MERAWAT CARA PENDETA

MERAWAT CARA PENDETA

Buku ini adalah buah dari ilmu dan pengalaman peribadi saya dalam bentuk penulisan dan ia diwujudkan sebagai ‘resume’ terhadap keilmuan Ikhtiar Assofa sebagaimana yang dipraktikkan di PRAWIS (Pusat Rawatan Ikhtiar Assofa). Saya berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan kaedah rawatan yang diamalkan agar khalayak mengetahui wujudnya suatu kaedah rawatan berasaskan sumber rohaniah yang bersih dari syirik, khurafat dan bersekutu jin.

Buku ini secara khususnya menjelaskan tentang konsep rawatan Ikhtiar Assofa yang asasnya bersumber dari petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasul serta menjelaskan tentang hakikat sumber rohaniah yang sekeliannya telah disajikan dengan begitu teliti dan bersifat ilmiah. Di samping itu, buku ini dihasilkan sebagai panduan bagi ahli di bawah bimbingan saya agar mereka mengenali Ilmu Gerak dengan lebih matang. Sungguhpun begitu secara umumnya buku ini boleh juga dibaca oleh orang awam sebagai penambah pengetahuan dan oleh mana-mana pengamal Ilmu Gerak di luar sana yang masih samar tentang ehwalnya.

Selain itu buku ini diharap secara tidak langsung dapat membersihkan sekelian banyak karut-marut dan tahyul tentang Ilmu Gerak yang telah lama bersarang di dalam persepsi kebanyakan orang. Justeru diharap dengan memiliki buku ini, khalayak akan menjadi lebih berilmu dan ahli akan lebih berkeyakinan dalam memakainya.

PERTAMA DI MALAYSIA!

Sebuah buku yang julung kalinya telah MEMBONGKAR RAHSIA ILMU GERAK dan merungkai setiap persoalan berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

IMG_2694

BELI BUKU SEKARANG DI www.prawis.com/buku/


Saya a.k.a Sarip Dol penulis di blog ini adalah Pengasas Pusat Rawatan Ikhtiar Assofa (PRAWIS) yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai pengkaji dan pengamal Ilmu Gerak sebelum menubuhkan PRAWIS pada penghujung tahun 2012. Sehingga kini kami masih istiqamah menganjurkan kursus Sehari Segudang Ilmu bagi sesiapa yang ingin mempelajari kaedah rawatan berasaskan Ilmu Gerak yang terbukti telah berjaya melahirkan perawat yang mampu menangani jin dan sihir dengan mudah, santai dan berhasil.

“Anda pada hakikatnya adalah NAFS yang wujud di antara JASAD dan ROH. Anda telah biasa menggunakan DIRI JASAD anda dalam urusan kehidupan seharian namun bagaimana dengan DIRI ROH anda.. Kenapa tak guna?”

iklan 7okt

DAFTAR KURSUS MENJADI PERAWAT SEKARANG DI www.prawis.com/promosi/

 

 

 

SILA LIKE DAN FOLLOW

fb page  : www.facebook.com/sepohonjadi.prawis
fb page  : www.facebook.com/pengasas.prawis
web       : www.prawis.com

Leave a Reply