusak iman jika tiada kefahaman tentangnya…
    dan jika ada kefahaman,,bagaimana boleh timbul pertanyaan??….

    DIAM DENGAN ZIKIR..

    moga dibukakan allah akan jalannya yg diredhai…

    dan allah tidak zalim…..kata percaya..
    pegang la pada hati……..

  42. budak says:

    Doa apa yg Allah suruh kita doakan…

  43. Kurakura says:

    Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”(al ghafir:60)

    * dan BUDAK bertanya:
    “doa apa yang allah suruh kita doakan?”
    ________________________________________________________

    5:88. Makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, yang halal dan baik; dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu orang-orang mukmin.

    6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu, dan jangan ikut langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.

    *nak tiru macam soalan BUDAK lah:
    “MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK APAKAH YANG ALLAH SURUH KITA MAKAN???”

  44. Sarip Dol says:

    sdr kurakura..

    sdr budak bukannya bertanya tapi beliau memberi ayat penyata. lihatlah yang beliau tidak meninggalkan tanda soal diakhir ayatnya. beliau seolah-olah menyatakan “(ber)doa(lah)! (dengan) apa yang Allah suruh kita doakan” dan bukannya beliau mempersoalkan tentang doa apa yang mahu didoakan.

    wassalam.

  45. Kurakura says:

    Kalau camtu saya setuju ngan saudara BUDAK.. Jom berDOA.. Jgn tinggalkan doa dalam ibadah..

  46. Saya says:

    Sekali baca sudah terasa
    Berkali diulang masih sama
    Tak tahu kenapa ini yg dirasa
    Bergenang air di kelopak mata

Leave a Reply